PERCUTIAN SERENTAK

Fantasy Series 949

(Di atas bukit berdekatan kampung Sunogu di negara Grothen)

Asap berkepul-kepul keluar dari rumah yang terbakar. Penduduk kampung melarikan diri. Ramai juga yang telah menemui ajal. Keadaan kampung dipinggir bukit itu terlihat kacau bilau.

Manakala, keadaan di atas bukit juga tak kurang dasyatnya. Dengan mayat yang bergelimpangan di sana sini dan bau mayat dibakar menusuk ke hidung. Beberapa orang manusia bergerak perlahan-lahan cuba menjauhi empat makhluk ganjil yang mendekati mereka. Wajah makhluk itu seolah-olah haiwan-haiwan bumi yang telah berevolusi.

Mereka berpakaian seperti sut ketat berwarna hitam keseluruhan dan memakai satu alat aneh di setiap lengan mereka. Melalui alat-alat itu, mereka memulakan kemusnahan.

Empat remaja lelaki yang masih terbaring tidak berdaya untuk melakukan apa-apa, cuba merangkak menjauhi mereka.

Tiba-tiba, remaja-remaja itu kelihatan terapung di udara ketika salah satu makhluk asing itu mengangkat tangannya. Wajah seakan serangga itu menambahkan ketakutan mereka.

"Masih tidak dapat menjawab soalan kami? Masih berdegil?"

Mereka bertutur dalam bahasa manusia. Empat remaja lelaki yang masih keliru, melihat kemusnahan yang dilakukan oleh makhluk asing itu di sekitar mereka. Termasuklah manusia yang telah hilang nyawa.

Majlis keramaian sempena hujan meteor atau komet yang dijalankan di kampung Sunogu hancur. Kebanyakan penduduk sempat melarikan diri selepas musuh mereka beredar seketika.

"Kami tak tahu apa yang korang nak! Apa yang kami perlu jawab? Lepaskan kami! Tolonglah!" seorang remaja lelaki yang memakai topi bertemakan sotong merayu minta dilepaskan.

"Kami mahukan permata Bellamy yang jatuh di bumi ketika hujan meteor berlaku semalam. Serahkan khazanah kami kalau tak mahu kami musnahkan negara kamu!" Tegas si muka serangga.

"Permata apa? Kami tak faham! Korang datang secara tiba-tiba dan musnahkan kampung ni. Lepas tu, tanya mengenai permata. Permata apa? Apa kaitannya dengan kami?"

Seorang remaja yang memakai cermin mata cuba berdepan dengan penceroboh yang datang dari angkasa itu. Dia meronta-ronta untuk turun dari di apung oleh mereka.

"Nampaknya kau memang nak sangat mati. Baik! Aku tunaikan!"

Makhluk serangga itu mengibas tangannya ke kiri. Badan remaja lelaki bercermin mata itu tercampak ke bawah bukit sejauh beberapa meter.

*******************

(Di salah sebuah kolej di Shibuya, Jepun)

"Minta perhatian kepada pelajar bernama Hisashi Kenchi dari jurusan Multimedia! Sila datang ke pejabat pengurusan sekarang! Kepada pelajar yang bernama Hisashi Kenchi, sila datang ke pejabat pengurusan sekarang. Terima kasih."

Corong speaker kedengaran nyaring dengan suara seorang wanita. Mungkin kerani kolej.

Seorang pelajar bangun dari tempat duduk dan terus keluar dari bilik ceramah. Sebelum itu, dia meminta izin dan tuduk hormat kepada penceramah yang bertugas.

Dengan berpakaian serba hitam dan sweater merah, rambut hitam panjang yang diikat kemas dan bermata merah delima, pelajar itu berjalan ke arah pejabat. Hanya melalui pandangan matanya, orang yang melihat akan beranggapan bahawa Hisashi Kenchi adalah seorang pelajar yang tegas dan patuh pada arahan. Namun, sebaliknya berlaku.

(Di pejabat)

Kenchi berdiri di hadapan seorang lelaki yang berusia awal 50-an yang sedang meneliti satu kertas di tangan. Wajahnya sesekali melihat Kenchi yang melihat gambar seorang lelaki tua di belakang kerusi. Dekan bangun dan berdehem beberapa kali. Dengan berpakaian sut hitam, berkasut kulit dan rambut sikat tepi, Dekan memandang Kenchi dengan mata merah delimanya.

"Saya banyak kali dapat aduan mengenai kami, Kenchi-san. Bergaduh, bertumbuk, berlumba haram, menjadi gangster kolej dan buli budak-budak baru. Semuanya kejadian yang berlaku melibatkan kamu. Malah ada saksi melihat kamu berkelakuan macam tu sebaik sahaja tamat masa belajar. Apa alasan yang kamu nak berikan sekarang? Kamu nak dalihkan perkara yang saya sebutkan tadi?"

Dekan mulai meluahkan perkara penting yang ingin dibincangkan. Kenchi hanya mendiamkan diri. Matanya tertumpu pada gambar bekas ketua dekan di kolej itu. Direnung lama hingga dia tidak dapat mendengar apa yang dicakapkan oleh dekan.

"Kenchi! Kenchi! Hisashi Leozard!"

Jeritan dari Dekan mengejutkan Kenchi yang mengelamun.

"Kamu dengar tak apa yang saya cakapkan ni? Kamu setuju tak?" Dekan menyuakan wajahnya pada Kenchi.

"Ya! Saya setuju!" Kenchi menjawab secepatnya. Dekan tersenyum.

"Baiklah! Lusa sempena sambutan hujan komet atau meteor dan juga kejohanan sukan negara, ramai wakil dari setiap negara akan hadir di sebuah negara terpilih. Negara Grothen! Sebuah negara yang baru sahaja memunculkan diri selepas sekian lama bersembunyi dari mata dunia. Negara Grothen juga sebuah negara yang boleh dikatakan begitu maju dengan teknologi dan juga adat resam. Sebagai wakil Jepun, saya nak kamu ke sana sebagai jaguh atlit balapan. Kamu yang menjadi juara dalam perlumbaan lari di seluruh Jepun terpilih untuk ke negara istimewa itu."

Dekan menerangkannya dengan penuh teliti dan senyuman di wajah. Dia memberi satu beg kepada Kenchi. Kenchi mengambilnya dengan wajah masam.

"Kalau saya tahu uncle nak jadikan saya kambing hitam, saya takkan datang sini. Saya tahu niat uncle yang sebenarnya." Jawab Kenchi sinis.

"Janganlah macam tu Ken-chan. Kamu tahu bukan, dah sebulan uncle cari wakil negara kita untuk menghadirkan diri di kejohanan sukan tu. Tapi tak ada siapa yang sanggup bila mereka tahu tuan rumah kejohanan tu adalah sebuah negara asing yang baru sahaja ditemui. Tapi kamu jangan bimbang! Negara Grothen amat mesra alam. Mereka juga makhluk macam kita. Manusia macam kita. Cuma mereka sudah lama tak berhubung dengan manusia di negara lain. Kami di Jepun sangat berharapkan kamu mewakili kami tahun ini. Bolehlah! Ken-chan, anak saudara manja uncle. Ken-chan.."

Wajah Kenchi semakin masam. Dia akhirnya mengeluh. Dijulingkan mata ke kiri.

"Okay! Okay! Saya pergi. Tapi ada satu permintaan." Kenchi tersenyum sinis.

"Apa yang kamu nak, uncle akan tunaikan. Kamu jangan risau. Sekarang, kamu sambung belajar dan tunggu arahan dari uncle ok. Hai... Kalaulah datuk kamu masih ada, mesti dia rasa bangga dengan kamu."

Kepala diusap lembut. Kenchi lebih tinggi dari pakciknya, jadi apabila Kenchi tunduk hormat, barulah dekan dapat memegang kepalanya.

"Datuk dah tak ada. Entah ke mana hilangnya pun kita tak tahu. Dah 10 tahun datuk menghilangkan diri. Tak payahlah nak dikenangkan lagi perkara yang telah berlalu. Saya pergi dulu uncle Matthew." Kenchi berlalu dari situ.

"Kenchi... Kenchi... Perangai kamu sama dengan ayah kamu. Degil tetapi senang dipujuk. Beruntung mak kamu dapat kamu."

Dekan melihat sekilas ke arah gambar ayahnya dan meletakkan kertas yang berada di tangan ke meja.

(Di bilik ceramah)

"Hoi Ken! Sinilah lepak sama-sama. Kenapa muka ketat je ni? Ada masalah ke?" Ajak seorang remaja lelaki yang sedang berbual dengan seorang remaja perempuan.

Kenchi duduk di sebelah mereka dan mengeluh berat. Beg diletakkan ke tepi.

"Aku kena jadi wakil dalam kejohanan sukan kita nanti. Lusa aku kena bertolak ke sana. Kenapalah dekan pilih aku Lax?" Keluh Kenchi.

"Kau kan jaguh seluruh Jepun. Mestilah kau kena wakilkan kami. Janganlah risau. Takkan ada apa-apa yang buruk akan berlaku di sana. Kau hadir pun 3 hari je kan. So, relax and chill bro." Lax Cuba memujuk kawan baiknya.

"Betul tu, Leo. Mungkin ada sebab kenapa Dekan pilih kau. Jadi, kita kena hormat keputusan dekan. Tenang ok. Anggap je kau pergi sana untuk bersantai. Apa yang aku dengar, di negara Grothen ada kolam air panas semulajadi. Kolam tu berada di sebuah perkampungan atas bukit yang suci bagi mereka. Dengar-dengar, sesiapa yang mandi di sana nasibnya lebih beruntung dan dapat 'internel life'. Rugi tak cuba tau." Pujuk kawan perempuannya pula.

"Kenapa kau suka panggil Kenchi dengan panggilan Leo? Dia suka nama Kenchi dari Leozard." Bantah Lax menunjuk wajah pelik.

"Kenchi atau Leozard.. dua nama tu milik kawan kita ni. Ayahnya Jepun yang berkahwin dengan ibunya asal dari Australia. Jadilah nama dia Hisashi Leozard Kenchi. Unik kan." Tiara membuka cerita asal usul Kenchi.

"Betul juga tu. Jadi, apa yang kau nak buat sekarang Ken? Nak teruskan dengan kejohanan tu ke atau kau nak tarik diri?" Tanya Lax ingin tahu.

"Entahlah Tiara, Lax. Aku rasa aku kena pergi juga menjadi wakil Jepun. Tak apalah. Aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi lepas 4 hari. Bye guys!"

Kenchi keluar dari universitinya dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi. Wajahnya yang ketat membuatkan sesiapa yang melihat akan memalingkan muka. Muka gangster.

Apa yang dikatakan oleh Dekan mengenai kelakuannya menjadi kaki buli dan gangster adalah tipu semata-mata. Kenchi sangat pendiam orangnya. Dia hanya akan bergaul dengan sesiapa yang dia senangi terutamanya Tiara dan Lax.

Beg yang disandang bergerak-gerak. Keluar kepala seekor kucing yang agak aneh dari dalam beg. Kucing yang bertelinga runcing dan berbulu lebat di hujung telinga. Bermisai nipis dan bergigi taring agak panjang dari kucing biasa. Warna bulunya juga berlainan. Warna kemerahan belang hitam seluruh badan.

"Duduk diam-diam Kuga. Kita akan pergi melancong bersama-sama nanti. Mesti kau suka."

(Di sebuah negara Barat, Britain)

(Di sebuah rumah agam)

"Welcome home my dear Prince. How I miss you so much dear heart!"

Seorang wanita yang agak tua memeluk seorang remaja lelaki yang baru sahaja sampai ke rumah dari bercuti panjang. Dia membuka cermin matanya dan dimasukkan ke dalam poket baju.

"Mother! I miss you too!" Mereka melepaskan rindu.

Mereka berpelukan untuk seketika dan duduk di kerusi mewah mereka. Banglo tiga tingkat milik mereka tersergam indah dengan hiasan dalaman ala Victoria.

"Mother, where's father? I'm not see him today." Tanya remaja itu sambil melihat keadaan sekeliling. Rambut blonde nya di kemaskan. Mata birunya sangat cantik bila dilihat.

"I'm so sorry darling. You father got something to do at the office. He will come back at 8 pm sharp. So now, how's your vacation? Do you have fun there?"

Ibunya cuba mengalihkan topik. Anaknya hanya melihat wajah ibunya dengan pandangan kecewa.

"Father always busy with work. I'm already 18 years old. But I can count how many time my eyes met him in my whole life. I rather be with you than with him. So irresponsible." Luah isi hatinya. Kemarahan cuba disimpan jauh.

"No my Ian. Please don't say that. Your father is trying so hard to make us live in such a good place. He never abandon us. Or you! He always remember his only heir. Youself is your father's treasure. He will always remember you even he's busy. Don't say those word. It not good. Ian.. come here. I have a gift for you. come!"

"I'm sorry mother. It just that I'm so mad at him. Today is my birthday but he never here with us." Ian duduk di sisi ibunya.

"Here. Take this letter and read what your father wrote to you. And one more gift we already send it to your room. For now, you just take a rest. Go now." Pujuk ibunya lembut.

"Okay mother. Thank you."

Ian Raykarl bangun dan berjalan ke biliknya di tingkat dua. Apabila dibuka pintu bilik, sesuatu menangkap pandangannya.

Seekor naga kecil yang agak garang sedang duduk di penjuru bilik sambil mengunyah anak patung milik Ian. Ian menutup pintu secepatnya dan melihat anak naga itu dengan wajah yang terkejut. Dia membuka surat yang diberikan oleh ibunya sebentar tadi.

"To my son,

Dear my precious Ian. I'm sorry for not coming home today to meet you after a long time we never met. I really miss you, my son. I wish you will forgive my behaviour all this time. Even I'm not with you, you have to know that I'm always pray to God that you will be in good health and surrounding by happiness.

For your birthday, I give you an awesome gift that no one have it before. I hope you will take care of him as your precious family. I found him when I met my old friend in Grothen. He give him to me when he still a baby. But now he old enough to be with you.

Take care my son.

Your father, Kingston Raykarl."

Ian melepaskan surat di tangan dan berjalan perlahan-lahan kearah anak naga yang masih ketakutan. Anak naga itu cuba mengeluarkan api tetapi hanya asap yang muncul. Ian ketawa melihatnya.

Dia menghulurkan tangannya kearah anak naga itu dan cuba mengusapnya. Semakin lama, Ian semakin dekat. Akhirnya, dia duduk bersila berhadapan dengan 'hadiah' dari ayahnya. Mereka sama-sama bertentang mata dan merenung wajah masing-masing. Ian menghulurkan sekali lagi tangannya.

Apabila tapak tangannya mendekati wajah anak naga itu, Ian berhenti bergerak. Dia ingin melihat apa yang ingin dilakukan oleh anak naga itu selepas ini.

'Hadiah'nya menghidu tapak tangan Ian tetapi masih dalam mode berhati-hati. Dia bergerak mengelilingi Ian yang masih tidak bergerak. Sengaja dikeraskan diri.

Tiba-tiba, anak naga itu terbang dan hinggap di atas kepala Ian dan menghentak-hentak kakinya. Ian cuba menahan gelak. Selepas seketika, kedengaran bunyi suara seperti kucing yang sedang tidur. Ian mengambil anak naga itu dan tersenyum lebar.

"Boleh pula dia tidur atas kepala aku. Peliklah dia ni. Sama macam aku. Kau akan aku panggil Hellia. Selamat datang ke dalam keluarga Raykarl, Hellia." Ucap Ian perlahan.

"Aku mesti berjumpa dengan tuan lama kau. Mungkin aku akan tahu asal usul kau, Hellia. Tiada naga pernah dijumpai di dunia dan yang masih hidup. Kau yang pertama. Negara Grothen akan aku jejaki."

Ian baring bersama-sama kawan barunya di katil. Sebelum itu, dia menempah tiket ke Grothen. Percutian sebenarnya bermula.

(Di sebuah negara di Utara, Iceland)

"Woah!! Laut ni sangat luas! Hei laut! Rindu saya tak?"

Seorang remaja yang bertutup litup kerana cuaca sejuk di Kutub Utara berjoget di atas kannu miliknya bersama-sama abangnya.

"Jangan bangun, Dzoopy. Kau jatuh nanti. Duduk cepat! Kita balik sekarang. Abang takut salji akan turun. Jom balik." Ajak abangnya risau.

"Ala... Abang ni. Tunggulah sekejap. Adik belum puas lagilah. Adik nak berjumpa dengan kawan adik kat sini. Kami dah janji. Sekejap je. Bloppy!!" Bantah Dzoopy, anak remaja yang happy go lucky tetapi boleh tahan degilnya.

"Kau dengan kawan imaginasi kau tu tak habis-habis. Kalau ayah nampak kita kat tengah laut ni, ayah mesti pukul kita! Jom balik! Jangan jadi budak-budak Dzoopy! Kau dah 18 tahun." Marah abangnya lagi.

"Taknak! Dzoopy dah janji. Janji mesti di tepati. Mana boleh mungkir janji. Mak selalu pesan jangan mungkir janji. Nanti tuhan marah." Dzoopy masih dengan keras kepalanya.

"Ah! Tak ada! Kita dah lambat ni. Jom balik!" Arah abangnya dan mula berdayung.

"Tak nak! Saya tak nak balik! Saya dah janji nak jumpa Bloppy!" Dzoopy menghentak kaki tanda protes.

Mukanya yang masam dengan mulut muncung menambahkan lagi protessnya.

Tiba-tiba, kannu bergoyang kuat. Seolah-olah di langgar oleh sesuatu dari bawah. Dzoopy yang berdiri tidak dapat mengimbangi badan dan terus jatuh ke dalam laut yang dalam dan sejuk. Badannya tenggelam kerana bajunya yang tebal.

Air memercik ke atas apabila Dzoopy jatuh ke laut. Abangnya cuba bertahan dengan memaut pada kannu milik mereka.

"Adik!! Dzoopy! Adik! Mana dia ni?"

Panggil abangnya di atas kannu. Dia cuba mengesan adiknya yang hilang di dalam air laut yang sangat sejuk itu.

"Dzoopy!! Tolonglah selamat! Kena bagitahu ayah ni! Tolonglah selamat!"

Kannu mulai bergerak selepas lelaki tadi menggunakan pendayung kayu buatan sendiri. Dia mendarat di tepi tebing laut dan memanggil ayahnya.

Muncul Dzoopy yang ditimbulkan oleh sesuatu di permukaan air. Wajahnya yang pucat biru dan badan yang terketar-ketar menunjukkan suhu badannya yang turun mendadak. Sesekali dia terbersin. Makhluk aneh dengan sesungut yang besar dan panjang meletakkan Dzoopy di tepi tebing laut.

Dzoopy yang terbaring mengadap lautan melihat makhluk yang telah menyelamatkannya.

"Bloppy... Bloppy... Seronok jumpa awak... Jomlah main... " Tangannya dilambai.

Dzoopy cuba berkomunikasi dengan makhluk aneh yang menyerupai sotong gergasi itu.

Sotong itu cuba bersuara dengan terbalikkan dirinya hingga menunjukkan gigi tajam di bawah kepala. Bunyi yang dihasilkan lagi halus dari suara ikan lumba-lumba.

"Dzoopy! Dzoopy!"

Seorang lelaki berusia datang berlari-lari bersama abang Dzoopy. Mereka membawa Dzoopy pulang ke rumah. Kesemua baju dan kain yang basah di badan Dzoopy ditanggalkan.

Selepas mengelap badan anaknya kering, lelaki tua itu membalut semula anaknya dengan baju dan kain yang kering. Diletakkan bulu kambing yang tebal di atas badan anaknya.

"Syukur kamu selamat. Ayah betul-betul bimbang apabila ayah dengar kamu tenggelam di dalam laut. Kenapa kamu bermain di sana? Tak dengarkah apa yang ayah larang selama ini? Laut tu sangat berbahaya untuk kamu. Bukan masanya untuk kamu turun ke laut. Lagi-lagi di dalam musim sekarang ini. Kenapa kamu berdua degil? Jooni! Kenapa biarkan adik kamu pergi ke sana?" Marah ayah mereka dengan wajah bengis.

"Ayah, bukan salah abang. Saya yang degil nak ke sana. Jangan marah abang Jooni."

Dzoopy cuba menyelamatkan abangnya dari dimarahi oleh ayah mereka yang garang. Dia bangun dan berdiri di hadapan abangnya.

"Dzoopy, ayah tak larang kalau kamu ke sana tetapi kamu dah bahayakan nyawa kamu sendiri dengan berada di tengah laut. Lautan bukan mainan kamu berdua! Ayah tak nak kehilangan kamu berdua sama seperti ayah kehilangan ibu kamu. Tolonglah dengar cakap ayah!" Amaran yanh diberi berbunyi tegas dan lantang.

Dzoopy dan abangnya hanya mengangguk perlahan. Dzoopy baring semula di katil empuk miliknya. Rumah kayu dengan pendingin api buatan tangan ayahnya menyejukkan badan mereka dari kesejukan yang sentiasa melanda kampung itu.

"Dzoopy, ayah dapat surat dari ketua pelajar di kolej kamu belajar. Ini suratnya. Kamu bacalah."

Surat diberi dari tangan ke tangan. Dzoopy membuka dan membaca di dalam hati.

"Ayah, saya dapat jadi wakil kolej ke kejohanan sukan yang diadakan di negara Grothen. Lusa saya kena bertolak pergi."

"Negara Grothen? Negara yang baru muncul tu ke? Jauh dari sini Dzoopy. Boleh ke kamu sesuaikan diri di cuaca beriklim panas macam tu?" Ayahnya mulai risau.

"Tak apa ayah. Saya rasa saya dapat sesuaikan diri di negara tu. Lagipun, saya tak keseorangan. Ibu kan ada dengan saya."

Dzoopy menunjukkan gambar ibunya yang sentiasa disimpan di dalam poket. Ibu Dzoopy, Laila hilang ketika cuba mencari ikan di lautan 10 tahun dahulu. Kini, mereka bertiga tinggal bersama tanpa ibu mereka.

"Ayah benarkan. Tapi ingat, kalau kamu ada masalah bagitahu ayah secepat yang mungkin. Ayah akan cuba membantu."

Dzoopy hanya tersenyum gembira kerana inilah peluangnya untuk keluar dari kampungnya yang didiami lebih 18 tahun.

"Dan aku masih ada kau Bloppy. Kau dengan aku kawan sejati. Ibu suruh aku jaga kau. Jadi, aku akan jaga kau."
Dzoopy bermonolog di dalam hati.

(Di tanah Arab)

Kelihatan dua pengawal peribadi sedang memerhati seorang remaja lelaki yang sedang elok menelaah buku di bawah pokok kurma.

Kawasan istana yang agak besar dari rumah biasa indah dilihat dari jauh. Istana yang lengkap dengan perhiasan berlian dan emas, dapat menimbulkan rasa cemburu pada sesiapa yang melihat.

"Tengku Iskandar, kami mendapat berita mengenai pelantikan Tengku oleh ketua negara untuk mewakili negara kita dalam kejohanan sukan nanti. Surat dari universiti telahpun sampai. Sila baca Tengku."

Seorang lelaki berpakaian formal memberi sepucuk surat kepada anak remaja yang masih membaca. Anak remaja yang bernama Iskandar itu membuka dan meneliti surat yang diterima.

"Baik. Saya akan hadiri kejohanan itu. Bagus juga sekali sekala keluar dari negara berpasir ini. Bosan beta disini seorang diri. Sekarang, semua bersurai!"

Dua pengawal peribadi memberi hormat kepada anak raja di hadapannya dan keluar dari halaman istana. Iskandar memerhati keadaan negaranya yang maju. Di buka baju sut kelabunya dan diletakkan ke tepi.

Disisir rambutnya yang kehitaman kebelakang kepala. Wajah ala Arabica yang dimiliki menjadi daya penarik kepada sesiapa yang melihat selain dari statusnya sebagai seorang anak raja.

"Negara Grothen... Aku harap ada keseronokan di sana. Betul tak Asok?"

Senyuman lebar di wajah menambahkan ketampanannya. Dia yang bermain-main dengan haiwan belaannya iaitu kala jengking purba yang bersembunyi di dalam pasir di luar istana.

Kerana saiz yang besar, kala jengking belaannya dibenarkan berada di belakang istana berdekatan biliknya itu. Iskandar mengambil daging mentah yang sememangnya disediakan di situ untuk diberikan kepada haiwan kesayangannya.

(Di negara Grothen)

Dua anak remaja perempuan berpakaian gaun kembang berwarna hitam dan putih sedang berlari berduaan ke arah pintu besar di istana lama.

Dua haiwan muncul di belakang mereka. Mengejar tuan mereka bersama-sama. Kuda bertanduk atau dipanggil Pegasus adalah kuda mitos yang diceritakan oleh masyarakat dunia. Kewujudan mereka juga diragui. Tetapi tiada yang mustahil.

Di samping mereka, seekor serigala bergigi taring panjang dan bersaiz dua kali ganda manusia dewasa berlari perlahan mengikuti kuda bertanduk tanpa gangguan.

"Kita kena bersiap sedia. Ramalan mengenai kelahiran mereka yang penting akan berlaku tak lama lagi. Dan kemunculan unsur jahat juga akan mengikuti. Kita tak boleh leka."

Remaja bergaun putih membuka pintu. Pintu yang berhabuk membuatkan nafas mereka sesak sedikit. Mereka cuba mengibas habuk daripada dekat dengan mereka.

Suasana gelap di dalam bilik besar itu dicahayakan dengan lampu dinding yang menyala dengan sendiri apabila kedua-dua remaja itu memetik jari mereka.

"Apa yang kita dapat ramal, mereka akan datang nanti. Mungkin pada hari penting negara kita dua hari lagi. Tapi, kita masih tidak tahu siapa mereka yang sebenarnya. Dan punca yang menjadikan mereka berkuasa juga kita tidak pasti. Apa yang perlu kita lakukan?" Gadis bergaun hitam berwajah gusar memikirkan apa yang akan berlaku jika mereka lambat bertindak.

Mereka memanjat tangga hingga ke tingkat atas istana. Di tingkat atas kelihatan rak buku besar yang bersusun cantik. Mereka berdua mencari buku yang diinginkan. Satu buku besar ditarik keluar dan dibuka.

"Kita siasat dulu sebelum berlaku apa-apa. Kita tak nak perkara yang berlaku sekali dalam 100 tahun ini berlalu macam tu sahaja. Batu permata Bellamy adalah nyawa negara kita. Kerana kecuaian kita, permata tu dicuri keluar dari negara Grothen. Sebab itu negara kita dapat dilihat oleh negara lain di bumi. Kau dah bersedia Zeno Al Daeneiros?" Gadis bergaun putih bersuara. Direnung wajah gadis di sebelahnya.

"Aku dah bersedia, Rina Al Daeneiros! Kita mulakan pengembaraan ke angkasa! Kita rampas kembali permata Bellamy dari mereka!"

Suasana samar di dalam istana lama terpancar dengan cahaya terang dari Rina dan Zeno ketika tangan mereka bersatu di atas satu buku besar. Lingkaran aneh di atas buku seolah-olah membuka pintu ke dimensi lain. Satu lohong hitam terbuka luas di hadapan mereka.

"Sudah bersedia untuk korbankan segala-galanya?"

"Sudah lama aku nantikan saat ini. Sudah 100 tahun!"

Mereka melompat ke dalam lohong hitam dan lenyap serta-merta. Keadaan menjadi sunyi dan gelap. Begitu juga haiwan belaan mereka. Hilang dalam sekelip mata.

******************

(2/2/2022, pukul 2 pagi tepat)

Penerbangan mereka berempat bermula ketika jam menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Mereka perlu berada di negara Grothen sebelum jam 8 pagi. Mereka mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke sana. Mereka menaiki kapal terbang yang dimiliki oleh negara masing-masing. 'Private plane' yang disediakan khas untuk setiap wakil kejohanan.

Di negara Grothen adalah tempat pertemuan mereka. Apakah kaitan kejadian ini dengan mereka berempat?

(Tamat bab 1)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience