Bab 4

Fantasy Series 2934

Kriutttt... kriuttt.. Perut aku sudah memainkan lagu dondang sayang akibat lapar punya pasal. Aku terus mencapai selendang yang tergntung di belakang pintu bilik hotel ku, aku ingin keluar ke restoren yang ada di bawah.

Masuk sahaja di restoran, aku terasa agak ganjil kerana restoran tersebut sangat sunyi. Bukan ada seorang dua je tapi TAK ADA ORANG LANGSUNG. Kau rasa??? Macam lain macam sahaja sedangkan sekarang baru jam 8 malam.

Tetiba ada seorang pelayan restoran membawa aku ke sebuah meja yang telah terhias cantik. Dia salah orang ke? Soal aku di dalam hati, tapi kakiku masih melangkah menurutnya.

"Japgi teman lelaki cik akan sampai ye," belum sempat aku menyoal apa2 pelayan tersebut terus hilang dari pandangan mata. Laju pula dia jalan.

Beberapa minit berlalu, akhirnya aku ternampak kelibat seorang lelaki yang sangt aku k7enali, dahlah tengah lapar dia pula yang datang. Dah kenapa? Aku seolah2 ingin bangun tetapi dia menghalang.

"awak2 janganlah bangun, saya ada benda nak cakp dngan awak. Memandangkan esok hri terakhir awak ada disini," ayatnya membuatkan aku tersentap. Macam mana dia tahu aku akan pulang esok?

"Macam mana awak tahu saya balik esok?" soal aku agak kehairanan.

"Saya tahu semua tentang awak, sebab tu saya suruh awak duduk. Saya ada banyak perkara yang awak perlu tahu dan saya perlu bagitahu," aku kembali duduk di tempat yang terhias cantik itu semula. Gubahannya seolah-olah candle light dinner sahaja.

"Sebelum saya ceritakan, boleh tak kita makan dulu? Saya lapar sangat2 maklumlah hari ni saya kena tolak sampai jatuh dalam kolam," aku hanya menjulingkan mata ke atas, tahu siapa yang dimaksudkan. Aku hanya diam sahaja kerana aku ingin mengetahui latar belakang lelaki misteri menyakitkan hati ini. Walla, misteri betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience