BAB 12

Thriller Completed 3677

Akhirnya mereka pulang tanpa sebarang rakaman entiti. Azan bergema ketika mereka dalam perjalanan. Apa yang terjadi kepada Aisya tadi membuktikan bahawa tiada jaminan keselamatan untuk mereka. Benar kata hati Aisya, kurang senang yang dikhabarkan itu menjadi kenyataan.

Mereka sampai di rumah setelah 20 minit magrib berlalu. Leya menghempaskan dirinya ke sofa. Rassa terkilan dihatinya segera ditepis. Benar kata Syam, dia tidak boleh mementingkan diri sendiri memandangkan keadaan Aisya terganggu. Dia sendiri gerun melihat keadaan Aisya. Apa yang terjadi kepada Aisya tidak dapat dikenal pasti puncanya. Adakah kerana perasaan takutnya? Entahlah, Leya sendiri tiada jawapan untuk itu. Leya segera bangun untuk mandi dan bersolat memandangkan Magrib sudah hampir ke penghujung waktu.

Jam hampir menunujukkan pukul 12 tengah malam. Aisya masih belum pulang. Berkali-kali Leya cuba mendail nombornya, namun tiada jawapan. Mungkin bateri telefonnya sudah habis. Leya ingin menghubungi ibu Aisya takut pula mengganggu memandangkan Aisya sudah pun memaklumkan kepada mereka bahawa dia bersama ibunya. Mungkin ibunya membawanya pulang dan akan menghantarnya ke rumah keesokan harinya. Leya sekadar memujuk hatinya yang risau.

Tepat pada pukul 12.30 malam, Leya mendapat panggilan daripada Aisya. Leya tersenyum sendiri.

“hello cik akak..tak nak balik ke…? da lame aku tunggu kau ni….?”

“Leya…!!! kau kat mane…? kenape tinggalkan aku….?!! aku takut ni Leya…gelap sangat ni….!!!!”

“haa!!!??? kau kat mane tu…?!!!” Leya semakin cemas.

“aku kat hotel ni la…!!!! Leya tolong aku…!!! aaaaa….!!!!! Ape ni…!? Ape ni..!!? Leya tolong aku…!!! aku tak nak jadik macam diorang….aku tak nak…!!!!”

“Sya…! Sya…!!!” talian terus terputus. Sejurus kemudian ketukan di pintu bertalu-talu. Leya terperanjat hebat. Dia tergamam seketika, tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Leya..!! Leya…! buka pintu ni…” Leya tersentak tatkala namanya di panggil. Segera dia membuka pintu.

“Leya…Leya…Aisya masih ade kat hotel tu…aku baru dapat panggilan daripada dia tadi…” Ujar Syam termengah-mengah.

“hah…! aku baru pas cakap ngan dia tadi..jom la…jom la Syam, Afiz..kita pergi hotel tu balik amek Aisya kat sana…aku takut ape-ape jadik kat die…cepatla…” Ujar Leya sudah mula menangis.

“jom cepat..bawak lampu picit…kunci pintu cepat…”

Mereka bertiga semakin cemas, lebih-lebih lagi Leya.

“ape-ape jadik kat Aisya aku lah punce…”

“kalau Aisya mati, aku kene mati jugak…”

“ape kau ni Leya…da la tu..kita masih tak tau ape jadik kat sane tu…lek dulu…”

“kau suruh aku lek…kau boleh lek ke ha…? kalau Aisya mati……”

“stop it Leya…”

Leya terdiam dengan tengkingan Afiz. Situsi agak tegang. Perjalanan mereka dirasakan terlampau jauh sedangkan mereka hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience