BAB 2

Horror & Thriller Completed 846

Pintu lif itu mulai tutup kembali. Tiba-tiba terpacul seorang gadis bersama sejambak bunga mawar di depan pintu itu. Dengan tenang dia melangkah masuk ke dalam lif dengan senyuman yang manis. Gadis itu menekan tingkat 19.

“Kerja tingkat 19 ke…” sapa Syeqal yang pantang melihat perempuan cantik.

Dia lagi teruja bila gadis itu berbau wangi. Namun dia turut merasa pelik, selalunya bau hadir di belakang, ini bau dahulu, baru datang orangnya.

Bunga di jambangan itu pun hanya 3 kuntum tapi baunya mak aihh… macam duduk taman bunga. Sibuk naluri Syeqal menilai.

“Tak… saya hantar bunga sahaja.” Jawab gadis itu malu-malu. “Awak baru kerja sini ke… tidak pernah nampak pun sebelum ini.”

“Aaa… saya praktikal. Baru seminggu. Err… Sudah sampai.. jumpa lagi.” kata Syeqal sambil melangkah keluar.

Gadis itu hanya mengangguk dan tersenyum. Perghhh… manisnya senyuman. Harap-harap dapat jumpa lagi. Lupa tadi minta nombor telefon.

Petang itu ketika pulang, Syeqal terlepas lif yang bernombor 2.. penuh. Biasalah waktu balik pejabat ramai yang menggunakan lif itu. Terutama pengguna tingkat atas pasti ada ruang bagi mereka.

Yang tinggal yang bawah hanya dapat saki bakinya sahaja kalau waktu puncak macam tu.

Lif nombor 3 berhenti, mereka berpusu masuk sayangnya tiada ruang untuk Syeqal menyelit. Bukan rezeki.

Tiba-tiba pintu lif nombor 4 terbuka. Wow rezeki… Syeqal melangkah masuk. Ada gadis pagi tadi dalam lif itu. Hanya mereka berdua sahaja dalam lif itu. Melihat Syeqal melangkah masuk dia tersenyum.

“Eh… jumpa lagi,” tegur Syeqal sambal mengangkat keningnya sedikit. Gadis itu hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience