Bab 6

Romance Series 2533

Lagu pengantin dialukan.Kompang dipalu,Pengantin baru.Baru semalam akad nikah,dan kini Raja Sehari!Hah,cepatnya..Tulah,tak lulus SPM lagi.Padan muka!Kalau arwah ummi ada,mesti dia suka.Dialah yang pertama nak sangat tengok anak sulongnya kahwin.Tiba-tiba,matanya berair dan cepat-cepat dia mengelap.Hish,tak elok nangis waktu kahwin ni,tak cantik make up ni!"Kakak,jom ah.Abang ipar adik ni,dah tunggu dah tuu,"kata Khalis.Eh eh,macam dia pula yang jadi Raja Sehari.Try ah jadi Raja Sehari,tersipu malu."Hish,kau ni..Iyelah,"kata Raihana.Dia pun keluar dari kereta dan menunggu bakal suaminya,Adam.Hahh,getarnya jantung ni!!Sesudah sampainya dia,sudah terdengar kasutnya berbunyi.Gelak ketawanya bersama pengapitnya.Hah,dup dap dup dap..Sesudah sampainya Adam di depan Raihana,dia bertentang mata dengan Adam buat seketika.Mata ini pernah dilihatnya dulu.Senyuman ini pernah dilihatnya dulu.Lelaki yang bertemu dengannya di depan tandas perempuan di Sekolah Menengah Kelapa Tiga.Mengingatkan kenangan itu membuatkan Raihana tersenyum.Adam pula hanya memandangnya dengan pelik."Kau senyum kenapa??"tanya Adam."Salah ke aku nak senyum?"balas Raihana dengan persoalan."Tak salah..Cuma takut nanti depe kata kau gila pula senyum sorang-sorang,"kata Adam dengan nada sinis.Amboi,sedap nampak cakap aku gila."Biarlah mulut aku..Aku nak senyum ke,apa ke.Badan ni aku punya,"kata Raihana."Oh,really badan ni kau punya untuk selama-lamanya?"tanya Adam dengan mendekatkan dirinya kepada Raihana.Semakin dekat langkah Adam,semakin jauh juga Raihana berjalan ke belakang.Tiba-tiba,secara tidak sengaja Raihana terpijakkan kain pengantinnya yang memenuhi lantai dewan itu.Dia merasakan dirinya seperti ingin jatuh terhuyung-hayang.Dia hanya mohon pada yang Esa sahaja supaya tiada apa-apa yang memalukan dia di hari yang begitu besar ini.Tiba-tiba,satu lingkaran telah membaluti pinggangnya.Dan lingkaran itu ialah tangan seorang pemilik yang berada di depannya ini,Adam.Agak kekok apabila Adam membaluti pinggangnya dan secara tidak sengaja,dia memaut leher Adam.Mata mereka bertentang dan satu cahaya terpancar di tepi mereka dan itu membuatkan mereka terkejut."Wah,congrats congrats.Puan,In Shaa Allah,dpaat cucu bulan ni juga,"kata jurugambar mereka.Mereka pun berdiri di tempat yang asal.Raihana membetulkan tudungnya manakala Adam membetulkan sampingnya."Terima kasih,"kata Raihana kepada Adam."Sebab?"tanya Adam seperti tiada apa-apa yang berlaku padahal Adam sudah mengetahui kenapa Raihana berterima kasih kepadanya."Iyalah,kau tolong sambut aku tadi,"kata Raihana."Itu,sebab aku ni ada sikap prihatin,"kata Adam sambil mengenyitkan mata kepada Raihana.Raihana pula kelu kerana melihat Adam mengenyitkan mata kepadanya.Dia kenyit mata kat aku ke tadi???Aku nak pengsan sekarang juga!bisik hatinya.

"Potong kek!"kata jurugambar itu dan mereka pun mula memotong kek."Abang!"jerit seorang lelaki kepada Adam."Oh,Adham,"balas Adam.Raihana perlahan-lahan memalingkan mukanya di tempat suara itu berkata Abang itu.Terkejutnya dia apabila lelaki itu ialah adik kepada Adam.Dia adik Adam??Oh,kecilnya dunia ni!!bisik Raihana.Adham juga terkejut dan dia hanya berpura-pura senyum supaya abangnya tidak bersangka buruk.Raihana pula menyorok di belakang Adam.Patah hatinya.Luka.Kecewa.Cinta pertamanya telah menjadi milik orang dan pemiliknya adalah abangnya sendiri,Adam."Wah,hebatlah majlis pertunangan kau,Bang,"kata Adham."Hish,kita kahwin sekali.So,buatlah yang hebat-hebat,"kata Adam.Sesekali Adham juga memandang Raihana yang berada di belakang abangnya itu."Congratulations,bro,"kata Adham."Thank you,"balas Adam."To you,too Raihana."kata Adham.Raihana hanya mengangguk."Wahai pengantin.Jom,photoshot,"kata jurugambar itu.Adam dan Raihana pula berjalan satu demi satu langkah.Tiba-tiba,Adam berhenti dan itu membuatkan Raihana berhenti."Kenapa kau berhenti?"tanya Raihana.Adam pula memalingkan tubuhnya dan menghulurkan tangannya kepada Raihana.Raihana pula membuat muka."Hold my hand,"kata Adam dengan lembut dan berbisik.Kata itu membuatkan Raihana terkejut."Are you was kidding me?"tanya Raihana."Nope,"kata Adam.Raihana pula hanya menyambut huluran tangan Adam."Sejuknya tangan kau,"kata Raihana.Adam hanya senyap.Agak kekok apabila Adam memegang seluruh tangannya dengan erat.Jantungnya berdegup kencang sehingga boleh dirasai oleh jantungnya.Hati,sabar.bisik hatinya.Adham yang berada di belakang hanya melihat segala yang berlaku di depannya kini.Dia pun mengeluh menyerah kalah.

"Okey,rapat sikit,"kata jurugambar itu.Hish,dia nih!!Tadi suruh rapat,dah rapat dah pun.Ini suruh rapat lagi.Aku rasa dah cukup rapat dah ni!bisik hati Raihana.Adam pula rapat dengannya dan begitu juga Raihana."Hish,kamu ni Dam,cuba rapat sikit dengan isteri kamu ni..Ini tak,macam menjauh je,"kata Puan Sri Sarah.Adam pula mendekatkan lagi jaraknya dengan Raihana.Raihana pula sudah kemerehana pipinya.Ya Allah,redhakanlah,bisik hatinya."Erm,Raihana..Pegang tangan aku,"kata Adam berbisik."Why?"tanya Raihana berbisik."Salah ke aku nak pegang tangan isteri sendiri?"tanya Adam.Raihana hanya mengeluh dan meletakkan tangannya di telapak tangan Adam.Hah,kakunya dia ketika itu dan terpaksa berpura-pura senyum."Satu,dua,tiga,"dan gambar mereka pun tertangkap.Dan untuk gambar kedua pula,Adam memegang pinggang Raihana dan Raihana memegang leher Adam.Elok mereka memandang kamera,Raihana secara tidak sengaja melihat Adam dan begitu juga dengan Adam.Jurugambar ketika itu tidak mengira dan terus menekan butang 'link' di kamera itu."Yes,perfect!!"kata semua yang berada di situ,"

"Wah,cantiknya bilik dia,"kata Raihana."Bilik kita,"kata Adam yang baru masuk di bilik itu.Raihana hanya diam ketika itu.Mereka berdua diam buat seketika."Aku tengok tv jap,"kata Adam.Raihana hanya mengangguk.Raihana mengambil peluang untuk membersihkan diri.Lebih baik aku mandi sekarang,karang tak jadi pulak,bisik hatinya.Selesai dia mandi,dia mendapat panggilan daripada Sofia."Wei,Raihana!Kenapa kau tak datang kerja??Dah dua jari kau tak datang kau tahu tak?"kata Sofia."Hish,kau ni..Kalau iye pun,bagilah salam dulu..Ini tak..Tiba-tiba je 'wei,',"kata Raihana."Iyelah ustazah.Assalammulaikum,"kata Sofia."Waalaikummussalam.Ha,kan manis anak dara berkelakuan begini.Manis dipandang orang,"kata Raihana."Jawab soalan aku!"kata Sofia.

"Soalan apa?"

"Hish,kau ni nak kena kan?!"

"Relax lah,aku gurau je..Aku ada jelah kat sini.Aku cuma tak sihat sikit,"

"Kau tahu tak Raihana?Bila kau tak datang dua hari ni kan,Tuan Adam pun tak datang.Adakah ini.....JODOH!"

"Are you mad!!Memang taklah..Tapi,dah jadi dah pun,"

"Ha,kau cakap apa tadi??"

"Hah,aku cakap apa??"kata Raihana.Dia tahu dia tercakap lepas tadi.Haih,mulut..Kau ni suka cari masalah."Dahlah,aku letak dululah,Assalammulaikum,"kata Raihana."Waalaikummussalam,"jawab Sofia dan mereka pun mematikan talian.Dia menyarungkan anak tudung di kepalanya.'Walaupun dia suami aku yang sah,tapi aku betul-betul tak ready lagi untuk bagi hubungan aku kepada dia.Maaf,Adam.'bisik Raihana di dalam hati dan dia pun berbaring di atas katil.Hah,selesanya.Dan secara tidak sengaja dia pun terlelap.
Raihana bangun pada pukul 5.30 pagi seperti biasanya untuk menunaikan Solat Subuh.'Aik,dia tak tidur kat sini ke?'bisik hatinya apabila dia menyedari Adam tiada di dalam biliknya.Suasana bilik itu gelap dan bukannya terang seperti semalam.Badan dia diliputi dengan selimut.Memang sah Adam yang tolong selimutkan.Tiba-tiba,pintu bilik air terbuka dan dia terkejut.Secara tiba-tiba,dia pun baring dan berpura-pura tidur.Adam pula keluar dan menutup pintu bilik air dengan keadaan berwudu'.Dia melihat tubuh isterinya yang sedang terbaring dan pergi ke arah katilnya.Sejuknya hati tengok muka dia,bisik Adam.Tangannya ingin menyentuh wajahnya tetapi dihalang oleh niat di hati.Dia pun memanggil Raihana dengan menggerakkan bibir sahaja."Raihana,Raihana,"panggil dia perlahan.Raihana yang tadinya berpura-pura tidur kini hanya berpura-pura bangun tidur."Apa?"

"Bangun solat subuh ye?"

"Pukul berapa?

"Pukul 5.46 pagi.Baik cepat,nanti terlepas,"

"Ngantuklah,"

"Apa pula ngantuk?Semalam okey je kau tidur atas katil ni?"

"Itu lain.Semalam lain.Semalam aku ngantuk,harini pun aku ngantuk,"kata Raihana.Ingin sahaja dia melihat muka Adam yang pemarah ni.Dulu,di sekolah,dia diberi nama sebagai Angry Dam.Pengawas yang garang di sekolah.Nak juga tengok muka dia sekarang tengah marah."Raihana,kau seksilah pagi ni.Boleh aku batalkan wudu' aku tak??"kata Adam mengusik.Raihana yang berpura-pura tadi menjadi serius."Aku mandi dululah.Karang terlepas pula subuh,"kata Raihana.Dia mengambil tuala,baju dan seluarnya.Adam hanya pelik."Kenapa kau bawak baju kau dekat bilik air?"tanya Adam."Hah,saja je..."kata Raihana dan tersenyum.Adam hanya menunduk.Dia senyum kat aku ke?Memanglah dia senyum dekat aku.Habistu,ada sapa lagi dalam bilik ni?Aku jekan??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience