Bab 9

Fantasy Series 2934

Kedengaran telefon bimbitku memainkan lagu bruno Mars, Gorilla menandakan ada panggilan masuk. Dan bila aku lihat diskrin, tersenyum panjang aku jadinya. Aku membiarkan deringan itu lama sedikit, baru aku angkat. Aku taknak sidia perasan tentang perasaan aku ini.

"Assalamualaikum, ada apa kol?" aku memberi salam terlebih dahulu dan bersuara senada sahaja agar tdak nampak aku ni terlalu over.

"Waalaikumsalam, eh2 awak ni islam rupanya. Takda apalah, saja kol sebab saya rindukan awak," alahai, dia ni buat aku lagi cairlah. Nasib dia tak nampak pipi aku yang makin kemerahan ini.

"Awak! Selalu je nak menyakat saya, memanglah saya islam. Kalau tak , macam mana nak akad nikah nanti. Cia cia cia," aku cuba menyakat dia kembali, sedangkan hati aku? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya.

"Aik, ni maknanya awak setujulah ni nak jadikan saya bakal imam awak? Nanti saya hantar rombongan ek?" soalnya pula yang buat aku terdiam membatu.

"Bila masa saya nak awak? Saya main-main je," aku menegah jawapannya. Aku malu tapi aku mahu sebenarnya. huhu, tapi biarlah kami mengenal hati budi kami dulu. Aliya, kau doakan kami berdua ye.

"Ala, awak ni! Saya ingatkan betul2. Awak, esok jom g jogging kat taman berdekatan rumah awak," tanpa menunggu lama, Shafiq menunaikan hajatnya.

"Jap2, awak tahu ke alamat rumah saya?" soal aku agak terkejut apabila dia memberitahu hendak berjogging di taman berdekatan rumah aku.

"Yes, saya tahu. Jumpa esok jam 7 Pagi ye adindaku yang comel. okay bye, ada kerja," dia seolah-olah ingin mengelak dariku yang akan menyoalnya lebih banyak lagi. Belum sempat aku jawap apa2 dia sudah menutup talian. Shafiq suka buat aku sakit hati, tapi dalam masa yang sama dia buat aku tersenyum sepanjang hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience