BAB 5

Horror & Thriller Completed 846

“Nak balik la ni.. Tadi ada meeting. Teman akak sampai kereta boleh?” pinta Kak Lina sambil memasukkan kad ke dalam mesin punchcard itu.

Mereka berdua menuju ke lif dan menaiki lif bernombor 1. Syeqal turut menghantar Kak Lina ke keretanya yang dipakir di basement.

Bila Syeqal kembali ke hadapan lif, lif bernombor 4 sudah sedia terbuka. Syeqal masuk tanpa menyaksi apa-apa. Kosong tetapi si gadis sudah meninggalkan bau bunga mawar yang kuat dalam lif itu.

Bila sahaja pintu lif itu tertutup sepenuhnya, bau bunga mawar itu bertukar ke bau busuk yang tidak menyenangkan.

Makin lama makin busuk, sebusuk bangkai. Loya tekak Syeqal tiba-tiba. Nasib baik perjalanan antara basement dengan tingkat bawah tidak jauh.

Esok paginya Syeqal bertemu lagi gadis itu di dalam lif bernombor 4. Pagi ini dia agak berlainan dari hari sebelumnya, baju merah sudah bertukar ke baju kurung putih dan tiada lagi jambangan mawar, begitu juga bauan wangi yang menusuk hidung.

Wajahnya sayu sambil memegang sejambak bunga lily yang disusun indah. Kena marah bos kot.. Syeqal mula meramal.

“Kenapa tidak naik semalam?” tanyanya lembut.

“Semalam saya lupa punchcard, nasib baik ada kakak tu ingatkan…”

“Kekasih awak?” tanyanya lagi. Pantas Syeqal mengeleng.

“Taklah.. pangkat kakak. Saya mana ada kekasih… kawan perempuan pun tidak ramai,” jawab Syeqal sambil teringat sekuntum bunga mawar dari pengirim misteri yang kerap diterimanya.

“Saya ada… saya boleh jadi kekasih awak..” kata gadis itu perlahan. Syeqal tersenyum, pucuk dicita ulam mendatang.

Walaupun dia hanya gadis bunga tetapi manisnya bisa mengoncangkan iman lelaki seperti Syeqal. Tutur katanya lembut bisa membuat Syeqal termimpi-mimpi. Tetapi….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience