BAB 7

Romance Completed 3977

Pagi esoknya, bila pintu loker dibuka dan barang yang diharap tidak ada, itu tidak meninggalkan kesan di hati Anna lagi kerana dia tahu mungkin tengahari nanti dia akan dapat, tapi bila tengahari lokernya masih kosong, dia mula murung kembali. Dia berjalan pulang ke dewan makan sambil menunduk.

“Anna.. pinjam nota tadi, Aku tak sempat salinlah.” Minta Ruby.

“Dalam lokerlah. Pukul dua nantilah aku bagi.”

“Ala.. aku nak salin kat bilik kejap lagi. Lagipun hari ni aku puasa. Tak pun bak kunci loker kau, aku ambil sendiri” Sedar tentang sikap Ruby yang rajin dan pentingkan pelajaran itu, maka Anna serahkan saja kunci itu kepadanya. Lagipun bilik Anna dan bilik Ruby cuma bersebelahan saja, jadi nak balik bilik nanti Anna boleh terus ambil kuncinya kat bilik Ruby.

Petang itu, sebelum balik sekali lagi Anna berharap akan ada nota untuk Anna dalam loker ini. Dengan lafaz bismillah kunci loker Anna pusing dan.. epal merah itu kelihatan seperti bersinar-sinar pada pandangan matanya. Anna tersenyum lebar lalu mengambil epal itu beserta notanya sekali yang tertulis perkataan “Dengan awak. Boleh?” Nota itu kini ditulis dengan tiga perkataan. Dia membandingkan dengan nota yang sebelum ini. Jadi ayat yang terhasil adalah..

“Hai, saya nak kenal dengan awak boleh?” Anna tersenyum lebar. Mahu saja anna khabarkan pada seluruh dunia bahawa anna mahu berkawan dengan lelaki ini agar dia mendengar kerana Anna tak tahu dimana dia sebenarnya berada. Tapi.. ah, memalukan!.

****

Satu hari itu, secara tak sengaja Anna terlanggar seseorang dari arah bertentangan dengannya. Barang-barang orang yang dilanggar itu terjatuh, spontan Anna terus tunduk untuk mengutipnya, tapi tiba-tiba Anna terpegang satu stick note berwarna biru yang tertulis “Jumpa saya di….” Ayat itu tergantung. Serentak dengan itu, sebiji epal merah tiba-tiba jatuh bergolek dari beg yang dipegang oleh.. Anna angkat kepala. Wafiq?

“Err.. hai!” Tgur Wafiq dengan sengihannya sambil menggaru belakang kepalanya.

Anna kerut kening. Dan ‘kemalangan’ kecil itu akhirnya membawa Anna dan Wafiq duduk berdua di kafetaria selepas Anna memandang Wafiq dengan pandangan yang sukar untuk Wafiq tafsirkan lalu Wafiq tahu yang dia harus selesaikan hal ini secara bersemuka.

“Sebenarnya saya yang hantar epal merah dengan nota tu kat awak” Luah Wafiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience