Hotel yang dimaksudkan oleh Leya itu merupakan hotel yang banyak menyimpan rahsia mistik yang tak terungkap. Hotel itu pada asalnya adalah sebuah hotel namun dijadikan hotel namun perancangannya terkandas. Justeru orang sekitar ada yang memanggilnya hotel puaka ada juga yang menggelarnya hotel puaka. Kisah di sebalik bangunan super besar itu kononnya ia telah ditinggalkan berbelas tahun setelah kesemua penghuni dalam hotel itu mati tanpa sebab yang pasti. Pelbagai cerita digembar-gemburkan oleh penduduk sekitar namun kesahihannya belum pasti ada kebenarannya.
Pemilik hotel itu itu merupakan sepasang suami isteri yang mempunyai sepasang anak kembar. Adam telah mengahwini Anne Abdullah seorang mualaf dari Australia. Mereka telah berkenalan ketika belajar lalu berumah tangga dan dikurniakan sepasang kembar, Deanna dan Diniey. Namun kebahagiaan mereka tidak lama kerana menurut cerita org ramai, Anne meroyan setelah melahirkan cahaya mata mereka dan keadaan menjadi semakin teruk kerana Anne sudah tidak dapat dikawal walaupun dos ubat yang diberi sudah bertambah dari hari ke hari.
Dan akhirnya,gempar kedengaran kisah Anne telah membunuh anak2 dan suaminya lalu membunuh diri. Setelah ramai yang pernah ternampak kelibat Anne menangis di jendela tingkat atas hotel miliknya itu.
“tu ke kisah sebenarnye…? mencabar sey…aku da tak sabar nak jejaki entiti yang ade kat baglo tu…” Leya kelihatan semakin ghairah untuk ke hotel itu.
“tu cerita yang selama ini dicanan2 org..cerita betul tu..aku tak pasti la…”
“tu la yang kita nak kene carik kebenarannya..ape cite sebenar…”
“weh…Leya…taksub gile kau ni..aku tengok kau. Aku yang seram..macam manelah kita nak tau cite sebenar..kita cume nak rakamkan entiti jek…kau ni pon Leya…ape la…” celah Afiz
“eh…Sya…kau ni apesal…?? diam jek…tak sihat ke ape ni…?” tegur Syam.
“alah..korang bukan tak tau minah ni…penakut..blom pegi da mcm ni punye gaye…”
“aku takut la korang…tak de ke tempat lain…”
“sya..kau ni janganlah patahkan semangat aku..tu jek tempat yang ok..lagi pon dekat jek…save bajet…” Leya sedikit panas hati dengan Aisya.
“ok2…da2..jangan bertekak lagi..sekarang ni kita nak gi bile…?”
“besok…!!!” teriak Leya. Kelihatan org sekeliling memandang tingkah Leya.
“ish..kau ni Leya..malu la org tengok…tau la excited tapi jangan lah response sampai macam tu sekali…”
“oooopsss…sory guys…esok la ey…ey…”
“tak terasa cepat sangat ke…? kita da la tak prepare ape2 lagi ni…”
“kau ni Sya…nak prepare ape jek..bukan jauh pun hotel tu dengan rumah sewa kita tu…kalau ade ape2 yang kurang, kita baliklah kejap..bawak bende simple2 jek..yang betol2 perlu..pakaian, brg makan…megi cukup..sardin ngan roti ke…ha..da ok la tu…”
“camne kau Syam…?” tanya Afiz
“ikaut jek kate sepakat…aku tak kesah…”
“aku pon same…tak de hal la…kau Sya…?”
“hurmm…wateva…”
“ok ey..sepakat ey..tak de ape2 perubahan tau…sok, kul 8pg kita berkumpul kat sini…”
“tak yah la berkumpul kat sini…korang tunggu jek kat umah…aku ngan Syam amek kaurg kt umah k…pastikan kitorang sampai jek korang da standby…kitorang malas nak tunggu2 da…”
“ok…set…”
Share this novel