BAB 1

Horror & Thriller Completed 846

Usai memakir motosikalnya di tempat yang di tetapkan. Syeqal bergerak perlahan ke ruang lobi yang menempatkan beberapa lif bangunan itu. Sudah seminggu dia bekerja di situ.

Pagi itu agak sunyi tambahan baru pukul 6.50 pagi. Hujan renyai mulai turun. Syeqal bersyukur kalau tidak sia-sia basah di pagi hari. Sengaja Syeqal datang awal, kerja semalam masih ada tertunggak yang menuntut perhatiannya.

Syeqal memilih untuk berdiri di hadapan lif bernombor 4 apabila lampu di atas pintu lif itu menunjukkan anak panah hala ke bawah.

Walaupun di situ ada 8 buah lif tetapi untuk penguna tingkat 11 ke atas dikhaskan lif bernombor 1 hingga 4 sahaja yang akan terus ke tingkat 11, tanpa berhenti di tingkat sebelumnya.

Nasiblah penguna tingkat 1 hingga sepuluh jika naikinya… jawabnya kena menapak turunlah.

Pintu lif itu terbuka lapang, kosong. Syeqal menapak masuk ke dalam perutnya, menunggu hingga lif itu tertutup sendiri.

Ternyata hanya dia seorang sahaja yang akan mengunakan lif itu pagi itu. Syeqal menekan butang bernombor 13, yang bermaksud dia hendak ke tingkat nombor 13.

Bau wangi menyapa tiba-tiba ke rongga deria hidu Syeqal. Wanginya ‘perfume dispenser’ ni … bau bunga mawar. Syeqal melihat sekeliling mencari punca semburan wangian itu. Negatif.

Mungkin wangian pengguna sebelum kot. Telahan hati Syeqal. Bauan bunga mawar semakin kuat menusuk hidungnya bila pintu itu mulai tertutup.

Hishhh siapalah spray satu badan nie… Kaya tokey minyak wangi macam ni, siapalah gadis tu… Syeqal makin berimaginasi.

Tiba-tiba pintu yang hamper tutup sepenuhnya, kembali terbuka luas. Syeqal menanti… tiada siapa. Hishh… ada yang main-main agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience