BAB 7

Drama Completed 284

“Ya..Allah. Selamatlah semuanya. Biar perigi itu tetap buta, asal tak
sesiapa yang celaka.” Badannya yang rendang dan bulat berisi, menjadikan
larinya seperti itik pulang petang.

Terpancul wajah Pak Usop dari muka perigi buta, Namun wajahnya berbunga
suka, bukannya berbuah duka. Serta-merta reda segala keluh kesah yang
menginap di hati mereka yang ada.

“MATA AIR… MATA AIR.. MATA AIR.. Kampung kita tak akan dahaga lagi. Semua boleh pakat-pakat ambil air. Perigi nie bermata, bukannya buta.” Pantas Pak Usop melangkah. Pantas dia menuju pada pam air. Yang lain
membontotinya. Mereka semua gembira.

Mak Munah sampai termengah-mengah, wajahnya pucat seperti mayat.
Keringatnya sama banyak dengan mereka yang di situ. Dia bertanya cemas.

“Apa yang berlaku..Mana Adib?” Cemas Mak Minah mengalahkan isteri yang
kehilangan suami. Mungkin kerana geli hati, yang lain ketawa serentak.
Adib muncul dari celah Ravi dan Kiong, senyum lalu berkata.

“Mak perigi nie memang tak buta. Perigi nie dah celik semula.”

Mak Munah pun senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience