Bab 7

Romance Series 2533

Selesai sahaja mandi,Raihana terus mengambil apa-apa novel yang berada di dalam begnya.Dia memang tak suka baca novel,tapi nak buat macam mana.Bila tahu je salah satu novel ada nama dia,dia cuba untuk membacanya dan sudah menjadi ahli group KAKI NOVEL.Dia duduk di bangku jendela dengan memakai baju T lengan panjang,seluar track dan tudung sarung.Simple but Closet.Dia duduk di jendela dengan angin yang bertiup-tiup sepoi.Ceh,memang macam drama dah,bisik hatinya.Sejuk pulak harini..Tiba-tiba,ada sesuatu menepuk bahu kirinya dan itu membuatkan dia menoleh ke arah kiri tetapi tiada sesiapun ketika itu.Itu membuatkan dia berasa seram.Tiba-tiba,sesuatu menepuk di bahagian kanan dan dia pun menoleh tetap tiada sesiapun.Pabila menepuk di bahagian kiri pula,dia menoleh ke bahagian kanan dan dia pun secara tidak sengaja tercium bibir Adam tetapi hanya sementara.Adam yang mengusiknya tadi hanya diam.Dia pun terkelu.Dia ingin mengusik Raihana dan secara tidak sengaja,Raihana menoleh ke arah kanan.Adam ketika itu tersenyum nakal dan Raihana pula hanya senyap seribu bahasa.Cepat dia bangun dan berkata,"Aku.......Keluar...Kejap..."kata Raihana tergagap."Pergi mana?"tanya Adam."Kedai.."jawab Raihana dan keluar daripada rumah.Dia memikirkan tentang hal tadi.Ya Allah,betul ke ini cinta atau nafsu?Bantu aku,Ya Allah!!Bisik hatinya.Dia pun keluar dengan hanya berjalan kaki sambil menggedongkan beg galas.Adam sempat melihat Raihana keluar daripada rumah.Nak lagilah rasanya,bisik Adam sambil tersenyum.

Raihana berjalan di tepi jalan sambil memikirkan hal tadi.Dia berasa malu dan agak tidak tentu apabila apa yang berlaku tadi hanya sekelip mata dan tanpa dia sedari.Tiba-tiba,dia terlanggar seseorang dan badannya jatuh di lantai.Nasib baik beg kecil berwarna hitam itu ada untuk melindungi belakangnya tadi.Kalau tidak,memang patah tulangnya tadi."Raihana??"kata seorang lelaki yang memakai earphone."Adham?"tanya Raihana"Maafkan saya,saya tak sengaja,"kata Adham sambil menghulurkan tangannya."Eh,takpe..Bukan ke haram kalau kita bersentuhan?"kata Raihana dan itu membuatkan Adham berdiam."Maaf,"kata Adham.Raihana bangun dengan belakangnya yang sakit."Maafkan saya.Saya yang berangan entah apa tadi sampai tak tengok depan,"kata Raihana."Ouh,okey.Saya pun nak minta maaf ye.Kalau macam ni,saya belanja awak sarapan.Boleh?"tanya Adham.Setiap kali aku tengok Adham,teringat pula dekat abang dia.Bezanya dua beradik ni,adiknya agak peramah dan suka senyum.Kalau abangnya,ego!!!Sombong!!!Hidung tinggi!!!"Raihana,"kata Adham sambil memetikkan jarinya.Sedar juga akhirnya Raihana yang sering berangan tak tentu pasal."Okey ke??"tanya Adham."Ouh,okey,"kata Raihana dan mereka pun berjalan kaki ke kedai makan.
"Hish,mana pula Raihana ni?"tanya Adam.Dia berhenti di bahu jalan apabila melihat seorang gadis yang memakai beg hitam kecil bersama lelaki yang amat dikenalinya.Itu membuatkan Adam berasa tidak sedap hati.Dia pun berhenti di bahu jalan.Adham dan Raihana terkejut kerana melihat sebuah kereta berhenti di sebelah mereka."Adam,"mereka berdua berkata serentak apabila melihat seorang Adam keluar daripada kereta.Bila Raihana melihat Adam,dia teringat kejadian yang berlaku pagi tadi.Ya Allah,manalah aku nak sorok muka aku ni!!!bisik hatinya."Korang nak pergi mana?"tanya Adam selamba."Ouh,aku nak bawak Raihana pergi sarapan sebab aku terlanggar dia tadi,"kata Adham menjelaskan perkara yang berlaku tadi."Ouh,takpeklah.Biarlah aku yang bawak Raihana pergi sarapan.Diakan isteri aku?"kata Adam.Mahu sahaja Raihana menyelam mukanya di tanah sekarang."Ouh,okey,"kata Adham."Jom,Raihana,"kata Adam sambil menghulurkan tangannya kepada Raihana.Raihana pula hanya menyambut huluran Adam."Bye,"kata Adham."Ouh,Adham.Kau taknak ikut ke?"tanya Adam."Takpek,aku nak joging,"kata Adham."Ouh,okey."kata Adam dan berlalu pergi.Adham pun mula berjoging.
"Kenapa kau datang?"tanya Raihana."Salah ke??Aku datang sini sebab aku nak cari kau,"kata Adam."Kau dah sarapan ke?"tanya Raihana."Dah,"jawab Adam.Raihana hanya kecewa.Haih,laparlah aku.bisik Raihana.Tiba-tiba,Adam berhentikan keretanya.Subhanallah,cantiknya.Bisik hati Raihana."Jom,turun,"kata Adam.Raihana membuka pintunya.Dia pun melangkah di butiran pasir yang berada di pantai ini.Hah,nyamannya.Hilang semua yang berlaku pagi tadi.Dia melihat Adam yang sudah duduk di atas pasir."Raihana,mehlah duduk sebelah aku,"kata Adam.Raihana dengan hati yang berdebar ni duduk di sebelah Adam.Raihana merasai setiap angin yang disampaikan oleh Allah kepadanya.Hah,segarnya..Alhamdulillah.Dia pun melihat di sebelah kirinya.Adam yang sudah duduk bersila dan mendongakkan kepalanya di atas.Tersenyum dia melihat Adam sebegitu."Hensemkan aku ni sampai kau tengok aku macam tu?"tanya Adam.Itu membuatkan Raihana terkejut."Mana ada.Kau ni,perasan sangatlah.Aku bukan tengok kau,aku tengok orang yang belah sana tu.Sedap je dia makan,"kata Raihana."Iyeke??"tanya Adam dengan membuat senyuman sinis."Betullah,"kata Raihana.Actually,memang betul apa yang kau sangkakan.bisik Raihana.Adam berdiri secara tiba-tiba dan pergi.Pergi tandas agaknya,kata Raihana.Dia melihat di sebelah kanannya.Dia melihat sepasang suami isteri berjalan di atas pasir sambil memegang tangan dengan perut isterinya bulat.Itu menandakan dia mengandung.Ya Allah,bahagianya.Dia melihat lagi,ada sepasang pasangan yang duduk di pasir.Lelaki itu meyandarkan kepalanya di bahu perempuan itu.Tersenyum dia melihat keadaan yang romantik sebegitu.Tiba-tiba,ada air di hadapannya.Dia menoleh ke kiri dan melihat Adam yang memberikan botol air sejuk itu.Raihana menyambut air itu dan minum air itu.Adam pula duduk di sebelahnya.Rupanya,Adam pergi ke kedai yang dia cakapkan tadi."Aku nak air tu sikit,"kata Adam."Ouh,kau beli air yang berbeza-beza ya?"tanya Raihana dan Adam mula mengangguk.Adam dan Raihana mula menukar air.Raihana kini memegang air vanilla dan Adam pula memegang air strawberi.Mereka menikmati air itu dengan melihat pantai yang terbentang luas di hadapan mereka."Seronokkan mereka tu?Duduk bersama dan ketawa bersama,"kata Adam.Dia mula memakai earphone di telinganya dan memakai lagi sebelah di telinga Raihana.Dia menyandarkan dirinya di belakang Raihana."Kejut aku kalau lagu ni habis,"kata Adam.Raihana hanya diam.Dia mendengar lagu instrumental piano itu.Mulalah kepalanya ingin mengingati kenangannya bersama Adam.Yang berlaku tadi dan sekarang.Adam,lelaki yang bertemu di tandas ketika tingkatan 1,kemudian berpisah.Kemudian bertemu lagi di tempat kerja.Dan sekarang,menjadi suami isteri.Perangainya yang ego,sekarang,adakah dia tercalon sebagai suami romantik??Entahlah.Hanya Tuhan Yang Tahu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience