“Kejap! Daripada kau fikir diorang nak pedajal aku, kenapa tak kau fikir positif yang mungkin ada antara diorang yang sebenarnya suka kat aku??” Soal Anna.
“Apa-apa sajalah! Ok, kalau ada yang ‘mungkin’ suka kat kau, cuba senaraikan siapa yang ada ciri-ciri macam suka kat kau tu”
Anna garu dagu. “Aku tak pastilah!”
“Esok kau perhatikan diorang” arah Laila.
Anna ketap bibir dan mengangguk faham.
***
“Junaidi memang suka mengusik, kalau dalam sehari dia tak panggil nama aku sambil menyanyikan lagu ciptaannya memang tak sah. Kadang-kadang bila dia ponteng kelas aku pula yang rasa sunyi dan rindu sebab ‘lagu tema’ untuk aku hari itu tak ada.
Kadang-kadang dia suka tukar tempo lagu ikut melodi lagu-lagu baru kat radio, contohnya lagu ombak rindu dengan liriknya macam ni, bahagian korus tau “Ari… Ari, Ari Arianna An…naaa Anna, Annnaaa naa..” Memang sakit telinga mendengar tapi seronok sebab jadi bahan ketawa untuk ceriakan kelas.
Pijol pulak suka membahan, Kalau dalam sehari dia tak membahan kasut aku, beg tangan aku, bekas pensel aku memang tak sah. Ada je yang tak kena pada mata dia. Kasut aku ada reben yang cecah ke tanahlah, Beg aku bunga-bunga macam nak pergi taman bungalah, bekas pensil aku yang macam budak-budaklah! Macam-macam.
Tapi kalau setakat dengan bahan dia tu je aku nak jadikan itu point yang dia mungkin suka kat aku, rasa macam tak kena pulak. Sebabnya dia memang suka membahan, dan mangsanya bukan aku seorang saja. Hampir semua budak kelas kena bahan dengan Pijol.
Mamat pula suka mengganggu. Sambil-sambil dia berjalan kat sebelah aku tangan dia suka tarik hujung tudung aku sampai tertutup muka. Dia suka julurkan kaki sebab nak bagi aku tersadung setiap kali aku lalu kat sebelah meja dia.
Dia suka menyelit dan duduk diam-diam kat sebelah aku masa kami tengah sibuk bergosip. Lepas tu tayang muka tak bersalah dia bila kami bagi jelingan maut. Tapi takkan itu pun boleh dijadikan isu untuk kata mamat sukakan aku, kan?”
Anna menjelaskan satu persatu peribadi kawan-kawan lelaki yang disyaki kepada Laila. Nampaknya budak lelaki yang lain seperti langsung tak ada minat atau kaitan dalam hal itu selain tiga lelaki yang dia senaraikan ini
“Kalau macam tu, kau kena cari siapa yang suka makan epal!” Kata Laila.
“Buat apa?” Soal Anna, berkeriut mukanya, pelik.
“Sebab hanya orang yang suka makan epal saja akan terfikir untuk bagi epal pada seseorang yang dia suka. Kau tak fikir ke yang biasanya orang akan bagi bunga atau coklat bila nak mengorat perempuan, tapi kenapa dia bagi epal? Mestilah sebab dia sendiri suka makan epal kan?” Kata Laila mengeluarkan hujahnya.
“Ha’ah la.. tapi macammana pula aku nak tau yang ada diantara diorang suka makan epal atau tak? Takkan aku nak tanya sorang-sorang eh kau suka makan epal tak?”
“Alah..kau perhatikanlah diorang, atau paling senang kau selongkar beg diorang masa diorang tak ada kat kelas. Mana tau kot-kot terjumpa epal ke kat dalam beg tu?”
“Masalah!”
“Kenapa?”
Share this novel