BAB 6

Horror & Thriller Completed 8794

Waktu itu tepat jam 7.30 malam, Zeffry pulang ke vila. Dia terkejut melihat mereka semua berkumpul di ruang tamu itu. Masing-masing mempamerkan wajah gelisah kecuali Fadli dan Kimi.

“Korang buat apa kat sini?”

Soal Zeff. Dia sedikit pun tidak menoleh pada Bella.

Ariana menceritakan semuanya. Pada mulanya dia juga tidak percaya, tapi waktu maghrib tadi, dia terdengar suara meminta tolong. Manakala Fiqah pula terlihat kelibat perempuan yang berpakaian darah. Muka mereka kelihatan pucat.

“Kita kena pergi dari sini, Zeff.”

Pinta Bella yang sudah berada disisi suaminya itu.

“Mana Ieza dengan Syafiq?”

Soal Zeff tanpa pedulikan kata-kata Bella itu.

“Aku ada kat sini.”

Balas Syafiq yang baru tiba. Semua mata menghala kearah Syafiq.

“Isteri kau mana?”

Soal Zeff.

“Dia tak ada dengan aku. Kenapa? Dia tak ada kat sini ke?”

Soal Syafiq kembali.

Lampu yang tiba-tiba berkelip-kelip macam mahu mati elektrik itu mengejutkan mereka. Jendela yang ditolak angin itu membuatkan mereka bertambah gelisah. Bella terus paut lengan suaminya. Jelas dia ketakutan. Tangannya betul-betul sejuk. Ariana dengan Fiqah masing-masing duduk rapat. Berpegangan tangan.

“I nak balik. Jomlah, kita balik sekarang.”

Rengek Bella yang kelihatan lemah. Zeff menghela nafasnya.

“Kita tak boleh balik sekarang.”

Sahut Zeff.

“Jomlah balik. I rasa tak selesalah berada kat sini.”

Rengek Bella lagi.

“Tak bolehlah, Bell. Takkan kita nak tinggalkan Ieza sendirian.”

Tukas Zeff. Bella tarik muncung. Ieza juga yang difikirkannya.

“Macam mana sekarang?”

Soal Kimi. Serentak itu, bunyi rebut dari luar membuatkan mereka menoleh.

“Afif.”

Fiqah yang terdengar bisikan itu terus memejamkan matanya sambil memegang erat tangan Ariana.

“Kau dengar apa yang aku dengar?”

Bisiknya. Ariana mengangguk kepalanya. Mulutnya terkumat kamit membaca doa.

“Afif.”

Bunyi suara itu bersilih ganti denga suara tangisan.

Tiba-tiba je Bella berasa seriau. Dia memegang tengkuknya. Tak boleh jadi, aku kena pergi dari sini. Getusnya.

“You nak pergi mana?”

Soal Zeff tegas sambil memegang erat tangan Bella yang sudah mencapai handbagnya itu.

“I nak balik.”

Jawab Bella tegas. Zeff terus mencerlung tajam.

“Apasal you degil sangat hah? I dah katakan kita takkan ke mana-mana sehingga Ieza ditemui.”

Balas Zeff tegas.

“Habis tu you nak kita tunggu je kat sini? Nanti bila dah terjadi sesuatu baru nak fikir balik.”

Lawan Bella. Mereka yang lain hanya memandang pertelingkahan suami isteri itu. Zeff mendengus. Dia terus tarik tangan Bella jauh dari mereka yang lain.

Bella ditolak ke dinding kasar. Bella terkedu. Tak pernah dia diperlakukan sebegitu. Sekasar itu.

“I betul-betul tak faham dengan you sekarang. Kenapa you jadi pentingkan diri macam ni? Selama ni you tak pernah bersikap macam ni.”

Luah Zeff.

“Ye, memang I pentingkan diri I. I tak suka cara you ambik berat hal Ieza.”

Bagitahu Bella.

“Jadi sekarang you cemburulah?”

Kata Zeff.

“Memang I cemburu. I cemburu dengan Ieza. I cemburu dengan layanan you terhadap Ieza.”

Luah Bella terus terang. Zeff terdiam.

“Kenapa you tak pernah layan I macam mana you layan Ieza? Kenapa you tak pernah bagitahu tentang hubungan you dengan Ieza? I tahu you berpisah dengan dia bukan kerana salah faham atau perkara lain. Tapi you berpisah dengan dia sebab you sangka dia meninggal. Dan…tak mustahil dia masih ada dalam hati youkan?”

Tebak Bella. Airmatanya sudah menitis.

“Baru I mengerti kenapa selama ni you tak pernah sentuh i? Kenapa you tak pernah nak layan i? Sebab dalam hati you masih ada diakan?”

Sambung Bella lagi yang sudah teresak.

Tangan Zeff memicit dahinya.

“Bella, i…”

Katanya terhenti sebaik saja terdengar suara mereka lain yang menyebut nama Ieza. Segera dia menoleh.

“Ieza, you pergi mana? Kitaorang risaukan you tahu tak?”

Tegur Syafiq sambil menyambut isterinya yang hampir rebah. Mata Zeff tidak berkelip saat matanya memandang Ieza. Jelas di wajahnya, raut cemas.

“Ieza.”

Jerit mereka apabila Ieza tiba-tiba pengsan.

“Ieza.”

Sebut Zeff menerpa kearah Ieza. Wajah Bella berubah. Tengok…you masih ambik berat tentang dia. getus Bella sebelum beredar ke dalam biliknya. Hatinya betul-betul sakit dengan kelakuan Zeff itu.

Zeff terkedu apabila Syafiq menepis tangannya.

“Jangan nak sentuh Ieza.”

Bentak Syafiq.

“Syafiq.”

Seru Zeff.

“Kau ingat aku tak tahu hubungan kau dengan Ieza? Aku taknak kau dekati Ieza mulai saat ini. Aku tak perlu bantuan kau. Aku boleh jaga dia sendiri.”

Bidas Syafiq sambil mencempung isterinya. Zeff terkaku.

“Daripada kau risaukan tentang isteri aku, baik kau jaga isteri kau tu.”

Kata Syafiq sebelum berlalu dari situ.

Kimi dengan Fadli berpandangan. Apa dah jadi dengan mereka ni? Kenapa mereka bergaduh? Namun begitu, Kimi menepuk bahu Zeff. Meminta Zeff bertenang. Isterinya yang lena dibuai tidur itu diperhatikan.

“Kenapa you tak pernah layan I macam mana you layan Ieza? Kenapa you tak pernah bagitahu tentang hubungan you dengan Ieza? I tahu you berpisah dengan dia bukan kerana salah faham atau perkara lain. Tapi you berpisah dengan dia sebab you sangka dia meninggal. Dan…tak mustahil dia masih ada dalam hati youkan?”

Tebak Bella.

Ya, Allah. Apa yang aku dah buat ni? Kenapa aku tengking Bella tadi? Apa mungkin apa yang dikatakan oleh Bella itu betul? Aku masih tak boleh lupakan Ieza?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience