METEOR

Fantasy Series 949

Di kejohanan sukan negara Grothen)

          Kesemua wakil negara telah berkumpul di tempat yang telah dijanjikan. Di stadium gergasi Grothen yang dilengkapi sistem penggera keselamatan di seluruh kawasan. Diletakkan CCTV di setiap sudut. Sesiapa yang memasuki kawasan stadium perlu membeli tiket khas dan diberikan satu alat berbentuk bulat dan kecil bersaiz sebiji guli. Kesemua alatan elektronik seperti telefon pintar, kamera, iPod, MP3 dan sebagainya tidak dibenarkan masuk ke stadium.

Alat guli itu perlu diletakkan di tapak tangan dan akan menjadi cecair yang meresap ke dalam tangan apabila digenggam. Hanya di dewan pendaftaran tiket sahaja alat itu akan dikeluarkan. Jika dibawa keluar melepasi kawasan stadium, alat itu akan berbunyi dan robot pengawas yang berdekatan akan mencari pemegang alat.

Alat komunikasi ini berfungsi seperti kamera untuk melihat jarak dekat dan jauh pemandangan serta dapat berbual dengan penonton yang dipilih di dalam stadium  termasuklah wakil-wakil kejohanan.

Hanya tekan di tapak tangan dan alat itu akan mengimbas wajah. Sistem frekuensi yang dihantar oleh otak akan ditafsirkan oleh alat itu dan automatik akan bersambung dengan penonton yang dikehendaki. Disebabkan kecanggihannya, alat ini dikawal rapi dan digunakan hanya di dalam stadium.

"Ramai gila orang! Rasa takut pula nak bertanding. Mana Ian dan Dzoopy? Tak hadir ke?"

Kenchi mencari kawan barunya. Dia merayau di kawasan sekeliling dan menyedari sesuatu. Dzoopy sedang melihat kearah patung wanita yang sedang memegang jag kecil yang mengalir air dari dalamnya. Air itu tumpah ke dalam kolam kecil di hadapan Dzoopy. Dzoopy semakin menghampiri patung berkenaan. Kolar baju belakangnya ditarik perlahan.

"Hoi! Jangan nak buat perangai. Pertandingan dah nak mula. Jom! Kau masuk pertandingan apa? Aku lari pecut 500 meter."

Sesi suai kenal antara mereka bermula kerana semalam mereka tidak berkesempatan untuk beramah mesra.

"Aku masuk acara renang 1 kilometer." Jawab Dzoopy ringkas. Matanya masih merenung air yang mengalir.

"Hai korang!"

Ian muncul di belakang mereka berdua. Dia diberi kebenaran khas untuk memasuki kawasan pertandingan selepas Tuanku Vitas memberi satu kad emas kepadanya.

"Korang dah nak mula bertanding ke? Semoga berjaya. Kita jumpa di dalam bilik VIP nanti. Aku akan lihat acara korang dari atas sana."

Ian menunjuk ke arah bilik kecil di bahagian atas kawasan penonton. Bilik berudara sejuk dan diasingkan untuk penonton VIP yang menginap. Sangat bertaraf tinggi. Ian memberi kata-kata semangat untuk kawan-kawannya melalui alat komunikasi di tapak tangan.

"Okay. Jangan lupa sokong kami!"

Dzoopy membalas dengan menunjukkan kedua-dua ibu jarinya. Satu panggilan speaker kedengaran. Pertandingan akan dimulakan.

Kenchi merasakan dirinya diperhatikan. Dia menoleh ke kiri dan melihat Iskandar sedang merenungnya dengan pandangan sinis. Kenchi menjeling tajam. Mereka beralih arah.

(Selepas beberapa jam)

Akhirnya kejohanan telah tamat berlangsung. Mereka yang menjadi wakil diarahkan ke hotel masing-masing untuk berehat.

"Saya menang! Saya menang!"

Dzoopy melompat-lompat gembira selepas menang dalam pertandingan renang 1 kilometer yang disertainya. Manakala Kenchi hanya mendapat tempat kedua dalam acara yang dimasukinya.

"Tahniah budak. Kau dapat jadi yang pertama. Nasib aku tak baiklah. Dapat nombor dua pula. Tak apalah. Asalkan ada gelaran raja pecut terpantas walaupun nombor dua, itupun aku dah bersyukur."

"It ok bro! Better late than never." Dzoopy mengenyit mata.

Kenchi menggosok kepala Dzoopy beberapa kali. Mereka berjalan ke arah bilik persalinan yang disediakan mengikut negara. Sebaik sahaja kakinya membelok ke kiri, dia hampir melanggar seseorang tetapi sempat berhenti.

"Buta ke? Tak nampak jalan! Lain kali nak jalan pakai mata. Jangan main redah je. Commoners!"

Iskandar mengeluarkan kata-kata yang kasar. Kenchi cuba menahan kemarahan. Tetapi apabila dilihat keadaan sekeliling yang dipenuhi wakil negara, dia hanya memendam.

"Tak baik cakap macam tu. Kami tak sengaja lah." Jawab Dzoopy apabila melihat mereka berdua mendiamkan diri dan hanya menatap wajah masing-masing.

Dzoopy menolak badan Kenchi dan Iskandar dan berlari pergi kearah bilik persalinannya.

"Hei gila! Kau sentuh aku lagi! Kau memang nak mati kan!"

Jeritan Iskandar memenuhi ruang kawasan. Wajahnya merah menahan kemarahan. Kenchi tersenyum sinis dan pergi meninggalkan Iskandar yang 'meroyan'.

Masing-masing bersiap sedia untuk pulang semula ke hotel selepas penat menghadiri kejohanan sukan negara. Jam menunjukkan pukul 7 malam. Satu mesej masuk. Dia mengambil telefon pintarnya yang berada di atas katil.

"Kau nak keluar tak malam ni? Aku ada jemputan ke kampung Suguna. Ada temasya unik kat sana. Dan aku dengar ada hujan meteor malam ni di kampung tu. Aku dah tempah bilik di kolam air panas yang ada di atas bukit. Kau nak ikut tak? Ajak budak kecik  tu sekali."

Kenchi tersenyum. Dia mula memikirkan sesuatu.

"Interesting.. bagus juga keluar malam-malam ni. Kuga! Kita keluar tau. Seronok kalau dapat makan kat luar. Rimas pula duduk seorang diri dalam bilik ni. Tapi kena pakai baju apa?"

Kenchi memilih baju yang dibawanya. Dia cuba menyesuaikan baju dengan seluar yang digantung di dalam almari. Kuga hanya baring di katil dan menguap. Dia hanya memerhatikan tindak tanduk tuannya. Tiba-tiba, pintu diketuk.

"Sekejap!"

Kenchi bangun dengan malasnya dan membuka pintu. Berdiri Dzoopy yang sedang memakai baju sweater biru lautnya dengan senyuman 'Darlie'. Diletak topi tebal di kepala. Seperti berada di kutub utara.

"Jom pergi temasya. Aku ada tiket masuk permainan."

Dzoopy menunjukkan beberapa tiket ditangan. Di wajahnya tergambar aura keterujaan yang jarak dua batu boleh dirasai. Kenchi memakai baju t-shirt dan seluar Jins koyak miliknya. Memakai baju kemeja di bahagian luar dan bertopi hitam. Dia mengeluarkan kasutnya dari dalam almari kasut di tepi pintu.

"Kau tak rimas ke pakai baju tebal dengan topi semua? Kita nak pergi temasya. Mesti panas kat sana. Apalah kau ni!"

"Mana ada panas. Biasa je aku rasa. Kau nak pergi tak?"

"Okay! Jom pergi temasya tu sebelum tamat. Tetapi sebelum tu, kita pergi ke hotel Ian dulu. Dia pun nak ikut. Kita pergi kolam air panas" kening dinaikkan dan senyuman meleret di pipi.

Mereka menaiki kereta limosin yang siap sedia di luar hotel dan menuju kearah hotel diraja. Ian sedang menunggu ke dalam lobby. Mereka sama-sama menghadiri temasya itu tanpa menyedari sesuatu.

"Beg tu pun kau bawa ke? Kenapa tak tinggalkan saja di hotel. Menyusahkan je bawa ke sana sini." Arah Ian hairan.

"Yang kau tu pun sama. Kenapa bawa beg tu? Letak kat hotel." Balas Kenchi tenang.

"Tak boleh! Bahaya letak beg ni merata-rata. Ada sesuatu yang berharga dalam ni. Kena jaga dengan baik." Terang Ian pula sambil memeluk beg sandangnya.

"Samalah dengan aku."

Dzoopy yang berada di tengah-tengah hanya berdiam diri dan meneruskan santapan kek dan brownies yang disediakan di dalam limosin. Dia juga sedang berfikir. Berfikir mengenai Bloppy.

"Bloppy... Bloppy... " Dia mengeluh dan meneruskan tangannya menyuap kek ke dalam mulut.

(Di temasya kampung Suguna)

Mereka memasuki kampung selepas wajah mereka di 'scan' oleh mesin pengimbas yang ada di luar pintu masuk kampung Suguna.

"Silakan masuk encik Kenchi, encik Dzamyl dan encik Ian. Enjoy the party."

Mereka berjalan masuk ke dalam kampung. Manusia telah memenuhi ruang pejalan kaki. Makanan tradisi dan makanan biasa seperti sushi dan juga sotong bakar kelihatan di kiri kanan jalan. Mereka membeli sesuatu untuk menjadi alas perut apabila menunggu hujan meteor berlangsung nanti.

Mereka bertiga menaiki tangga untuk ke puncak bukit. Mereka berjalan ke arah rumah penginapan kolam air panas. Sebaik sahaja sampai, mereka terus dibawa ke dalam bilik. Bilik yang ditempah Ian adalah bilik untuk VVIP. Dengan menggunakan kad emas yang diberi Tuanku Vitas, mereka dapat menginap dengan selesa.

(Di satu dimensi lain)

"Zeno! Kita kena cepat! Mereka masih tak sedar akan kehilangan permata Bellamy. Kita kena pergi jauh dari kawasan atmosfera mereka jika nak selamat!"

Zeno cuba untuk mengawal lohong hitam miliknya. Mereka perlu tiba di atmosfera bumi sebelum kuasa sihir masing-masing habis. Rina tidak mampu berbuat apa-apa kerana kuasa sihirnya hanya kuat apabila siang menjelma.

"Aku cuba! Aku tak dapat stabilkan ruang dimensi sekarang ni. Terlalu banyak tenaga aku kena keluarkan hanya untuk perjalanan balik ke bumi!"

Rina memegang bahu Zeno dengan kuat. Zeno cuba membawa mereka berdua kembali dengan selamat sebelum perkara buruk terjadi.

"Aku harap kita dan permata ni selamat. Hanya permata ini harapan negara kita. Hanya hari ni sahaja peluang yang kita ada untuk muncul semula di bumi."

Mereka mencuba lagi dengan menumpukan kuasa sihir dan menjadikan lohong itu semakin besar. Dapat dilihat bumi yang kecil di dalam lohong hitam.

(Di rumah penginapan)

"Jom naik ke atas bukit tu! Kat sana lagi cantik pemandangan langit. jom!"

Dzoopy berlari menaiki tangga bukit hingga ke kawasan lapang di hujung bukit. Angin kuat bertiup pada malam itu. Kenchi melihat kawasan bukit yang menampakkan alam semulajadi. Dia berdiri di hujung bukit. Di hadapannya tertera keindahan kampung Suguna dengan temasya yang sedang berlangsung. Kehadiran manusia semakin ramai dan begitu meriah.

Di bahagian belakang pula, ada cerun yang agak curam dan air laut menghempas ke batu di bawah bukit. Air laut berwarna biru pekat. Bulan mulai menunjukkan diri.

Kenchi dapat melihat sesuatu sedang mendekati bumi. Hujan meteor bermula. Begitu banyak meteor yang sedang melintasi kawasan bumi dan sangat indah suasananya. Dapat dilihat dari atas bukit, kebanyakan penduduk dan pelancong masih berada di situ membuat hajat dengan mengepal kedua-dua tangan.

"Cantik! Cantik! Wow!"

Dzoopy bersorak gembira dan teruja. Ian hanya mendiamkan diri. Kenchi memerhatikan hujan meteor di hadapannya.

"Kau lagi!!"

Kenchi, Ian dan Dzoopy berpusing ke belakang serentak. Berdiri Iskandar dengan berpeluk tubuh di hadapan mereka. Bodyguard Iskandar juga berada di situ kiri dan kanan. Karpet mewah dibentangkan untuk tuan Putera mereka.

"Kau pun ada kat sini? Baliklah! Tak sesuai anak raja seperti kau berada di kawasan kotor dan busuk tempat kami lepak ni." Ejek Ian geram melihat 'musuh'nya tiba.

"Ini bukan kawasan kau pun. Suka hati akulah nak pergi ke mana. Aku nak tengok hujan meteor. Bukan tengok kau!" Balas Iskandar tegas.

Mereka duduk agak jauh dari tempat masing-masing. Mereka melupai pertelingkahan mereka ketika hujan meteor beraksi semula. Iskandar yang melilit rambut bertocangnya di sekeliling leher segera menutup mata.

"Apa yang dia buat?" Bisik hati Kenchi apabila melihat tingkah laku Iskandar dari jauh.

"Orang cakap kalau hajatkan sesuatu, kena tutup mata. Niat di dalam hati ketika meteor melintas. Jom buat." Ajak Ian. Kenchi hanya mengangguk.

Mereka menutup mata dengan kedua-dua tangan disatukan. Mereka mulakan niat mereka di dalam hati.

(Di langit)

"Kecemasan! Kecemasan! Aku tak dapat kawal 'blackhole' ni lagi! Kita akan terhempas! Kuasa aku dah hampir habis! Rina! Kita nak buat apa lagi ni?"

"Tak boleh apa-apa lagi! Kau hentikan dimensi! Aku akan cuba menahan dengan ruang pertahanan! Lepaskan kuasa kau! Aku tak nak kau pula hilang kuasa nanti!" Arah Rina yang sedang memeluk permata Bellamy di pelukan.

"Kau pasti ke?"

"Ya! Aku pasti! Lepaskan dimensi!"

Zeno merenung wajah kakaknya. Akhirnya pegangan di dalam dimensi antara dimensi terlerai. Mereka yang muncul di langit terjun bersama-sama tanpa sebarang alat keselamatan. Mereka memegang sebelah tangan masing-masing di udara. Rina membaca sesuatu. Satu dinding pelindung muncul dan mengelilingi mereka berdua.

Asap mulai muncul disekeliling dinding pelindung apabila mereka bergerak mendekati bumi dengan altitud yang semakin rendah. Keadaan mereka kelihatan sama seperti hujan meteor yang jatuh.

"Rina! Kita akan terhempas!"

"Aku tahu! Tapi kau jangan risau! Kita akan selamat!"

"Bukan itu maksud aku! Itu! Kita akan terhempas ke atas mereka!"

Zeno menarik wajah Rina ke bawah. Mereka sedang menghampiri sekumpulan manusia yang sedang duduk di tepi bukit.

(Di sudut lain)

Kenchi yang merasai sesuatu melihat ke atas.

"Ian, kenapa meteor tu macam dekat dengan kita?"

Ian juga mengikut. Matanya terbuntang.

"Meteor tu nak terhempas! Run!!"

Jeritan Ian mengejutkan mereka yang berada di situ. Masing-masing cuba menyelamatkan diri. Namun, satu letupan kedengaran kuat tepat di mana mereka berada. Kawasan bukit bergegar.

(Tamat bab 3)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience