pertelingkahan pertama

Fantasy Series 949

(Di dalam kapal terbang milik Negara Grothen)

Kesemua kapal terbang milik pelbagai negara mendarat dengan selamat di lapangan terbang yang telah disediakan. Sebaik sahaja mereka memasuki kawasan negara Grothen, mereka amat terpesona dengan keindahan dan keunikan yang ada dalam negara ini.

Kesemua tetamu kejohanan sukan dijemput oleh setiap kereta yang siap menunggu di luar lobby.

"Wow! Sangat cantik. Tak sangka akan ada negara yang berlatarbelakangkan kehijauan. Keseluruhan alam semulajadi masih tak terusik. Walaupun banyak bangunan dibangunkan, masih nampak alam disekeliling. Fantastic place!"

Kenchi yang baru turun dari kapal terbang berjalan ke arah pintu masuk penumpang sambil matanya melihat keadaan sekeliling. Dia yang berambut pendek dan memakai sweater kelihatan kemas apabila memotong rambut panjangnya.

"Uncle nak kamu nampak teratur dan kemas sepanjang perjalanan kamu di sana. Rambut tolong potong ya. Jangan tunjukkan sangat kamu tu gangster terkenal di Jepun."

"Uncle ni. Sayangnya potong rambut. Oh, rambutku yang cantik. Nanti aku simpan kau lagi." Rungut Kenchi. Beg yang berada di belakang bergerak. Kuga mengiau di dalam. Mungkin rimas kerana dikurung.

"Sabarlah Kuga. Nanti sampai tempat penginapan, aku keluarkan kau. Nasib baik pihak keselamatan tak periksa beg ni. Kalau tak, dah lama kau kena tinggal. Sabar.. shuuu... Diam..."

Kenchi cuba berbual secara rahsia dengan kucingnya, Kuga. Dia yang asyik melihat ke belakang langsung membelok ke kanan.

"Ouch!"

Kenchi dan seorang remaja lelaki terhantuk kepala apabila kedua-duanya membelok kearah yang bertentangan. Kenchi yang masih keliru cuba melihat siapa yang dilanggarnya.

"Meow!"

Kenchi terdengar suara kucing dari dalam beg sandang remaja yang dilanggarnya itu.

Serta-merta tangan dihulurkan untuk membantu apabila melihat seseorang terduduk di lantai. Beg milik mereka juga terjatuh.

"Maaf! Saya tak sengaja. Saya leka tengok pemandangan tadi. Maaf! Awak okay ke?"

Tangan yang dihulur disambut. Senyuman terukir di bibir masing-masing. Remaja itu menepuk belakang seluarnya. Beg yang terjatuh cepat-cepat diangkat.

"Thank you. Salah saya juga sebab tak tengok kiri kanan. Saya tengah cari wallet saya. Itu yang tak pandang depan. Maaf. Saya Ian. Ian Raykarl. Nice to meet you sir..."

"You can call me Kenchi. Hisashi Kenchi. Yoroshiku!"

Kenchi tunduk hormat. Ian mengemaskan bajunya dan juga tunduk hormat.

"You from Japan? How nice. I always want to have friend from another country. Wanna be my friend?"

Kali ini, Ian pula menghulurkan tangan. Kenchi menyambut salam perkenalan dari Ian.

"Sure why not."

"Excuse me gentleman. May I pass?"

Seorang lagi remaja lelaki yang berpakaian kasual tetapi berambut hitam panjang bertocang merenung mereka yang sedang menutup jalan untuknya.

"I'm sorry. Yes you can." Kedua-duanya kalut memberi laluan kepada remaja itu.

"Jangan berdiri kat tengah jalan kalau nak berbual. Tolong ke tepi kalau tak mahu sebarang masalah." Nasihat remaja itu ringkas tanpa melihat.

Dia berjalan ke hadapan dengan kedua-dua tangan ditemukan di belakang badan. Seolah-olah orang bangsawan sedang berjalan. Lirikan tajam diberikan kepada Ian dan Kenchi.

"Do middle East's people always like that?"

Ian mulai rasa rimas. Kenchi hanya mengangkat bahu. Mereka berlalu dari situ hingga ke luar lobby.

(Di sudut lain di dalam airport)

"Kenapa panas sangat kat negara ni? Tak tahanlah. Ada kolam tak di kawasan ni? Ada ke tak?"

Dzoopy sedang melilau seorang diri mencari air atau kolam untuk menyejukkan diri. Suasana panas yang menyelubungi negara Grothen membuatkan Dzoopy berpeluh kuat. Dia cuba berjalan laju dan mencari sesuatu di kawasan sekitar.

Tetapi kawasan hutan besi yang ada di sekelilingnya membantutkan niatnya untuk mencari air yang banyak. Tiba-tiba, Dzoopy senyum sendiri dengan mata yang teruja.

"Air!!"

Dzoopy berlari keluar lobby dengan melanggar sesiapa sahaja yang berada di hadapannya. Dia melihat air terjun kecil yang dibuat khas di hadapan airport itu dan terus terjun ke dalam kolam kecil di sekeliling air terjun. Dia merasa puas dengan kesejukan air yang disentuh. Dia tersenyum lebar sambil membiarkan dirinya di dalam air selama beberapa minit.

Pelancong dan penduduk yang melihat gelagat Dzoopy berborak antara mereka dengan pandangan sinis. Mereka seperti mengejek kelakuan Dzoopy yang keanak-anakan. Tetapi Dzoopy langsung tidak ambil peduli.

"Hei budak!!"

Dzoopy melihat ke kanan. Berdiri seorang remaja berambut hitam panjang bertocang dengan wajah garang. Di baju mahalnya terlihat kesan tumpahan air. Bekas minuman air kopi di tangan digenggam. Dzoopy hanya merenung remaja itu sambil tersenyum.

"Ya abang? Nak apa? Nak mandi sama-sama ke? Jomlah! Seronok mandi dalam kolam ramai-ramai."

Dzoopy menghulurkan tangan tetapi ditepis kasar oleh remaja itu. Kolar bajunya ditarik kasar.

"Kau kalau nak jadi gila pun jangan babitkan aku sama! Baju aku dah kotor disebabkan kau. Kau kena ganti balik baju aku! Ganti balik! Dasar manusia bawahan!"

Tengkingan dari remaja itu memeranjatkan Dzoopy. Disangkanya remaja itu ingin menjadi kawannya tetapi lain yang berlaku. Dzoopy hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini.

Satu tangan lain memegang tangan remaja berambut panjang itu. Pegangan menjadi semakin ketat.

"Apa yang kau nak? Ini bukan masalah kau! Ini masalah aku dengan dia! Berambus!"

Remaja itu semakin kuat menengking. Ramai pelancong berhenti untuk melihat apa yang berlaku. Kenchi melepaskan tangannya ketika remaja itu melepaskan kolar baju Dzoopy.

"Maafkan dia. Dia tak tahu apa-apa. Dia mungkin tak sengaja melanggar awak. Maafkan dia."

Dzoopy dibantu oleh Kenchi dan Ian untuk bangun berdiri di dalam kolam. Dengan tidak semena-mena, remaja ala-ala Arabic itu menolak Dzoopy ke dalam air termasuklah Ian yang sedang memegang tangan Dzoopy. Ian yang memakai sut barunya basah kuyup.

"Apa yang kau buat?" Kenchi terus menarik kolar baju milik remaja itu dengan kasar.

Belum sempat Kenchi bersuara, dua lelaki yang siap dengan senapang menolak Kenchi ke lantai. Kenchi tersembam dengan muncung senapang di kepala.

"Kenchi! Hoi! Lepaskan dialah! Apa ni?" Ian bangun dan berhadapan dengan remaja Arab yang sedang tersenyum sinis. Dzoopy masih duduk di dalam kolam dengan wajah keliru.

"Itu balasannya kalau cuba untuk mencederakan anak raja seperti aku! Dia menyentuh kulit beta! Bunuh dia!"

Dengan satu ayat, picu senapang di tarik.

"Berhenti!!"

Seorang lelaki yang memakai pakaian labuh serba putih berjalan ke arah mereka dengan diiringi dua pengawal peribadi. Kebanyakan penduduk yang mengenali lelaki itu melutut tanda hormat.

"Tuanku Vitas!"

Suara penduduk bergema diseluruh kawasan tatkala mereka melutut. Ian juga tunduk hormat. Tangan kirinya menekan kepala Dzoopy ke bawah apabila Dzoopy hanya merenung Tuanku Vitas.

"Maafkan saya. Tolong lepaskan anak muda itu. Di sini tidak dibenarkan melakukan kekerasan. Peraturan negara Grothen. Diharapkan Tengku mahkota Arab memahami peraturan ini."

Tuanku Vitas berucap dengan suara yang lembut. Senyuman tidak lekang dari wajahnya. Pemerintah yang berusia lewat 70-an itu kelihatan segak dengan cara pemakaian dan tutur kata yang sepadan dengan gelaran miliknya. Remaja Arab itu mendengus.

"Lepaskan dia! Lain kali kalau kau cuba mencabar aku lagi, aku tak akan bagi peluang pada kamu semua!

Pengawal peribadi Prince Iskandar melepaskan Kenchi. Mereka berlalu dari situ dengan wajah yang angkuh.

"Terima kasih Tuanku sebab selamatkan kami. Kami sangat terhutang budi. Dan maafkan kami kerana menyebabkan berlaku masalah di negara Tuanku." Ucap Kenchi kesal. Dia tunduk hormat.

"Tak mengapa. Kamu tidak sengaja. Beta faham. Kamu bertiga wakil kejohanan sukan untuk negara kamu bukan? Kalau ya, sila ke tempat penginapan yang telah kami sediakan untuk kalian. Kami sudah siapkan semuanya khas untuk kalian dari luar negara. Silalah."

Tuanku Vitas menunjuk ke arah kereta limosin yang telah dibukakan pintu.

"Maaf Tuanku. Saya bukan wakil negara. Saya hanya pelancong. Lagipun saya kena cepat untuk cari hotel di sini. Saya datang tak dirancang. Maaf Tuanku."

Ian cuba menerangkan apa yang berlaku. Ian sempat untuk menempah bilik hotel terlebih dahulu sebelum datang ke negara Grothen. Sekarang ini peluang untuknya mendapatkan bilik agak tipis.

"Kalau macam tu, sila datang ke hotel diraja kami. Di sana masih ada kekosongan. Beta ingin menerima kalian sebagai tetamu kehormat Beta untuk kali ini. Silakan ikut beta."

Tuanku Vitas senyum lebar hingga melebarkan tangannya dan memeluk erat Ian. Ian serba salah.

"Tetapi Tuanku.."

"Tak ada tapi-tapi lagi. Sila ikut beta sekarang ya. Kamu berdua wakil dari Jepun dan Ireland, sila naik ke dalam kereta yang disediakan. Pemandu akan membawa kamu ke hotel penginapan kamu. Kita akan berjumpa esok di kejohanan itu. Silakan."

Tuanku Vitas berjalan ke hadapan sambil berbual dengan Ian. Ian membetulkan beg galasnya yang mengandungi Hellia. Dia berusaha mendiamkan Hellia supaya tiada sesiapa yang tahu kandungan begnya.

Kenchi berlari anak ke arah Ian dan memberi Ian kad namanya. Ian menyambar kad itu dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia melambai ke arah Kenchi dan Dzoopy.

"Jom pergi ke hotel. Kalau kau tak tukar baju nanti kau demam." Ajak Kenchi sambil melihat memimpin tangan Dzoopy. Mereka menaiki kereta dan bergerak dari situ.

Sepanjang perjalanan ke hotel, Kenchi menyedari sesuatu. Setiap penduduk yang ada di dalam negara Grothen, mereka akan memakai satu rantai dengan loket dengan batu jet berwarna lavender. Walaupun dia ingin tahu kenapa, dia hanya mampu mendiamkan diri.

"Tidak elok mencampuri urusan peribadi orang lain. Lebih-lebih lagi, kita hanya tetamu. Tetapi macam ada yang tak kena." Kenchi berbisik di dalam hati.

(Di hotel Diraja Grothen)

"Ini kad kamu. Kamu boleh ikut pekerja kami untuk bawa kamu ke bilik yang telah ditempah. Beta harap penginapan kamu disini memenuhi segala keperluan kamu. Bergembiralah di Grothen."

Tuanku Vitas memberi satu kad kepada Ian. Ian bersalam dengan pemerintah negara Grothen itu dan berjalan menuju ke lif di sebelah kanan. Lif yang canggih. Hanya menggunakan suara, lif bergerak ke atas menuju ke biliknya.

Setibanya di pintu bilik, beg bagasi Ian telah berada di hadapan pintu. Pekerja hotel memberi tunjuk ajar ketika berada di hotel. Pintu bilik hotel diraja mereka menggunakan kad dan juga scan wajah. Ini bagi memastikan tiada sesiapa yang tidak dikenali memasuki bilik orang lain tanpa kebenaran.

Setelah selesai, Ian menutup pintu dan menguncinya. Dia melihat keadaan bilik hotelnya yang serba mewah. Sama seperti hotel 5 star. Ian duduk di atas katil dan baring. Katil yang diisi air sangat selesa untuk badan yang letih. Ian tidak sedar bila dia terlelap.

(Di satu bilik rahsia)

"Kita dah dapat dia, ketua. Jadi, macam mana sekarang? Nak dapatkan anak naga itu sekarang ke?"

Satu suara kedengaran di dalam bilik yang penuh dengan skrin di dinding. Lelaki yang memakai topeng berbicara dengan ketuanya melalui telefon pintar yang di hidupkan 'speaker'.

"Tidak perlu lagi. Kita tunggu sampai dia betul-betul selesa berada di sini dan leka. Pada masa yang sesuai kita akan ambil anak naga itu. Sekarang biarkan dia berehat sepuasnya di negara yang sudah korup ini."

Suara garau seorang lelaki bergema di dalam bilik tertutup itu. Selepas ditekan punat 'end call', lelaki yang memakai topeng itu kembali fokus melihat kesemua skrin di hadapannya.

Kelibat diri Ian yang tertidur, Kenchi yang berada di bilik hotelnya, video Dzoopy yang sedang berendam di dalam air kolam di dalam hotel, wajah Iskandar yang tengah termenung di balkoni dan kesemua wajah pelancong dan wakil kejohanan sukan yang direkod di keseluruhan kawasan, kelihatan di setiap skrin yang ada.

Mereka memasang CCTV untuk memerhati gerak geri penduduk luar negara yang berkunjung ke negara Grothen. Adakah niat mereka baik?

(Tamat bab 2)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience