BAB 6

Romance Completed 3977

“Diorang datang kelas melenggang je, habis-habis pun bawak pen sebatang yang disimpan dalam poket atau bawak pendrive sebiji yang disangkut guna tali kat leher.”

“Oh gosh! Teruk betul budak-budak kelas kau, pergi kelas tak bawa apa-apa?”

“Uhemm…” Balas Anna mengiyakan. Yelah, budak kelas dia bukan macam budak kelas Laila yang rajin dan sangat berdedikasi itu.

“Kalau macam tu, aku pun dah tak tau nak buat apa..” Balas Laila, akhirnya dia mengalah dalam misi mencari siapa sebenarnya pengirim epal itu.

***

Untuk hari seterusnya, Anna menerima lagi kiriman epal dan nota kecil tu. Kali ini diatas nota itu tertulis perkataan “Nak..” disertai mimik muka seperti mengenyitkan mata. Nak? Nak apa? Hati Anna tertanya-tanya.

Nota tergantung itu membuatkan Anna makin ingin tahu dan tak sabar-sabar untuk mengetahui sambungannya esok. Esok? Itupun kalau masih ada kiriman epal itu esok.. kalau tidak rasanya Anna harus tahan diri supaya bersabar.

Esoknya. Dengan hati yang berdebar-debar, Anna buka pintu lokar tapi apa yang dilihatnya sangat menghampakan bila tiada lagi kiriman epal. Sekaligus membuatkan moodnya pada pagi itu jatuh merudum. Dia sangat ingin tahu apa sambungan perkataan ‘Nak’ itu.

“Anna! Pinjam ketip kuku” jerit Bakar dari tempat duduknya. Anna tarik keluar tali dari poket baju kurungnya lalu dia hulurkan pada Siti supaya Siti hulurkan pada Jiha dan Jiha seterusnya akan menghulurkan pula kepada Bakar. Anna tak ada mood nak angkat kepala, apatah lagi untuk membuat balingan ‘mautnya’ seperti selalu. Dia kaku di mejanya dengan kepala yang dilentokkan sambil termenung.

Tengahari itu, dengan mood yang tenggelam timbul Anna gagahkan juga diri ke loker untuk menyimpan fail memandangkan dia tak percaya untuk membiarkan saja barangnya di bawah meja kerana takut diusik oleh tangan-tangan nakal. Tapi kali ini mata Anna bersinar-sinar bila melihat ada barang yang dia nantikan.

Pada nota itu tertulis “Kawan..” nota-nota yang sebelum ini apabila digabungkan akan menbentuk tulisan yang berbunyi, “Hai, saya nak.. kawan!” serta merta wajah muram Anna kembali bersinar-sinar. Tak sabar dia mahu menanti hari esok untuk mendapatkan kiriman nota seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience