BAB 3

Horror & Thriller Completed 846

Senyumannnya manis semanis orangnya yang berkulit putih berbibir nipis dan bermata galak. Tanpa sebarang kosmetik yang dioles ke mukanya, penampilannya bersahaja.

Agak-agaklah… dia gadis penghantar bunga sahaja. Tentu gajinya habis beli minyak wangi manalah cukup beli kosmetik… Syeqal kembali menilai.

“Hantar bunga lagi ke?” Syeqal bertanya. Pelik juga dari pagi hingga ke petang tidak habis menghantar bunga. Banyak sangat ke orang bangunan itu pesan bunga.

Gadis berbaju kurung berwarna merah itu mengeleng. “Ambil pesanan,” jawabnya. Syeqal senyum balas sambil mengangguk faham.

Keesokkan harinya Syeqal sampai di lobi bangunan itu tepat 6.40 pagi. Sengaja diawalkannya, dia hendak menunggu gadis bunga itu. Sah-sah tidak payah pakai minyak wangi kerana haruman dari gadis itu melekat di bajunya hingga ke petang.

Syeqal berlegar-legar di hadapan lif. Beberapa lif yang turun naik dibiarkannya.

Jam menunjukkan pukul 7.40 pagi. Makin ramai yang berpusu di hadapan lif itu. Gadis bunga masih tidak nampak batang hidung. Mungkin lambat atau tiada pesanan hari itu.

Syeqal menaiki lif bernombor 3 naik ke atas. Di dalam lif terdengar beberapa kakak bersungut berkenaan lif bernombor 4 yang rosak. Eh rosak ke… semalam okey je. Tak perasaan pula tadi rosak ke tidak…Syeqal bermonolog dalam hati.

Sampai ke mejanya Syeqal menghidu bajunya… Huh! Tak ada bau bunga mawar. Semalam dia ditegur rakan sekerja mengenai bauan mawar yang dipakainya.

“Hari ini perfume habis ke?” tanya Leman rakan praktikal yang duduk disebelah mejanya. Syeqal hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya.

Pulang dari makan tengahari bersama Leman, Syeqal dapati ada sekuntum bunga mawar di atas mejanya. Malu juga dia diperli kerana mendapat bunga walaupun baru seminggu bekerja di situ namun jauh disudut hatinya dia suka. Bunga itu mengingatkannya pada si gadis semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience