Akhirnya mereka sampai ke perkarangan hotel itu. Leya segera keluar dari kereta dengan tangannya menggemgam erat lampu picit.
“Sya..! Sya..!!” mereka masuk ke dalam rumah. Kedaaan sedikit terang dengan suluhan lampu di tangan mereka. Ruang legar dan ruanag tamu rumah itu tidak sebersih dan secantik seperti mereka mula-mula sampai tempoh hari. Keadaan terlampau berselerak, dengan bekas-bekas lilin yang pernah dinyalakan. Rumah itu kelihatan amat teruk. Leya terus melangkah untuk ke tingkat atas. Ada sesuatu yang melekit ketika dia memegang pemegang tangga.
‘darah…?’ getus hatinya
“korang..tengok ni…ade darah kat pemegang tangge ni…” seraya Syam menghampiri Leya dan menyuluh anak tangga. Ada darah yang masih baru di sekitar anak tangga hinggalah ke tingkat atas. Mereka segera naik ke tingkat atas. Semua bilik dibuka namun tiada kelibat Aisya pun. Bilik yang sedia berkunci sejak pertama kali mereka menjejakkan kai ke rumah itu tidak diusik oleh Syam dan Afiz. Namun hati Leya kuat untuk membuka bilik itu.
“tak mungkin Aisya ade dalam bilik tu Leya..bilik tu memang berkunci dari sejak kita datang…”
“tolong la…cubala buka pintu ni…kuat ati aku ni rase ade sumthing wrong dalam bilik ni…”
“macam mane nak bukak…? kita tak de kunci Leya…”
“pecahkan la gune ape-ape pun…”
Mata Afiz melilau mencari apa-apa yang boleh digunakan.
“Syam…kau tunggu sini dengan Leya jap…dalam boot kereta kau ade tukul besi aku..bagi aku kunci kereta kau jap…”
“nah..cepat tau…”
Afiz terus berlari mendapatkan kereta untuk mengambil tukul besinya. Selang beberapa minit, Afiz sudah pun berada dengan mereka bersama tukul besi di tangannya. Tombol pintu diketuk dengan kuat beberapa kali. Tidak lama kemudian, pintu dapat di buka. Kelihatan ada sekujur tubuh yang tidak lagi bergerak.
“Sya…!”
Leya terus mendapatkan Aisya yang sudah terkulai. Wajahnya membiru. Tangan dan kakinya ada kesan kelaran. Di lehernya masih jelas kesan jerutan. Matanya terbelalak dan mulutnya ternganga. Tapak tangannya berbirat kemerahan seolah-olah seperti dia sendiri yang menjerut dirinya sekuat-kuat hatinya.
Di sisi mayat Aisya masih ada tali yang mungkin digunakan untuk menjerut dirinya. Leya menjerit-jerit dan menangis sambil menyalahkan dirinya. Syam dan Afiz sekadar terdiam tidak mampu bersuara. Syam terkejut kerana ada alat perakam visual milik Aisya di dalam bilik itu. Syam mengarahkan Afiz mengambil alat perakam Aisya itu. Afiz yang faham dengan niat Syam segera mengemaskan alatan tersebut lalu di bawa ke kereta. Syam membawa Leya yang tidak dapat mengawal perasaannya keluar dari hotel puaka itu. Afiz pula menelefon polis melaporkan kejadian.
Share this novel