BAB 2

Romance Series 2533

Pada pagi itu,pelajaran berlaku seperti biasa.Cikgu yang sama,kerja yang sama dan pelajaran yang sama.Cuma buku teks sahaja yang lain.Bagi Raihana,dia merasakan yang ada sesuatu yang tidak kena kepada Laila.Laila hanya diam.Kadang-kadang,bila kami menceritakan sesuatu,dia hanya berdeham dan mengangguk sahaja.Malam itu,Raihana hanya memikirkan,'Laila suka Adam??Laila suka Adam??'Entah mengapa persoalan itu berlegar di kepala otak dia tetapi bukan masalah dia pun.Kerja rumah bahasa melayu yang diberikan oleh Cikgu Yuslinda tadi tidak juga disentuh.'Haish,biarlah dia nak suka siapa pun.Dia pun ada hati kan??'bisik hatinya dan akhirnya matanya boleh lelap selepas menyiapkan kerja sekolahnya.

"Raihana,aku nak bagitau sesuatu,"kata Adam kepadanya."Bagitau apa?"tanya Raihana."Aku........akan pindah esok..Jadi,esok adalah hari terakhir aku berada di sekolah tu..Jadi kalau boleh,kau datanglah sekolah esok.Tapi,aku yakin kau takkan datang esok.Betul kan?"kata Adam.Terbangun dan terkejut bila Raihana mendengar jam loceng berwarna merah jambu berada di sebelahnya.Dia menutup jam locengnya sambil membuat muka bela.'Ni mesti kerja ayah nih!!Hishhh,dahlah tadi mimpi Harry Potter.Ayah nih!'bisik hatinya.Entah mengapa kata-kata yang disampaikan oleh Adam di dalam mimpinya tadi masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya.Cepat-cepat dia menggelengkan kepala.'Tak mungkin!'bisik hatinya.Dia mengambil tuala dan menyiapkan dirinya untuk solat subuh.
"Anak awak dah bangun ke?"tanya Meor,ayah kepada Raihana."Awak tanya saya pula.Awaklah yang tanya.Anak kita berdua juga kan??"kata Ummi."Alo,kita gurau sikit je tak leh..Susahlah,"kata Meor."Awak tu,nak bergurau bertempat,"kata Ummi."Habistu,kat mana lagi?"tanya Meor."Sudah sudah sudah.Akak dah siap dah nih..Jadi,ada sarapan?"tanya Raihana.Dari tadi dia sudah mendengar perbualan ibu bapanya yang romantik ni.Meor dan Ummi hanya melihat dirinya."Apa?"tanya Raihana."Takdek apa-apa,"sambung ayahnya."Ayah,akak ada kelas tambahan tau harini,kata Raihana."Oh,Ummi lupalah nak bagitau akak,"kata Umminya.Dengan ayat daripada Umminya,sudah cukup menjadi suspen buat dirinya."Harini,akak takyah datang sekolah ye.Balik kampung sebab Opah ada buat kenduri tahlil untuk kita sekeluarga.Tak baik pula kalau kita tak pergi kan?Jadi,nanti ayah tulis surat,bagi kat guru kelas.Okey?"kata Umminya.Tiba-tiba,dia teringat akan mimpinya yang berlaku malam semalam.'Tapi,aku yakin kau takkan datang esok.Betul kan??'Tapi,semuanya tak betul!!Tak mungkin.Hanya mainan syaitan.Padan muka kau Raihana,siapa suruh tak basuh kaki sebelum tidur.Haishh!!"bisik hatinya."Akak!"jerit Umminya.Tersentak Raihana."Iye,ummi.Terkejut akak ummi tahu tak??"kata Raihana."Ummi minta maaflah ye..Ummi tanya,boleh ke?"kata Umminya."Ye ye,boleh..Apa salahnya?"kata Raihana.Mereka sekeluarga pun bersiap dengan baju yang sesuai.

(Di sekolah)

"Okey,Adam.Take care tau,"kata Alif,kawan sekelasnya."Hish,kau ni..Aku tahu jaga dirilah,"balas Adam."Iyelah tu..Jangan sampai kena buli lagi,bro.Berani sikit!Brother,babe!!"sambung Aqif.Adam dan Alif hanya berpandangan.Aqif pula hanya pelik."Apa?Salahke nak pakai ayat babe babe tu??"tanya Aqif."Tak salah,tapi dah macam perempuanlah pulak,"kata Alif."Iyelaaa tu,"balas Aqif.Mereka berdua pula sudah mula bertikan lidah namun sebaliknya pula bagi Adam.Dia mencari Sofia dan Laila.'Aku rasa mereka berdua tak balik lagi rasanya,'bisik hatinya yakin.Dan dengan secara tidak tersengaja,dia terserempak dengan Sofia dan Laila.Adam dengan langkah seribu pergi kepada Sofia dan Laila."Sofia,Laila..Raihana mana??"tanya Adam."Apa nih,bro??Datang tak bagi salam.Tak baik tau,"kata Sofia.Adam hanya mengeluh."Haish,iyelah Ustazah.Assalammulaikum,"kata Adam."Ha,kan manis tu..Waalaikummussalam.Ha,nak apa?"tanya Sofia."Raihana ada datang ke?"tanya Adam."Tak.Kenapa?"balas Sofia.Adam berasa kecewa.Tidak dapat berjumpa Raihana buat kali terakhir di sekolah yang menciptakan kenangan terbaru dia bersama Raihana."Takdek apa-apa..Dahlah..Hadiah untuk aku?"tanya Adam."Aik,kenapa pula?"tanya Sofia."Haih,aku nak pindah dah ni..Harini hari terakhir aku kat sekolah ni.So,my present?"kata Adam.Laila yang tadinya senyap tiba-tiba tersedak."Hah?"kata dirinya."Kau kenapa Laila?"tanya Sofia."Oh,takdek apa-apa..Aku gi tandas jap,"kata Laila.Adam hanya memandangnya."Aku lupa nak bawa hadiah kaulah..Lagipun,aku tak tahu pun yang kau akan pindah harini.Sorry ye,"kata Sofia."Takpeklah..Lagipun,aku bagitau kat kawan-kawan kelas aku je..Dahlah,aku pergi dulu.Assalammualaikum,"kata Adam."Waalaikummussalam,"balas Sofia.Adam pergi menaiki tangga di tingkat atas dengan perasaan kecewa.'Aku dah agak kau takkan datang,'bisik Adam.Dia melihat tempat yang pertama kali bertemu bersama Raihana.Depan Tandas.Hahah,romantik kan?Dia hanya mengukirkan senyuman.Tiba-tiba,dia mendengar suara tangisan sambil berkata,'Aku kena bagitahu Adam yang aku suka dia!Kena!!Inilah peluang aku..Aku dah tak sanggup dah,'itulah yang dikatakan oleh Laila."Kau nak bagitau apa,Laila?"tanya Adam sambil memalingkan badannya ke balkoni."Adam...."kata Laila perlahan."Aku nak cakap sesuatu dekat kau,"sambungnya."Apa dia?"tanya Adam."Kat sini ke??"tanya Laila."Rasanya,elok kat sini jelah..So,kau nak cakap apa?"tanya Adam."Kau suka Raihana ke?"tanya Laila."Kalau aku cakap ye,kau nak buat apa?"kata Adam."Aku tahu kau suka dia terpaksa je..Aku tahu yang Raihana tu juga takkan hidup bersama dengan kau,"jelas Laila."Macam mana kau boleh tahu kami tak boleh hidup bersama??Kau bomoh ke?"tanya Adam."Sekarang bukan masa untuk bermain-main.Setiap pagi,aku kena cari kelibat kau.Aku hanya mampu pandang belakang kau je tapi tak mampu untuk memandang wajah kau.Aku.....aku yakin yang Raihana akan pergi...."kata-kata Laila dihalang."Raihana takkan pergi dari hidup aku.Dia takkan.Lagipun Laila,mungkin kita bukan bersama.Aku tahu,"kata Adam."Macam mana kau tahu?"tanya Laila."Allah itu dipenuhi dengan petunjuk.Dia menunjukkan yang aku akan bersama dengan Laila.Dan Laila takkan pergi dari hidup aku.Kalau dia pergi,dia akan pergi bersama-sama dengan aku..Cari yang lebih baik dari aku,"kata Adam dan berlalu pergi.Laila hanya terdiam dan menangis.Hatinya bagaikan terkena duri yang tajam.Lalu,cepat dia menitiskan air mata dan terduduk di situ sambil melihat kelibat Adam yang semakin menjauh.Kereta milik Adam sudah pun ada di pintu hadapan sekolah."Sedia,Adam?"tanya Puan Linda sambil tersenyum melihat anaknya."Ye,"balas Adam dengan senyuman juga.Kereta Exora itupun bergerak laju.Apa yang mampu dibuat oleh Adam hanyalah mendengar lagu sahaja.Tidak mahu menahan sebak di dada yang makin berkian-kian kini.'Bye,Raihana!'bisik hatinya dan terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience