BAB 4

Horror & Thriller Completed 846

Seminggu sudah berlalu, bagaikan setiap hari Syeqal bertemu gadis penghantar bunga itu. Setiap hari dia memakai baju kurung berwarna merah dan menghantar sejambak bunga mawar. Dan setiap tengahari juga pasti ada sekuntum bunga mawar tanpa nota dimejanya.

Jam menunjukkan pukul 9 malam, Syeqal dan Leman masih di pejabat. Beberapa tugasan perlu dihantar segera.

Telefon Leman berbunyi, dia menjawab ringkas lalu memandang Syeqal. Leman mengatakan yang dia hendak pulang dan mengajak Syeqal bersamanya pulang.

“Okey, kau baliklah dahulu… aku hendak settlekan sedikit sahaja lagi ni…” jawab Syeqal tanya melihat pada rakannya.

Matanya difokus ke skrin manakala jarinya rancak menaip. Dari ekor matanya dia melihat kelibat Leman beredar.

Tepat jam 9.30 malam Syeqal pulang. Dia sedia berdiri di hadapan lif no 4 yang sudah menunjukkan tanda turun itu.

Pintu lif terbuka perlahan… bauan mawar kuat dihidu Syeqal. Syeqal tersenyum bila nampak gadis bunga ada di dalamnya. Wah! Bekerja keras dia ni, sampai malam pun kerja.

Syeqal mula melangkah tiba-tiba namanya dipanggil dari pintu pejabat. Syeqal menoleh, rupanya Kak Lina memanggilnya.

Kak Lina adalah setiausaha di situ. Syeqal menoleh ke dalam lif, ternyata gadis itu sedang menantinya dengan senyuman.

Senyuman itu dibalas Syeqal sebelum dia melangkah menghampiri Kak Lina di muka pintu.

“Nak balik ke? Sudah punchcard…”

“Lupa kak… Akak tak balik lagi ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience