Bab 11

Fantasy Series 2934

Tepat jam 8 malam, kereta shafiq sudah tiba di halaman rumahku. Dan yang lebih mengejutkan aku, si Shafiq tengah berada di ruang tamu dan sedang bersembang mesra dngan keluarga ku. Mama dan Papa, selalunya mereka susah untuk membenarkan aku keluar dan berfoya dngan lelaki, tetapi lain pula jadinya bila aq dengan si Shafiq ni. Dalam fikiranku sudah terfikirkan berbagai anasir negatif yang lebih membuatkan aku berfikiran buruk.

setelah berpamitan dngan kedua ibu bapaku, akhirnya Shafiq meminta diri dan aq sempat menyalami tangan mama dan papa. Kami berdua hanya diam sahaja sepanjang perjalanan. Biarlah kesunyian yang menenangkan kami berdua. Mungkin itu lebih baik, kerana pada pemikiranku tibanya di restoran nanti pasti pelbagai rahsia yang akan dapat dibongkar.

Biarlah aku berdiam diri dahulu, hanya menurut setiap apa yang dirancangkan oleh Shafiq. walaupun ada ragu untuk dirinya, tapi hati ini masih kuat dan utuh untuk terus yakin kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience