BAB 2

Drama Completed 284

Sekali lagi debu-debu berterbangan bila tayar motosikal Adib meluncur
laju, tambah berdebu bila motosikal Osman yang dibonceng Siva turut
meluncur.

“Kiong.. Esok aku mahu pinjam pam air. Mak Aku sibuk nak gali semula
perigi buta dekat belakang rumah tu.” Adib berkata, tongkat motor itu
dipancang cemat. Lalu dia berlabuh di atas kerusi malas. Berayun-ayun
kerusi itu terbuai, namun tetap tidak mendinginkan. Ah..Musim panas ini
betul-betul luar biasa berbanding tahun sebelumnya.

“Boleh..Tapi perigi rumah kamu tu, dalam. Aku tak tahu sampai atau tidak
hos pam air tu.” Kiong menjawab, dia berbaring pada bangku panjang
sambil mengipas-ngipas badannya dengan baju.

“Kita cuba dulu, kalau tak cukup panjang, kita cari yang baru.”

“Kalau yang baru kena ke Pekan. Paling cepat, sejam lebih baru sampai.”
Kiong memusing kepala, memandang Adip yang sedang memejamkan mata.
Mungkin dia sedang memikirkan sesuatu.

“Aku rasa sampai hos tu ke dasar. Apa-apa pun kita cuba dulu esok.
Jangan lupa pukul empat petang esok Kiong.” Adib pantas bangun,
menghidupkan semula motosikalnya.

“Cepatnya nak balik. Rehat-rehat dulu. Banyak lagi aku hendak cerita.”
Kiong bingkas bangun.

“Tak boleh Kiong. Aku nak kena balik cantas, cabut dan bersihkan
pokok-pokok dan semak- samun dekat perigi tu.”

“Aku ikut.. Aku bonceng motor kau Dib. Lepas siap kita terus ke sungai,
silau-silau. Mana tahu ada rezeki.”

“Ok.” Adib senyum .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience