BAB 6

Horror & Thriller Completed 846

“Awak tidak mahu jadi kekasih saya…” ujar gadis itu lembut dan sayu. Matanya mula berkaca. Serba salah Syeqal tiba-tiba…

“Eh tak… Eh ya… Eh! Maaf. Saya tidak kenal awak. Dan awak pun tidak kenal saya.. kita kawan dahulu nak, lagipun saya sedang belajar. ”

Gadis itu mulai menangis, Syeqal makin serba salah. Dia tidak tahu bagai mana hendak pujuk. Gila psiko ke budak ni…mampus aku. Syeqal mula cuak.

“Awak sudahlah… Awak sengaja bagi alasan kan. Sebenarnya awak ada perempuan lain kan…” tiba-tiba gadis itu marah.

Matanya berbeliak berurat merah. Suaranya yang lembut berubah garau. Bau wangi memenuhi lif itu bertukar bau bangkai.. busuk, busuk sangat.

Lif berhenti di tingkat 13. Namun pintunya masih tertutup. Tertutup rapat. Tangan Syeqal pantas menekan butang pintu buka. Pintu itu masih yang sama, tertutup rapat.

“Eh tidak… Saya cakap benar. Kita kawan… kita kawan dahulu, okey.” kata Syeqal cuba tenangkan gadis itu. Jantung Syeqal bagaikan berdegup laju. Tangannya tidak henti menekan butang itu beberapa kali.

Gadis itu mengesat air matanya dan kembali tersenyum… Bau bangkai makin kurang. Pintu lif terbuka perlahan.

Syeqal yang tersandar pintu lif, tercepuk jatuh keluar. Sebelum Syeqal masuk ke dalam pejabatnya sempat dia menoleh pada si gadis.

Bauan bunga lily menusuk hidungnya. Gadis itu melambai padanya sambil mengenyit mata.

“Wah! Bau lain pula kau ni hari ni…” tegur Kak Mas. Syeqal tersenyum tawar. Pelik di hatinya disimpan tatkala melihat sekuntum bunga lily di atas mejanya. Kepada Kak Lina ditanya. Penghantar bunga itu masih misteri.

Petang itu Kak Lina cepat berkemas untuk pulang. “Cepat hari ni kak…” tegur Syeqal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience