BAB 6

Drama Completed 284

Bungkam Adib dan yang lain bila melihat, air yang dicari susah payah
itu, disimbah ke dinding perigi buta di sebelah dalam. Pak Usop hanya
senyum sinis, kemudian kembali mengarah.

“Kenapa terjegat. Ikut apa aku lakukan.”

Mungkin kerana menghormati, atau mungkin kerana takut. Mereka menurut
kehendak Pak Usop.

Setelah berpuas hati, sekali lagi Pak Usop menyalakan lilin dan
menurunkannya. Kali ini lilin itu tidak padam, dan ketika dinaikkan ia
masih menyala. Pak Usop senyum nipis.

“Kenapa lilin tak padam Pak Usop?” Siva bertanya, nampaknya dia
menyedari sesuatu.

“Sebelum turun aku nak pastikan kandungan oksigen kat bawah dahulu. Tadi
api padam oksigen kurang. Bila ada oksigen barulah api boleh nyala.”

“Wah! Pandai Pak Usop, macam cikgu sains.” Adib memuji, kagum.

“Dah, kau orang ingat aku tak sekolah, aku bodohlah.” Pak Usop senyum
bangga. Hidungnya ikut kembang kempis.

Pak Usop ambil tali dan diikat pada Adib, itu petanda bahawa dia akan
menjadi orang pertama turun ke dasar perigi buta.

Perlahan-lahan dia diturunkan. Semakin dalam, semakin dingin pula
dirasakan. Tiba-tiba Adib menjerit. Riuh rendah orang di atas kerana
jeritannya itu. Mereka khuatir jika sesuatu telah menimpa.

“Kenapa!” Pak Usop melaung keras.

“Lipan…Serangga. Banyak pulak.” Adib melaung kembali. Bergema suara itu,
melancar ke atas.

“Biasalah tempat lembab, banyaklah peminatnya.” Pak Usop melaung, namun
nadanya seakan menahan tawa, mungkin geli hati. Kemudian suara ketawa
meriah kedengaran mengitari sekeliling telaga itu.

“Sah..Tengah gelakkan aku.” Adib kembali menuruni dasar telaga itu.

Semakin ke bawah, terasa pula lumut-lumut lembut yang memenuhi
dinding-dinding perigi itu, keadaan menjadi agak licin. Dia semakin
berhati-hati, tidak mahu sebarang kecelakaan menimpa.

Akhirnya dia sampai ke dasar. Dia mula menyodok tanah dan memasukkan ke
dalam baldi, kemudian diikat tali itu. Dihenjut- henjut kecil tali itu.
Tidak lama, tali itu kemudian ditarik ke atas dan begitulah seterusnya.

Sudah sejam dia mengali, namun masih tiada tanda-tanda mata air akan
muncul. Dia menghenjut-henjut tali, kali ini dia pula yang naik.

“Memang sah tiada mata air. Membazir.”

“Dah ketepi. Biar aku yang turun pula.” Pak Usop pantas mengikat tali
pada badannya.

Kelentang-kelentung, bunyi tanah keras, mungkin juga batu-batu kasar.
Rata-rata yang berada di situ sudah berputus asa.

“Arrrg…” Suara keras Pak Usop mendengking laju. Bunyinya seakan
kecemasan. Sejurus itu, tali disentap kuat, dan semakin laju dihenjut.
Sebahagian pemuda sudah gusar, seperti ada kecelakaan yang berlaku.
Riuh-rendah jadinya. Tanpa disuruh Osman menghidupkan motosikal, niat
mahu ke Klinik Desa, menemui Doktor Borhan. Dia khuatir jika sesuatu
telah terjadi kepada PakUsop.

Tali itu ditarik naik ke atas, sepantas mungkin. Makin bertambah
keringat yang keluar. Masing-masing berwajah ketat. Mak Munah iaitu emak
Adib, berlari turun dari rumah bila terdengar suara-suara cemas. Dia
ikut cemas, bimbang jika sesuatu menimpa anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience