BUNUH

Fantasy Series 949

(Di dalam hutan)

Kedengaran seseorang sedang bergerak dengan pantas. Muncul Kenchi di sebalik pokok besar. Beberapa bebola api melayang kearahnya dari setiap sudut. Kenchi berlari sekuat hati apabila seseorang sedang mengejarnya. Siapa dan apakah makhluk itu tidak dapat dikesan oleh Kenchi.

Kenchi diserang oleh bebola api semasa leka duduk di bawah satu pokok besar di tengah hutan. Dia yang berjaya mengelak terus berlari pergi tanpa menoleh kebelakang. Bebola api itu terus menerus menyerangnya.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni? Kenapa serang aku pula? Kau siapa hah! Pergi main jauh-jauh! Yokai mana bergurau dengan aku ni!"

Kenchi berlari sekuat hati. Kerana kepantasannya dalam larian, Kenchi menggunakan kemahirannya dalam 'pertandingan' ini. Nyawanya adalah pertaruhan kali ini. Serangan masih tidak berkurang malah lagi banyak.

Semasa Kenchi cuba mengelak serangan itu, Kenchi ternampak seorang kanak-kanak kecil sedang berdiri di sebelah kiri hutan. Kenchi tidak sempat berhenti. Dia meneruskan lariannya yang laju.

Sayup-sayup kedengaran suara kanak-kanak menjerit. Tiba sahaja di satu pokok, Kenchi memegang batang pokok dan memusingkan badan dan membelok kaki ke belakang. Kenchi menggunakan kekuatan tangan untuk memutarkan badannya tanpa berhenti berlari.

"Kenapalah boleh ada budak kecil dalam hutan tebal ni?" bisik hati Kenchi.

Disebalik semak, kanak-kanak yang memakai baju merah itu diangkat tinggi kelangit. Dia cuba melepaskan diri dari cengkaman makhluk asing yang bernama Insecto itu. Rambutnya yang kuning kemerahan direntap kasar oleh makhluk itu.

"Kisama!!"

Kenchi berlari keluar dari belakang Insecto dan menendang makhluk itu. Kanak-kanak itu disambut sebelum jatuh ke tanah.

"Kenchi!!" Panggil kanak-kanak itu riang. Kenchi melihat dengan pandangan aneh. Lehernya dipeluk. Mata kanak-kanak itu yang agak runcing dilihat Kenchi yang semakin pelik.

Tanpa berlengah, Kenchi meneruskan lariannya. Tiba di satu kawasan lapang, salah satu bebola api terkena lengan Kenchi. Pegangannya terlepas. Kedua-duanya tersungkur di atas tanah keras. Insecto berdiri tegak di hadapan Kenchi. Dia menekan sesuatu di atas skrin.

"Nampaknya kau sudah letih berlari. Permainan kau tamat di sini."

Makhluk Insecto berbicara menggunakan bahasa manusia yang biasa. Nampaknya alat di tangannya memainkan peranan. Kenchi memikirkan cara untuk melepaskan diri.

"Not that easy!"

Kenchi menyerang dengan menghayunkan kaki. Tendangannya disekat dengan mudah. Beberapa kali tumbukan dihalakan pada Insecto namun tetap sama. Sebaliknya dia diserang semula. Kenchi tercampak kuat ke pokok-pokok yang ada disitu.

"Kenchi! Kenchi!" Kanak-kanak itu berlari kearah Kenchi dan cuba mempertahankan remaja itu. Tangan kecilnya didepakan. Kanak-kanak itu menyeringai dengan menunjukkan taringnya yang tajam.

"Sangat menakutkan budak." sindir makhluk itu dan mengaktifkan sistem serangan.

Wap-wap mula muncul di tapak tangan. Percikan api kelihatan. Aura kepanasan mula dirasai.

"Siapa kau yang sebenarnya? Apa yang kau nak?" Kenchi menolak kanak-kanak itu ke belakangnya dan cuba menarik perhatian makhluk aneh itu.

Dia tahu makhluk di hadapannya bukan makhluk biasa. Wajah yang aneh dan tidak beremosi menambahkan keseraman wajahnya. Sesungut yang bergerak-gerak di pipi dan kepalanya amat pelik.

"Itu kau tak perlu tahu. Kau tak memiliki barang yang aku cari. Misi aku perlu diteruskan. Aku hadiahkan api ini untuk kau dan kawan kau. Nikmatilah sampai kau hilang!"

Alat ditapak tangan dihalakan ke arah Kenchi. Hanya beberapa saat, api panas menyambar badan Kenchi dan kanak-kanak itu. Api itu tidak akan padam sehinggalah sumber api hangus keseluruhannya.

"Hisashi Kenchi.... Hisashi Kenchi..."

Suara dari seseorang halus kedengaran. Mereka ditinggalkan ditengah hutan dengan api yang menyelubungi diri masing-masing.

(Di dua dimensi)

"Zeno! Dua permata Bellamy telah hilang! Dah tak ada jejak dalam kuasa pengesan. Kuasa permata juga hilang begitu sahaja! Adakah Insecto telah berjaya memiliki permata tu?"

Rina menjerit apabila mengesan dua dari empat titik permata Bellamy hilang dalam sekelip mata. Wajah mereka bertambah gusar.

"Kita kena cepat ambil balik permata yang lain! Kalau mereka dapat kesemuanya, kita akan mendapat malapetaka!" balas Zeno cuak.

Mereka sedang bergerak selaju mungkin dengan meloncat di atas dahan ke dahan pokok yang ada.

Zeno pula cuba mengumpulkan semula tenaganya sebelum matahari menyinar semula. Rina masih belum mendapat kuasanya kerana punca kuasa Rina adalah matahari semata-mata.

"Kita arahkan Pegasus dan Wolf jejaki mereka dan halang insecto dari merampas permata Bellamy yang ada." Arah Rina cemas.

"Pegasus! Wolf! Dengar tak arahan kami? Pergi sekarang!"

Zeno mengarahkan haiwan ajaib mereka sambil menutup mata. Muncul kuda terbang dan serigala bersaiz besar dari dalam bayang-bayang mereka. Dengan setiap usapan di wajah mereka, badan mereka mengeluarkan aura putih dan hitam. Dalam sekelip mata, mereka lenyap.

(Di kawasan tanah tandus)

"Penatnya... Mana semua orang ni? Aku nak makan apa ni? Pokok kaktus pun tak ada untuk dapatkan air. Panas pula tu."

Iskandar merayau seorang diri tanpa arah tujuan. Sesekali dia melihat ke setiap arah jika ternampak kelibat manusia lain.

Tiba-tiba, dia tenggelam di dalam pasir yang mendap. Kelam-kabut dia cuba untuk naik semula. Dia dapat rasakan sebelah kakinya seperti di pegang oleh sesuatu. Dia menarik pedang yang berada di pinggang dan menikam kedalam pasir.

Serta-merta dia menarik kaki dan merangkak ke atas. Dia merenung pasir mendap di hadapannya dan ternganga apabila muncul seorang kanak-kanak kecil seusia 10 tahun dari dalam pasir.

Kanak-kanak yang memakai baju hitam dan berserban tersenyum padanya. Celak kelihatan jelas di kedua-dua mata. Sama seperti anak-anak di Arab.

"Budak? Takkanlah dia tinggal dalam tu? Mustahil!"

Iskandar berlari meninggalkan manusia itu secepatnya. Dia menoleh beberapa kali untuk memastikan apa yang dilihat sebentar tadi. Namun kanak-kanak itu hilang dari pandangan.

Sebaik sahaja Iskandar memandang ke hadapan, kanak-kanak itu keluar dari dalam pasir dan berdiri dengan senyuman terukir di wajah.

"Apa yang kau nak?"

Iskandar sempat berhenti sebelum merempuh kanak-kanak riang itu. Pedang dihunuskan dihadapan kanak-kanak yang tidak dikenali itu.

"Tengku Iskandar!"

Satu pelukan diberikan kepadanya. Kanak-kanak itu memeluk erat remaja yang masih terkebil-kebil itu. Pedang ditangan terlepas. Entah kenapa Iskandar seakan-akan kenal siapa gerangan kanak-kanak ini.

"Di sini kau berada! Dimana permata Bellamy?"

Makhluk asing yang sedang mencari mereka berhenti di udara. Dengan wajah seperti ular, tapak tangan makhluk itu dihalakan kearah mereka berdua. Anak panah yang menandakan keberadaan permata Bellamy hilang dalam sekelip mata. Hanya kedua-dua manusia ini sahaja yang kelihatan di situ.

"Makhluk apa kau ni? Pelik dan aneh. Apa yang kau maksudkan? Pergi jauh-jauh. Jangan kacau aku!" marah Iskandar dan berlalu dari situ.

Satu anak panah melayang kearah Iskandar namun sempat dipatahkan oleh remaja itu menggunakan pedang tajamnya.

"Biadap! Serang hendap kami! Kau ingat kau bermain dengan siapa makhluk yang tidak diundang?" tengking Iskandar lagi sambil merenung tajam.

Pedang di tangan dikemaskan. Dia meletakkan kanak-kanak kecil itu ke bawah. Insecto mendarat dan ketawa sinis.

"Tak sangka ada juga manusia yang bodoh sombong macam kau. Kau takkan hidup lama budak! Kau takkan lihat alam ini lagi sebab aku akan hapuskan kau! Dimana kau sorokkan permata Bellamy? Beritahu aku kalau kau nak selamat!"

Insecto mulai bengang. Iskandar pula memasang kekuda untuk bersedia menyerang jika berlaku perkara buruk. Kali ini tiada pengawal yang akan menolongnya. Dia bersendirian.

"Datang tak dijemput! Tiba-tiba sahaja tanya mengenai permata yang tak wujud! Walaupun aku ada permata itu, aku takkan berikan pada makhluk asing macam kau! Berambus dari sini!"

Pedang dihunuskan. Kedua-duanya berdiri tegak. Masing-masing mula merancang untuk menang dalam pertempuran ini.

Tanpa berlengah, Iskandar memulakan pergerakan. Dia berlari laju dengan pedang ditangan. Beberapa libasan dianjakkan kehadapan dengan harapan serangannya mengena.

Insecto mengelak dan bertahan. Dia cuba meneliti cara pertarungan Iskandar secara keseluruhan. Iskandar menetak lagi dengan kelajuan pantas ke arah atas kepala. Insecto menahan dengan pergelangan lengan yang dilindungi oleh besi. Percikan api kelihatan setiap kali mereka bertembung.

Namun sayangnya, Iskandar bukan lawan makhluk itu. Dengan sekali tendangan di dada, Iskandar terpelanting jauh. Pedang hilang dari tangan.

"Tengku Iskandar!"

Kanak-kanak itu cuba mendapatkan Iskandar yang berusaha bangun. Satu anak panah meluru laju ke arah mereka berdua. Belum sempat serangan mengenai kanak-kanak itu, anak panah terpacak di belakang Iskandar yang sedang berdiri membelakangi insecto.

"Tengku Iskandar..." panggil anak kecil itu sayu. Air mata mengalir di pipinya.

"Jangan menangis. Aku tak ajar kau menangis kan? Senyum!" Iskandar memberi arahan dengan suara yang tegas sebagai anak raja.

"Bagus pergerakan kau! Tapi sampai disini sahaja perjalanan hidup kau."

Beberapa anak panah dilepaskan lagi. Kesemuanya tepat mengenai belakang Iskandar.

Dengan tidak semena-mena, ribut pasir muncul dan menghilangkan mereka kecuali Insecto yang sempat melarikan diri. Keadaan kembali sunyi. Hanya angin yang menderu menghuni gurun itu.

"Tengku Iskandar"

(Di tepi pantai)

"????Air laut yang indah.. Sangat indah... Dengan penghuni air yang bijaksana... Kemarilah.. Dampingi aku... Oh... Laut...?????? oh ibuku si ikan kaloi... Hohoho!????

Dzoopy sedang asyik menyanyi riang sambil berenang. Walaupun sejuk, tidak menghalangnya untuk mandi seorang diri. Dia mengapungkan diri dan membiarkan air laut membawanya kemana sahaja.

"Indahnya suasana malam ini.. Ibu! Aku rindu ibu!! Alangkah bagusnya kalau bloppy pun ada sekali. Bloppy... Bloppy..."

Sedang asyik melayan perasaan, kakinya ditarik oleh sesuatu dari dalam laut. Dia yang meronta-ronta melepaskan diri, tidak dapat melihat apa yang berlaku. Dia dibawa lagi jauh kedalam lautan yang tiada sempadan.

Dia bernasib baik kerana dapat menahan oksigen agak lama berbanding manusia lain. Dia menendang air sekuat hati. Tangannya menggapai keatas. Bulan dilihat semakin kecil dari bawah.

Tiba, satu tangan menariknya semula keatas. Kakinya dilepaskan apabila laut disekitarnya menjadi hitam. Dia berenang naik keatas dengan penyelamatnya.

Tanpa banyak soalan, mereka berdua berenang hingga ke tepi pantai. Dzoopy menarik oksigen didalam paru-paru sedalamnya selepas memuntahkan air laut yang tertelan.

"Terima kasih.. Sebab selamatkan aku.. Terima kasih.."

Dzoopy yang masih melutut tidak memandang keatas. Sebaik sahaja kepala diangkat, dia terpana melihat seseorang yang amat dikenalinya.

"Dzoopy!"

"Ibu...?"

Wajah Dzoopy yang tergamam membuatkan 'ibu' ketawa. Dia membantu Dzoopy bangun dan menyapu pasir di kaki.

"Ibu ke ni? Mana ibu pergi selama ni? Dzoopy cari ibu tau. Kami rindu ibu." Luah Dzoopy inginkan jawapan.

"Dzoopy... Dzoopy.." namanya dipanggil berulang kali. Senyuman yang dirindui oleh remaja itu ditatap lama.

"Peliknya.. Dimana permata Bellamy? Tadi masih ada dalam radar. Sekarang sudah hilang." suara seseorang mengejutkan mereka.

Dzoopy berpaling ke belakang dan melihat seekor makhluk aneh sedang merenungnya berselang seli melihat tangannya yang mempunyai satu alat aneh.

"Siapa...? Apa kau nak?"

Dzoopy yang naif bertanya tanpa mengetahui apa-apa. 'Ibu' menarik Dzoopy kebelakang. Dia cuba mempertahankan Dzoopy.

"Kau tak perlu tahu siapa aku. Misi aku mesti diteruskan. Disebabkan kau dah lihat wajah sebenar aku, kau perlu dihapuskan."

Tangan Insecto yang bersisik seakan kulit biawak dihalakan ke arah Dzoopy.

'Ibu' menyerang. Tangannya menjadi panjang dan membelit leher insecto. Dengan kekuatan luar biasa, insecto itu dihayun jauh hingga ke tengah laut.

"Wow! Powerlah!" Dzoopy bersorak sambil menepuk tangan.

Mereka berlari dari situ. 'Ibu' sedaya upaya membawa Dzoopy jauh dari insecto. Melalui kelakuannya, dia tahu jika mereka berhadapan dengan makhluk itu, mereka akan hilang nyawa.

Belum sempat kaki melangkah, kedua-duanya terapung di udara.

"Apa jadi ni? Turunkan akulah! Argh!!"

Mereka dilambung tinggi hingga jatuh terjunam ke dalam laut yang dalam.

Dzoopy bergelut untuk menyelamatkan diri. Apabila melihat Insecto sedang menuju ke arah 'ibu'nya, dia berenang selaju mungkin untuk mendapatkan 'ibu'.

Tapak tangan makhluk asing itu dihalakan kepada 'manusia jadian' milik Dzoopy. Walaupun diancam, 'ibu' masih berdiri tegak. Dia menghembus dakwat hitam yang mengehadkan penglihatan Insecto.

Tetapi bom yang dihasilkan dari tapak tangan Insecto telah dilepaskan sebelum itu. Dzoopy memasuki kawasan hitam berkenaan dan hilang tanpa dapat dilihat.

Sejurus kemudian letupan kelihatan di dalam air laut hingga meletus ke atas. Percikan air sangat tinggi.

Insecto hanya tersenyum dan pergi dari tempat kejadian dengan kepantasannya.

"Dzamyl Athien......"

(Di tepi laut)

"Kita dah terlambat! Mereka telah rampas permata Bellamy keseluruhannya! Pegasus! Wolf!" panggil Zeno sekuat hati.

Pegasus dan Wolf menjelmakan diri dalam keadaan teruk. Darah diseluruh badan dan luka di setiap tempat.

"Apa yang jadi? Kenapa boleh jadi macam ni?" Rina meneliti pendampingnya. Zeno juga tidak terkecuali. Terkejut melihat keadaan kawan baiknya yang keletihan.

"Hanya satu cara untuk mengetahuinya." Zeno meletakkan dahinya di dahi Wolf. Begitu juga Rina.

Bayangan Wolf dan Pegasus yang sedang berlawan dengan bayang hitam muncul di minda. Bayang hitam yang dikenali mereka berdua sangat pantas dan mahir bertarung. Hanya dengan beberapa kali libasan syth iaitu pedang maut milik ketua Insecto, pegasus dan Wolf dapat dikalahkan.

"Nampaknya ketua insecto dapat meramal apa yang berlaku dengan melihat permata Bellamy ketika berada dengannya selama beberapa tahun ini. Aku rasa dia tahu apa yang terjadi pada permata Bellamy sekarang ini. Apa yang kita nak buat, Zeno?" Rina mengeluh berat. Zeno hanya mengangkat bahu.

"Mana kamu nak lari lagi, ahli sihir kerajaan Grothen? Di mana permata Bellamy?"

4 Insecto berdiri di hadapan mereka berdua. Bersedia untuk menyelesaikan tugasan mereka iaitu mendapatkan permata Bellamy.

"Eh? Mereka tak ambil permata tu? Jadi, mana permata Bellamy sekarang ini?" bisik Rina.

"Itu kita fikir lain kali. Situasi sekarang lagi rumit. Dengan kehilangan permata Bellamy yang entah dimana, kita terpaksa berhadapan dengan mereka pula." Zeno dan Rina mengharapkan keajaiban berlaku saat ini.

Mereka buntu dan tiada arah tuju. Hanya seorang sahaja yang dapat menolong mereka.

Tuanku Vitas!

(Bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience