KEMUNCULAN MEREKA

Fantasy Series 949

(Di langit Grothen)

"Semua rakyat! Masuk ke dalam rumah masing-masing! Jangan keluar! Kita berada dalam keadaan darurat. Masuk dan sembunyi!"

Kedengaran suara seseorang dari setiap sudut bandar dan kampung di dalam negara Grothen. Tuanku Vitas memberi arahan selepas mendapat kesan pencerobohan makhluk asing di dalam orbit bumi dan sedang menuju ke negaranya.

"Apa status kita?" Tuanku Vitas menoleh ke belakang. Menanti jawapan positif dari menteri pertahanan.

"Mereka telah memasuki atmosfera bumi dan semakin mendekati Grothen. Mereka juga sedang menyiapkan senjata di sekeliling kapal Angkasa mereka. Apa yang perlu kita lakukan Tuanku? Jika kita berperang sekarang, manusia yang datang kesini juga akan terima akibatnya. Rahsia Grothen perlu disimpan rapi."

Menteri Grothen memberi pendapat secepatnya sambil tangannya menekan skrin di meja mesyuarat.

"Sebelum kita tahu keberadaan permata Bellamy, kita perlu sekat mereka dari keluar dari negara kita. Dan kita perlu hentikan mereka dengan cara lama. Menteri pertahanan, Honjura! Aktifkan sistem keselamatan tahap kedua! Sekarang!"

Tuanku Vitas memberi arahan dengan suara tegas dan yakin. Satu butang merah ditekan di hadapan Honjura. Sebaik sahaja diaktifkan, kesemua manusia dari luar yang masih berada di dalam negara Grothen hilang sekelip mata. Hanya penduduk tetap negara Grothen sahaja yang kelihatan.

"Sistem keselamatan tahap kedua telah diaktifkan. Kita ada masa hanya 24 jam untuk selesaikan masalah pencerobohan sebelum mereka semua muncul semula. Sekarang mereka ditidurkan di dalam dimensi kedua dan akan sedar selepas sehari. Tuanku kena cepat."

Honjura memberi laporan sambil menundukkan badan tanda hormat. Tuanku Vitas menarik nafas panjang.

"Zeno dan Rina el-Dieneros. Hanya mereka berdua harapan kita untuk mendapatkan kebebasan kita semula. Kita tunggu arahan dari mereka." Arah tuanku Vitas.

(Di dalam kapal Angkasa)

"Kita telah tiba di negara Grothen. Mulakan misi!" Kapal Angkasa tiba di langit Grothen. Dengan menggunakan sistem lutsinar, mereka ghaib dari mata kasar.

Keempat-empat Insecto yang diberi tugas menekan satu punat di belakang tangan dan menghilangkan diri.

(Di kampung Suguna)

"Apa yang berlaku? Keadaan masih malam tetapi kenapa terlalu cerah di bandar?"

Beberapa penduduk Suguna melihat keadaan bandar Grothen dari jauh. Kampung Suguna yang jauh dari bandar tidak mendapat arahan berkurung masih meneruskan temasya yang dijalankan. Nampaknya mereka akan menerima tetamu yang tidak diundang sebentar lagi.

Empat insecto muncul di atas bukit di mana Zeno dan Rina terhempas. Mereka dapat mengesan permata Bellamy melalui serpihan halus yang bertaburan di sekitar kawasan. Alat kecil di tapak tangan diteliti. Empat anak panah kelihatan jelas di skrin 3D.

"Permata Bellamy telah dipecahkan. Nampaknya kerja kita menjadi agak berat. Setiap seorang ikut setiap permata dan rampasnya kembali. Bunuh sesiapa yang cuba menghalang!"

Salah seorang dari mereka memberi arahan. Mereka membuka topeng gas mereka dan mulai bernafas dengan menghirup oksigen di bumi sedalam mungkin.

Paru-paru mereka cuba menyesuaikan diri dengan keadaan atmosfera bumi. Wajah yang seakan-akan serangga menakutkan sesiapa yang melihat.

"Mulakan misi!"

Mereka bergerak serentak dengan laju. Setiap seorang menuju kearah target yang telah dipilih. Setiap dari insecto dibekalkan dengan alat pemusnah yang telah dikhaskan.

Dengan alat itu mereka akan menggunakan fungsi alam di sekeliling mereka untuk menyerang. Yang penting Permata Bellamy perlu ada di tangan mereka.

(Di atas bukit jauh di pedalaman)

"Kapal apa yang muncul tadi? Kenapa tiba-tiba hilang? Apa yang berlaku sebenarnya ni?"

Ian berjalan menaiki bukit untuk melihat keadaan sebenar negara Grothen sekarang ini.

Tiba-tiba, satu tangan dari belakang menekup mulutnya dengan sehelai kain. Dengan sekali sedutan dari klorofom, pandangannya berpinar-pinar. Suara seseorang kedengaran ditepinya. Badannya seperti melayang-layang. Dia dicampak masuk kedalam sebuah helikopter mewah dan dibawa pergi. Tangannya digari.

"We got what you want! And now give us what we want!"

2 lelaki kelihatan di dalam helikopter itu sambil menghalakan senapang ke arah seorang penumpang.

"I will give you back the dragon. But you have to wake my son up first cause only he know where the dragon is. I gave that dragon to my wife and i knew my wife will give it to my son." Seorang lelaki yang agak berusia duduk di satu sudut dengan tangan diikat.

Mereka berdua merenung mata masing-masing dan memberi isyarat setuju. Satu botol minyak dikeluarkan dari poket dan dibuka penutupnya. Dihalakan muncung botol kearah hidung Ian.

Hanya dalam beberapa saat, Ian membuka matanya perlahan-lahan. Klorofom hilang sedikit demi sedikit. Akhirnya, mata Ian tertancap pada kelibat ayahnya.

"Father....? Where are we? How we got here?" Soal Ian ingin tahu. Dicuba untuk melepaskan diri tapi gagal apabila kedua-dua tangannya digari dibelakang.

"Ian! Please tell them where you hide your dragon. Please son! We in huge danger if we lost that dragon. Where is the dragon?"

Ian terkelu dengan sikap ayahnya. Pertanyaan Ian langsung tidak dijawab. Malah ayahnya hanya bertanyakan mengenai 'hadiah' yang di berikan olehnya sempena hari jadinya tempoh hari. Ian menunduk.

"You never come home and met me... And you never ask about your only son for several years now... And here you only asking about that damn dragon... I am your son! Ask about me first useless father! Why is that dragon is more important than me!"

Ian semakin hilang sabar dengan sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab. Ian cuba merapati ayahnya tetapi satu hentakan dari kepala senapang membuatkannya jatuh tersungkur ke lantai besi. Luka di dahi semakin besar. Darah mulai mengalir.

"Just answer that damn question, brat! Now is not the time to be a spoil brat! Where is that dragon?"

Kolar baju Ian ditarik kasar. Ian terangkat keatas. Ian merenung tajam kearah musuhnya.

"Why should i care about you, bastard? You and my father is just the same!"

Jawapan dari Ian membuatkan mereka bengang. Ian ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi. Ayahnya hanya mendiamkan diri. Tiada halangan atau larangan yang dilaungkan olehnya untuk menyelamatkan anak tunggalnya.

"Why it is so hard just to answer the question dude? Just answer it or you will die here with your father. So, now the last question. Where is your dragon? If you answer it wrong, you will be kill. If you don't answer it all, i will kill your father. And... If you try to act tough, you both will be dead! Am i make myself clear here kiddo?"

Senyuman sinis diberikan kepada Ian. Rambut emas Ian ditarik dan dia dipaksa bangun. Mukanya yang lebam dibiarkan berdarah. Matanya masih melihat ayahnya yang melutut di hadapan penculiknya. Darjatnya sebagai anak bangsawan tercalar apabila melihat ayahnya melutut begitu.

"You are such a coward, father! How i wish you never be my father!" Tengking Ian sekuat hati.

Kingston bangun dan menamatkan lakonannya. Gari di kedua-dua tangan dibuka oleh salah seorang lelaki tadi. Wajah yang penuh amarah ditunjukkan.

"I'm not a coward!" Satu tumbukan hinggap di pipi Ian. Ian masih berdiri selepas ditumbuk oleh ayahnya sendiri. Tetapi satu hentakan di kepala menjatuhkan Ian. Ian terbaring dan langsung tidak bergerak.

"I already said it guys! He will not listen to me! I will ask my wife about that dragon." Jawab Ayah Ian ringkas sambil mengeluh berat.

"But Kingston! We agree that we act like this to make you look innocent in front of your son and make him believe in you. It all your fault! If the dragon was not send to your house, we will never lost it now! We must take back the dragon that we steal. We only need that dragon and sold it in the black market! We need money to flee from here! Do you know that the dragon is the king's pet? We stole it from king Vitas! If he know about this, we'll be hagging our head in prison! Just ask him! He is your son!" Kedua-dua lelaki tadi berkumpul di sekeliling Kingston. Mereka cuba memaksa Kingston untuk menyelesaikan tugas mereka. Kingston hanya mengeluh.

"He is not my son. He is not my true heir. He's someone else kid. My wife cheat on me while we still married. He's not worth fighting for. Just let him be. Throw him from here! Dead or alive i don't care less. I will find the dragon myself." Arah Kingston sekerasnya.

"So, I'm not your son.. That why you never show your love to me since I was a little boy. I knew it... I'm not your bloody son.. How lucky I am right now.. And now you tried to kill me... You are truly devil that need to be hagging in front of the public. Just like a damn criminal"

Mereka berpaling dan melihat Ian yang tersenyum sinis.

Ian berusaha untuk berdiri dan membiarkan sahaja darahnya mengalir di wajah. Dia merenung ayahnya. Pandangan mata sayu Ian tidak sedikit pun memberi kesan kepada ayahnya.

"You and your mother is just the same. I will kill your mother after i kill you. Send my regard to the king of hell!"

Dua tembakan tepat di jantung membuatkan badan Ian hilang keseimbangan. Pintu helikopter yang sememangnya terbuka tidak dapat menyekat Ian dari jatuh.

Sebelum terjunam, Ian dapat melihat senyuman kepuasan di wajah ayahnya. Kesakitan yang dirasai sekarang ini tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan hatinya yang hancur luluh selepas kepercayaannya disia-siakan oleh orang yang sangat dia hormati. Apa yang dapat meredakan kesakitan ini?

"Mungkin kematian adalah jalannya.." ayat terakhir yang difikirkan dari dalam kepalanya sebelum pandangannya gelap.

Satu cahaya kilat menyambar Ian dan secara tiba-tiba, helikopter milik Kingston meletup. Serpihan berterbangan di udara. Sesuatu terbang dari helikopter yang terjunam. Insecto yang memiliki sayap terbang menjauhi jasad Ian.

"Ian Raykarl!!"

(Bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience