Bab 5

Fantasy Series 2934

Setelah selesai makan semua, barulah aku tahu sedikit sebanyak tentang lelaki misteri ini. Rupanya nama dia Shafiq dan dia jugalah yang menempah stu restoran ni sebab tu takda orang. Alahai, dia ingat aku ni nak cair ke dngar dia buat macam tu? menyampah lagi adalah.

"Awak dah habis makan kan?" soalnya Shafiq agak sopan.

"Awak rasa saya dah habis makan ke tak? Awak buta ke apa?" soal aku kasar kerana aku sudah tidak sabar untuk tahu kebenaran yang akam disampaikannya.

"Okay, jap ye saya susun ayat," pohonnya sambil membetulkan nada suaranya. Aku hanya menjadi pemerhati yang bertauliah sahaja.

"Sebenarnya saya sahabat Aliya, arwah Aliya," setelah mendengar nama itu terus mood aku bertukar menjadi mood sayu. Npa sahabat kau yang datang jumpa aku? Soalku sendirian.

"First of all, saya memang langsung tak kenal awak dan saya boleh sampai disini pun sebab wasiat Aliya. Dia suruh saya cari awak kat sini sebab dia cakap kalau awak sedih awak akan lari ke sini," luahnya lagi tentang Aliya. Aliyalah yang paling kenal aku luar dan dalam. Semuanya dia tahu tnpa perlu aku ulang.

"Then?" soalku menyuruh Shafiq menyambung cerita.

"Dalam wasiat tu, dia minta saya tengokkan awak dan jaga awak smpai hayat terakhir dia. Tapi mulanya saya rasa macm tak masuk akal sebab tetiba je, lepas saya tahu arwah dah pergi untuk selamanya barulah saya ambil berat tentang hajatnya itu. Sebab tu setiap kali awak nangis, saya akan hadir sebab saya selalu je tengok dan jaga awak," rupa2nya Aliya yang surhh lelaki ni dekat dengan aku. Ya allah, hingga akhir hayat kau pun, kau masih fikirkan aku. Air mata yang tertahan akirnya tertumpah jua.

"Mulanya saya cuma nak jaga awak dari jauh. Tapi entah kenapa hati saya suruh saya dekat dngan awak, dan jaga awak. Awak, izinkan saya tunaikan amanat akhir arwah sahabat kita," permohonannya itu membuatkan aku rasa syahdu. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Okay, kalau macam tu saya akan jaga awak sebagai kawan baik saya macam mana Aliya jaga awak, macam tulah saya akan jaga awak," seribu tahun pun aku tak mampu mencari pengganti kau Aliya, walau kau kirimkan seribu pengganti tapi takkan sama dengan kau. Aku juga akan penuhkan amanat kau. Tapi sekadar sahabat sahaja dan tak akan lebih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience