Keesokan harinya, Aisya membuat sarapan untuk semua di bantu oleh Aisya. Selepas bersarapan, mereka terus mengambil tempat seperti yang dirancang malam tadi untu memasang alatan mereka. Sepanjang hari itu mereka banyak menghabiskan masa mengatur kedudukan perakam visual dan suara mereka untuk menjejaki entiti. Keadaan menjadi sunyi tatkala mereka semua mengambil tempat masing-masing untuk menempatkan alatan perakam mereka. Aisya dan Leya berada tingkat atas namun di berlainan bilik. Terkial-kial Aisya cuba memasang alat perakam tanpa bantuan.
Dalam kumpulan itu, sememangnya Aisya yang paling lambat dalam mengetahui selok-belok memasang alat perakam yang canggih itu walaupun sudah beberapa kali mereka sama-sama memburu entiti dengan menggunakan alatan yang sama. Bukan kerana tidak minat, namun Aisya merupakan yang paling lemah semangat dan penakut berbanding yang lain. Mungkin atas sebab itu dia tak dapat fokus dalam melakukan perkara yang berkaitan dengan entiti.
Sedang dia tercari-cari cara untuk memasang bateri kamera di tangannya itu, dia terpandang kelibat seorang budak perempuan kecil sedang berlari sambil tertawa riang. Namun bunyi itu terlalu perlahan untuk didengari kalau tidak di amati dengan teliti. Entah dari mana datangnya keberanian, Aisya mempercepatkan pemasangan alat perakam di tangannya itu.
Segera dia menghala perakam tersebut ke arah di mana dia terlihat kelibat kanak-kanak kecil tadi. Seketika kemudian, kedengaran lagi tawa anak kecil namun mata Aisya tak dapat menangkap apa-apa kelibat melintas. Tapi, tiba-tiba Aisya terperasan imej di skrin rakamannya. Terbeliak mata Aisya melihat dua kanak-kanak perempuan sedang bermain terpapar di skrin sedangkan matanya tidak melihat seorang pun kanak-kanak di bilik itu. Aisya terus memerhati tingkah kanak-kanak itu walaupun romanya berterusan tegak berdiri dan tiba-tiba dua kanak-kanak tersebut memandang tepat ke wajah Aisya membuatkan Aisya terperanjat hebat lalu menjerit dan keluar dari bilik itu.
Mereka yang terdengar jeritan Aisya itu segera mendapatkan Aisya. Aisya terus berlari untuk ke tingkat bawah. Lariannya mengatur anak tangga tidak seimbang, langkahnya sumbang membuatkan dia jatuh. Tubuhnya di mamah anak tangga dan dia akhirnya terus jatuh ke bawah. Dia mengalami luka di dahinya. Dia menggosok-gosok pinggangnya. Sakit! Getus hatinya. Sesekali dia memejam celikkan matanya kerana dia terasa pening. Dan sekali lagi, kejutan yang di alami mampu membuatkan dia berhenti dari bernafas! Kedengaran jerit pekik dari tingkat atas.
Esak tangis anak-anak kecil amat membingitkan. Dan ketakutan yang dirasakan maha hebat itu mendesak Aisya untuk mencari tempat persembunyian supaya dia selamat dari segala bahaya yang mengancam jiwanya. Dia mengambil tempat di celah susunan perabot jati yang mewah. Dari situ dia dapat melihat jelas di sekitar ruang tamu, ruang legar dan kawasan tangga. Suasana suram menerbitkan aura seram yang tak terperi. Tiada lampu yang dipasang kecuali lilin-lilin yang banyak dinyalakan berbentuk bulatan di ruang tamu. Di tengah-tengah lilin-lilin itu seperti ada satu tempat permbaringan yang dihiasi bunga-bungaan,botol arak, dan gelas arak yang elegan.
Aisya kurang pasti apa yang akan berlaku. Yang pastinya jerit pekik anak-anak di atas menunjukkan mereka dalam keadann takut yang teramat. Sesekali kedengaran suara seorang lelaki sedang memarahi seorang perempuan yang sedang mengamuk hebat. Sepertinya kuasa memujuk lelaki itu tewas dengan amarah perempuan itu. Aisya tertanya-tanya sendiri. Dimana Leya, Afiz dan Syam. Kenapa dia seorang sahaja di hotel puaka ini bersama orang asing yang tidak dikenalinya langsung. Sekadar mendengar suara yang semakin lama semakin membingit. Adakah dia berada di ruang lingkup masa yang lain..? Hatinya terus-terusan berdoa.
“I will do it Adam…!!! this is for our happiness….!”
“Anne…jangan bertindak gile…!!! jangan dengar bisik-bisik tu semua…!! bende-bende tu semua nak musnahkan kelurga kita Anne…!!!” kelihatan seorang lelaki, seorang perempuan dan dua orang kanak-kanak berlari menuruni anak tangga. Aisya dapat mengagak bahawa mereka semua itu adalah keluarga yang pernah tinggal di hotel ini satu masa dahulu.
“ I takkan bertangguh lagi Adam…dah lama I tangguhkan semua ni…! I dah tak boleh tahan dengan semua ini… I haruskan lakukan demi hidup I dan U…kita tak perlukan mereka berdua….!!!”
Kelihatan Adam memegang anak-anak mereka yang sedang menangis ketakutan. Pisau di tangan Anne rakus menujah-nujah untuk menikam Deanna dan Diniey.
“jangan Anne..mengucap Anne…lupakah U pada ajaran Islam yang I ajarkan pade U Anne…tolonglah Anne..ni anak-anak kita…sabar Anne..bawak beristighfar….”
“go to hell with that…I have to sacrifice both of them if i want to stay alive with U…!!!”
“mengarut semua tu Anne…tolonglah Anne…bawak bertenang…”
“maknanya…U tak benarkan I buat korban ini ye Adam…? suara Anne semakin sinis kedengaran.
“ye…I takkan benarkan. Ini anak-anak kita Anne…Islam tak pernah menyuruh mane-mane umatnya mengorbankan nyawa manusia Anne..”
“kalau macam tu…I terpaksa bunuh U untuk dapatkan korban I…heheheeheeeee……….!!!!!!!”
Share this novel