BAB 4

Drama Completed 284

“Wah! Terang benderang kawasan nie. Dulu aku ingat nie kawasan
perhilitan, Tak sangka ada perigi buta kat sini.” Siva mengusik.

“Aku dengan Kiong yang kerjakan petang kelmarin.” Adib menjawab, dia,
Siva dan beberapa orang lelaki sedang menurunkan pam air dari lori milik
Kiong.

Pak Usop muncul dengan wajah bengis. Bukan kerana marah, tetapi wajahnya
sudah semulajadi begitu. Dia merupakan kepala bagi kerja-kerja menggali
perigi buta hari ini, dan sudah tentulah kedatangannya ditunggu-tunggu.

Mereka kemudia mengelilingi perigi itu. Pak Usob sudah bersetuju yang
kerja-kerja menggali semula dasar itu akan dilakukan secara bergilir-gilir.

“Pergi ambil tali, lilin dan bekas kecil.” Pak Usop mengarah.

“LILIN..Nak jampi serapah jugak ke Pak Usop. Syirik tu.” Adib bersoal,
namun kemudian akur bila melihat wajah tegang Pak Usop.

Dia menghilang. Tidak lama kemudian dia muncul dengan barang yang
diminta Pak Usop.

Lilin itu dinyalakan dan diletakkan di dalam bekas kecil, tali pula
digunakan untuk mengikat bekas. Kemudian diturunkan perlahan-lahan ke
dasar perigi. Adib berwajah curiga, dia risau jika perkara itu
melibatkan jampi serapah. Kiong berwajah pelik, mencari kemungkinan Pak
Usop bertindak begitu, manakala Siva memerhati penuh minat.

Agak lama diturunkan, kelibat cahaya itu hilang, atau lebih tepat apinya
sudah padam. Pak Usop senyum geram dan mendengus, isyarat masalah sudah
timbul.

“Bawa air tu tiga baldi ke mari.” Pak Usop mengarah marah.

“Mana nak cari air, sekarang musim kemarau. Siva mencelah.”

“Sungai pun kering.” Kiong pula menyampuk, namun suaranya lirih tidak
didengari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience