BAB 5

Drama Completed 284

Pak Usop senyap seketika, cuba mencerna sesuatu. Dia kemudian bersuara
kasar.

“Mintak dari setiap rumah di kampung kita, tiga gayung setiap rumah.
Kata kalau kita berjaya gali perigi buta nie. Mereka boleh ambil air
percuma.”

“Kalau tak berjaya? Kalau perigi nie memang buta?” Adib gusar.

“Kamu tanggunglah anak beranak. Dah pergi sekarang. Kalau lambat aku
balik.” Pak Usop ketawa sinis, menambah debar Adib.

Suasana kampung itu gamat bila Siva, Kiong dan Adib menjerit seperti
penjual surat khabar lama. Tidak cukup dengan itu mereka pergi dari
pintu ke pintu meminta air segayung, dua.

Ada yang memberi, tidak kurang yang menolak. Musim kemarau ini bukan
sahaja telah mengeringkan air, malah turut mengeringkan semangat
kejiranan. Sikap aku-aku pula yang subur, masing-masing sibuk menjaga
kepentingan sendiri.

Namum pekerjaan yang mulia tetap akan membuahkan hasil. Sepuluh baldi
air berjaya dikumpulkan oleh mereka, itu belum termasuk yang berjaya
dikumpulkan rakan mereka yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience