Bab 1

Fantasy Series 2934

suasana dingin menyapa segenap tubuhku. Pantai diwaktu pagi sngatlah sejuk dan dingin yang tiada erti. Aku hanya membiarkan rasa-rasa sejuk itu menjamah tubuhku. Hati aku mati, dah tiada rasa setelah aku kehilangan orang yang aku sayang buat selamanya.

Setiap hari, pasti aku akan memikirkannya walaun seberapa kerap kali aku menghalang perasaan dan pemikiran itu tiba semula. aku hanya manusia yang selalu sahaja melakukan kesalahan. Aku merindukan orang yang paling penting dalam hidup aku. Tanpa dia siapalah aku.

Dia sahabat, dia teman seperjuangan. Dari kecil sehingga akhir usianya kami seolah-olah belangkas yang tidak bisa hidup tanpa salah seorang dari kami. Tetapi sekarang, nyawa aku sudah pergi untuk selamanya, bukan hanya seketika. Di akhirat kelak sahaja aku bisa bertemunya kembali.

Aku hanya mampu duduk termenung di salah satu batuan yang ada di pantai ini. Tanpa sedar, air mata aku mengalir membasahi pipi. Tetapi aku hanya membiarkannya menangis, melepaskan kerinduan yang berbekas di Hati buat seorang Aliya Kaisara

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience