Enam bulan kemudian, kes Aisya ditutup dengan kes bunuh diri. Tiada apa-apa bukti yang menunjukkan Aisya dibunuh. Syam, Afiz dan Leya pula mempunyai alibi yang kuat kerana sewaktu kematian Aisya mereka tiada di tempat kejadian. Simpati buat Leya, dia telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan perasaan yang hebat. Dia terus menyalahkan diri sendiri.
Bagi Leya, dialah penyebab kematian Aisya. Dia asyik menangis, meraung dan meminta maaf kepada Aisya yang telah tiada. Sesekali Syam dan Afiz ada datang menjenguk Leya memandangkan Leya tidak mempunyai keluarga, hanya seorang abang yang kini berada di Brunei. Leya sememangnya hidup sendirian. Hanya Aisya keluarga terdekat Leya. Mungkin kerana itulah. Dia benar-benar terasa kehilangan Aisya.
“Leya..kitorang balik dulu ey…esok, kitorang datang lagi…”
“nanti kalau terserempak dengan Aisya..kau kirim salam ey kat die…die ade ade lagi kat hotel tu…cari die tau…”
Mereka hanya memandang Leya sayu.
“Fiz…kau ingat tak mase aku marah Leya dulu…mase Aisya pengsan…”
“mane tak ingat..ingat sangat..kau bukan marah..tapi mengamuk time tu…”
“ermmm…kau rasekan…sebab tu ke die jadik macam tu…?”
“Syam…sudah la tu…sepanjang enam bulan ni…kau dah selalu tanye aku soalan tu..Syam..percayalah denagn takdir…kita yang masih bernafas ni beruntung…sebab dapat betulkan kesilapan kita…”
“terima kasih la..kalau tak de kau..mungkin aku pun dah gile…”
“jangan cakap macam tu…aku tak sanggup hilang kawan aku lagi..kita da kawan dari kecil lagi…”
“ermm…Fiz…malam ni kita pasang lagi nak pita rakaman Aisya tu…”
“pasang lagi…? dalam mase enam bulan ni, dah tiga kali kita tukar pemain cd tu…semate-mate nak tengok pita rakaman tu..aku rase pita rakaman tu berhantu la Syam…asal nak start jek…pemain vcd nye meletup…pokai la macam ni…”
“ok Fiz…kali ni kalau meletup lagi..aku yang ganti…kau tak yah payung aku ganti k…”
“sure ni…?”
“ye la…”
“kau tak rase pelik ke…? setiap kali bayangan imej perempuan yang pelik tu keluar, mesti vcd player tu meletup…?”
“kita kan pemburu entiti…tu lah misteri yang kita nak explore Fiz…”
“kita…? hurm..kita…kita kan satu kumpulan…cuma kita dah hilang dua orang kawan…aku sedih..terkilan dengan pencarian entiti ni…aku dah tak nak digelar sebagai pemburu entiti lagi…ape-ape pun…aku nak payung kau lah kalau deck vcd kita tu meletup lagi…hehe…” ujar Afiz memujuk hatinya sambil menyeka air matanya yang hampir mengalir.
“kalau nak kate terkilan…banyak yang aku terkilan…tapi aku tak puas hati selagi aku tak dapat nak tengok ape yang ada dalam pita rakaman Aisya tu… aku janji dengan diri aku sendiri Fiz..ini pemburuan entiti aku yang terakhir…” Afiz sekadar mengangguk.
Akhirnya perbualan mereka yang hampir sama pada setiap hari sepanjang enam bulam kehidupan mereka mati di situ. Mereka melayan perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Share this novel