Bab 4

Romance Series 2533

"Nah,ni kad kau,"kata Sofia sambil menunjukkan kad kepada Raihana."Wah,okey!!Aku dah bekerja kat sinilah ye?"tanya Raihana.Nak saja Sofia mengetuk kepala Raihana.Dah dapat kad,dah jadi pekerjalah,keluhnya."Hehe,maaflah..Aku baru first time dapat kerja ni..Walaupun tak tunjuk sijil aku,"kata Raihana.Sofia terkejut."Kau tak tunjuk sijil kau?"tanya Sofia dan cepat Raihana menggeleng."Wah,ini tidak adil!"kata Sofia."Aik,kenapa pulak?"tanya Raihana kebingungan dengan ketidakadilan sebegini."Iyelah,aku bagi sijil,kau tak payah pun,"kata Sofia.Raihana hanya tersenyum."Sabarlah,kawan..Ini semua,COBAAN,"kata Raihana mengusik.Sofia hanya memandangnya."Dah,jom,"kata Raihana.Mereka berdua pun memulakan kerja masing-masing.Apa yang tidak menyedapkan hati Raihana adalah apabila seorang lelaki yang sentiasa melihatnya ketika dia sedang melakukan kerja.Apabila Raihana melihat dibelakangnya,tiada seorang pun yang berada di belakangnya.Lelaki itu membuatkan dia tidak senang duduk."Arissa Raihana!"jerit Adam di biliknya.Raihana yang tadi duduk membuat kerja terkejut apabila mendengar 'hantu' menjerit namanya.'Dah kenapa dengan orang dalam bilik ni?Kena rasuk ke apa?'bisik hatinya."Arissa Raihana!!"jerit Adam sekali lagi.Lalu cepat dia pergi menuju ke arah pintu bilik itu.Dan apabila dia membuka pintu,dia melihat sekujur tubuh yang berdiri di hadapan cermin itu.Baju yang berwarna putih berkemaja hijau itu membuatkan dia tertelan air liur.'Haish,hati!!Jangan macam-macam!!'gumamnya di hati."Awak rasa saya panggil awak berapa kali??"tanya Adam."Erm,2 kali?"jawabnya dengan nada bertanya."Kenapa bila panggilan yang pertama awak tak datang pada saya?"tanya Adam."Erm,sebab saya tak dengar,"jawab Raihana."Buatkan saya kopi!"katanya dengan selamba.Wah-wah,sedap-sedapnya suruh orang buat kopi!!Dia ingat,aku ni MAID dia ke??Tak dek angin,tak dek ribut,tiba-tiba je cakap 'buatkan saya kopi'.Hish!!hidung tinggi ni,jadi rendah kang!!"Kenapa saya perlu buat kopi dekat Tuan?Tuankan dah ada PA.Suruh jelah PA Tuan tu yang buat,"katanya dengan selamba sehingga membuatkan Adam memalingkan tubuhnya ke arah Raihana.Sekali lagi,Raihana meneguk air liurnya.Hish,kau nih Raihana.Dah dia suruh buat kopi,buat jelah!!Yang kau nak tanya dia seribu soalan dah kenapa?!Pandai sangatlah kau ni,gumamnya.Perlahan-lahan Adam mendekati Raihana.Raihana yang tadinya berada 5 cm dari meja kini sudah berada 1 cm dari meja dan 5 jengkal sahaja dari Adam.Ya Allah,kenapa dekat sangat ni??"Awak nak tolong saya ke taknak?"tanya Adam.Raihana yang mukanya sudah memerah segera mengangguk."Saya bagi 5 minit je..Kalau tak,sesuatu yang mungkin akan terjadi antara saya dan awak,"katanya dengan senyumannya yang agak mengancam kejiwaan orang termasuk dirinya.Haihhhhhh,janganlah begini wahai hatiiii!!!"Baik!"Raihana membalas dan ters keluar.Adam mula tersenyum apabila melihat Raihana sudah keluar.Ya Allah,terima kasih temukan aku kembali bersamanya.
'Kenapa aku kena buat kopi untuk kau ha Encik Berhidung Tinggi!?Hei,Ya Allah,tanamkanlah sikap sabar dalam diriku ini,gumamnya kecil."Raihana,"sapa lembut oleh seorang perempuan.Sapaan yang lembut itu membuatkan Raihana memalingkan mukanya.Terkejut dia melihat sekujur tubuh perempuan berada di depannya sekarang."Laila?"tanya Raihana."Kau nak ambil alih tugas aku ke Arissa Raihana?"tanya Laila.Erm,memang betullah dia Laila Liana.Baginya,sudah serik melihat perangai Laila yang sudah mencarik sedikit maruahnya ketika dia berumur 14 tahun.Cikgunya menyuruh dia berlari di tengah padang untuk mengeringkan bajunya apabila cikgunya mengetahui bajunya basah.Haish,cukuplah satu tu je..."Aku taknak pun nak ambil alih tugas kau sebagai PA kepada Adam kau tu..Ada ke aku cakap aku nak ambil alih tugas kau?Ada?Tak kan,"balas Raihana.Nak sangatkan kena balas dengan aku.."Tapi,tengok cara dia suruh kau buat kopi dekat dia memang kau akan gantikan aku,"jawab Laila."Mungkin dia tak suka kau buat kopi dekat dia kot,"balas Raihana lalu cepat dia pergi.Laila pula berdiri di situ menahan amarah yang sedang meningkat."Oh,by the way,nice hair..Free hair ke?"tanya Raihana dan berlalu pergi.Mahu sahaja si Raihana itu menambahkan lagi sakit hatinya kepada Laila,tapi cukuplah itu dulu.Yang penting,siapkan kopi ni untuk 'hantu' tu..Kang tak pasal-pasal jadi benda lain kang.'Siap kau Raihana!'kata Laila.
"Assalammulaikum,Tuan.Saya dah siapkan kopi,"kata Raihana sambil mengetuk pintu.Adam yang dari tadi membelek gambar di album terus menyimpan gambar itu.'Dia letak apa tu?'tanya Raihana di dalam hati."Waalaikummussalam.Bagus...Mungkin awak awal 30 saat tadi tapi,baguslah..Letak kat situ,"kata Adam."Baik,"kata Raihana."Erm,Tuan.Boleh saya sambung kerja saya?"tanya Raihana.Dia memang tak suka kerja yang bertambun.Kalau boleh,semua kerja ingin disiapkan sekarang."Erm,boleh..Tapi,saya nak tanya awak satu boleh?"tanya Adam."Apa dia?"tanya Raihana."Alamat rumah awak?"tanya Adam.Itu membuatkan Raihana terkejut besar di jantung,di hati,di jiwa."Perlu ke saya bagi alamat rumah saya?Atas tujuan apa?Mencuri,menceroboh,merompak..."kata-kata Raihana dihalang."Meminang!Atas tujuan meminang.Dan saya rasa memang patut pun awak kena bagi saya alamat rumah awak,"kata Adam.Raihana yang berada di depannya kini tergelak."Tuan,tuan nak meminang saya??Tak kelakar okey,"kata Raihana."Saya tak buat lawak pun,"sambung Adam dan itu membuatlan Raihana berhenti ketawa."Tuan dah gila ke apa??Umur saya baru 19 tahun.23 pun tak masuk lagi.Saya taknak usia muda.Saya nak menikmati keindahan alam ni dulu.Saya kata taknak,I really mean it!Dan saya tak suka kalau saya berkahwin dengan orang yang lebih tua daripada saya.I really don't like it!!"kata Raihana."Apa salahnya?Aisyah r.ha. pun berkahwin dengan Nabi Muhammad S.A.W. waktu umur 9 tahun.Kita beza 5 tahun je..Rilek ah,"kata Adam.Memang sah budak ni angau!!kata Raihana di dalam hati."Tapi,"kata Raihana dihalang sekali lagi oleh Adam."Alamat rumah,"kata Adam sambil menghulurkan tangannya tanda ingin meminta kertas yang ditulis alamat rumah Raihana.Raihana pula mengeluarkan kertas di sakunya serta pen.Memang tak masuk akal tapi Raihana memnag sentiasa membawa pen dan kertas di mana-mana sahaja.Takut berlaku perkara yang genting,macam nilah.."Nah,"kata Raihana sambil menghulurkan kertas kepada Adam."Arissa Raihana,jika saya kata saya inginkan sesuatu,saya betul-betul inginkannya.Tapi,dengan izin-Nya,"kata Adam.Kata-kata itu membuatkan Raihana tersentak.Maksudnya,betul ke dia nak meminang aku??

"Raihana,jom makan,"ajak Sofia."Takpeklah,aku nak siapkan kerja ni dulu.Banyaj sangat ni"kata Raihana."Hish,kau ni..Mana boleh buat kerja banyak sangat dalam satu masa.Nanti otak kau tu sakit,"kata Sofia."Ye ye lah doktor..Tapi,aku memnag kena siapkan kerja ni..Malaslah aku nak tanggung.Kalau kau suruh aku makan jugak,kau belikan untuk aku makanan bawah 10 ringgit.Okey?"kata Raihana memberi pendapat."Hmm,yelah..Duit?"kata Sofia."Ala,ingatkan belanja.."kata Raihana mengusik."Amboi,banyak cantik kau..Duit!"kata Sofia."Hish,iyelah iyelah...By the way,aku memang cantik pun,"kata Raihana sambil menjelirkan lidahnya.Sofia pula hanya menjeling ke arahnya dan berlalu pergi.'Hmm,biarlah...Baik aku siapkan kerja ni dulu.'gumam Raihana.Hatinya masih tidak sedap apabila lelaki yang duduk di sudutnya tidak habis-habis memandangnya.'Hish,dah kenapa ah mamat ni??'bisik hatinya.Lelaki yang tadinya membuat kerja terus berdiri mengambil fail-fail yang berada di atas mejanya.Dia pun berlalu di depan meja Raihana dan terjatuh akibat matanya tidak dapat melihat hadapan.Dia terlanggar meja bucu Raihana dan pop,jatuh."Allahu,"terkejut Raihana apabila melihat lelaki itu terjatuh.Dia pun berdiri untuk mengutip fail-fail yang terjatuh tadi."Maafkan saya.Saya tak sengaja.Tak nampak depan tadi,"kata Adham."Oh,takpek..Lagipun,awak kena angkat satu-satu dulu..Supaya awak bolehlah tengok depan..Kalau tak,terjatuh lah macam ni,"kata Raihana.Hati Adham tidak boleh bertahan lagi apabila dia mula bercakap dengan Raihana.Inilah kali pertama dia bercakap dengan Raihana.Hah,my first sight!!"Erm,helo!!"kata Raihana sambil memetikkan jari kepada Adham."Oh,ye ye..Maafkan saya..Terima kasih ye,"kata Adham dan berdiri."Sama-sama,"kata Raihana dan samvung membuat kerjanya.Bagi Adham,tak kisahlah dia terjatuh pun,janji boleh bercakap dengan Raihana.

"Laila,saya nak awak siapkan kerja ni,"kata Adam."Baik,Tuan.Nak saya buatkan kopi?"tanya Laila.Lalu cepat Adam menggelengkan kepala."Tidak perlu,saya boleh suruh Raihana yang buatkan saya kopi,"kata Adam.Kata-kata Adam itu membuatkan Laila terasa."Tapi,kenapa?Saya kan PA Tuan,"kata Laila."Laila,awak memang PA saya.Tapi,saya dah rasa dah kopi awak.Kini,saya nak rasa pula kopi bakal isteri saya nanti,"kata Adam.Kata-kata Adam membuatkan air matanya bergenang."Oh,baik Tuan..Saya pergi dulu,"kata Laila dan pergi.Cepat dia pergi ke luar bilik Adam.Sepantas kilat matanya dapat menangkap Raihana dan adik Adam,Adham bersembang.Cepat dia mengeluarkan telefon miliknya dan menangkap beberapa keping gambar untuk kenangan Raihana nanti.'Raihana,Raihana..Siap kau!'gumam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience