Bab 6

Fantasy Series 2934

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini aku akan keluar bersama Shafiq. Untuk menjadi kawannya. Aliya, aku rindu kau. Kenapa kau suruh Shafiq yang jagakan aku. Aku masih bermain kata di fikiran ku. Lama pula Shafiq hari ni. Aku sudah mula merungut kerana hampir setengah jam aku menunggunya di lobi hotel ini.

"Awak, sorry lambat," panjang umur Shafiq. Eh jangan kata perkataan ini. Kita tak tahu umur dan ajal seseorang itu. Lihat sahaja Aliya, selalu dikatakan panjang umur tapi... hmmm..

"Awak, napa nampak sedih?" soal Shafiq yang perasan akan riak wajahku sekarang.

"Tak ada apalah, sekarang jom kita lawat semua pantai yang ada di Bali ni," aku cuba menukar mood dan ekspresi wajahku.

"Untuk awak gembira semula, saya sanggup jadi babu awak," aku ketawa dengan perbuatannya yang separuh menunduk kepada aku. Aku rasa inilah pertama kali aku ketawa ikhlas setelah pemergian Aliya. Aliya thanks ye. Aku takkan pernah lupakan Kau.

Setelah itu, aku dan Shafiq terus berjalan-jalan dari satu pantai ke pantai yang lain. Ya allah cantiknya. Walaupun ada banyak pantai tetapi setiap pantai darinya ada keindahan masing2.

Aku memang sukakan pantai kerana bagi aku pantai dapat memberikan ketenangan kepada aku. Ombak yang datang dan pergi itu seolah-olah mengambil dan membawa pergi setiap keresahan yang ada dalam hati aku. Sebab tu saya suka pantai berbanding tempat lain.

Setelah habis kesemua pantai kami tinjau, akhirnya kami berhenti di pantai terakhir itu dan menikmati panorama sunset yang sangat cantik. Aliya kalau kau ingat dulu aku pernah cakap aku nak lihat sunset terbenam dengan lelaki yang paling aku sayang. Tapi sekarang, aku lihat dengan lelki yang pada mulanya aku menyampah tetapi sekarang aku mulai selesa. Aku memandang Shafiq yang fokus melihat panorama itu.

Akhirnya, kami pulang ke bilik hotel masing2 setelah habis makan. Alhamdulillah perasaan sedihku sudah hampir hilang dan hari ini aku langsung tidak bergaduh dengan Shafiq. Aku hanya tersenyum mengingati kenangan kami di pantai pada petang tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience