Kerana tindakan keras hati Leya, mereka akhirnya pergi ke hotel itu. Tanpa sebarang bantahn, Aisya yang tidak senang hati dengan rancangan itu sekadar menurut. Rasa kurang senang itu dipendamkan sahaja.
Perjalanan mereka hanya memakan masa selama 20 minit dengan menaiki kereta Syam. Pagar besar yang masih utuh berdiri disekeliling halaman hotel itu tidak berkunci lalu Leya membuka pagar itu bagi memberi laluan kepada kereta Syam. Halaman hotel itu masih kelihatan bersih walaupun dengan taburan daun-daun kering. Cat yang usang menampakkan banlgo itu kelihatan seram sekali. Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa bertiup seakan mengalu-alukan kedatangan mereka atau pun sememangnya ada yang sedang menanti mereka.
“wow…!!!! great….!!!! cantiknye tempat ni….”
“pintu utamanye tak kunci ke…? kalau berkunci kang, sia-sia jek kita datang sini…entiti tak dapat,buang mase kita jek…”
“try la dulu…kau ni Syam, tak yah la buat spekulasi kalau tak cube lagi…” balas Leya sambil menuju ke pintu utama. Dengan sekali tolak sahaja, pintu utama sudah terbuka.
“kau tengok..nak harapkan korang orang lelaki, pintu yang tak berkunci pun tak leh nak bukak..penakut…huh…!!!”
“ewah…cik akak oi…cakap tu bagi cantik sikit ey…”
“yelah2…korang ape lagi..gi ar jalan kan keje korang…kat sini bukan ade air..air mineral ada la…tapi untuk minum…untuk mandi ke ape ke…sori…memang tak de…”
“nanti lah kejap…kitorang nak jugak round-round kap dalam rumah ni..kau ni tak reti nak sabar la Leya…kalau da rase tak sabar sangat, kau aje lah yang gi angkut air kat sungai belakang sane tu…main order jek…ingat aku ngan Syam ni kuli kau ke…?” tegas Afiz membidas kata-kata Leya. Leya terdiam seketika. Afiz sudah mula sakit hati dengan perangai Leya sejak mereka bertengkar tentang Aisya pagi tadi. Leya seolah-olah tidak peduli tentang Aisya sedangkan mereka sudah berkawan rapat sejak dari kecil lagi.
Share this novel