BAB 3

Horror & Thriller Completed 8794

Dulu sebelum dia kahwin dengan Bella. Dia pernah bertunang dengan Ieza dan dia sangat bahagia bila berada di samping Ieza. Tapi satu hari ditakdirkan Ieza kemalangan dan dia disahkan meninggal meskipun mayat Ieza tidak ditemui. Sepanjang itu, dia mulai lupakan semuanya. Dia tidak bersemangat untuk hidup lagi sehinggalah Bella hadir dalam hidupnya.

Oleh kerana risaukan keadaan dirinya, keluarga dia telah mengatur perkahwinannya dengan Bella. Dia pasrah. Akhirnya dia kahwin dengan Bella. Sedikit sebanyak kehadiran Bella mengubah dirinya. Bella terlalu romantik orangnya sehingga mampu mengubati lukanya. Ya…memang dia selalu ungkapkan perkataan sayang tapi tak sesekali dia pernah ucapkan perkataan Cinta. Setelah lima bulan kahwin dengan Bella, akhirnya dia terjumpa semula dengan Ieza. Itupun setelah Ieza bersuamikan Syafiq, kawan baiknya sendiri.

“Sayang, you rehat dulu ye. I nak pergi bantu diaorang kejap. Nanti bila makanan dah siap, I bawa datang sini.”

Kata Zeff tanpa menjawab soalan Bella tadi. Sebaik saja pintu bilik ditutup, Bella terus menegakkan badannya. Bersandar pada katil. Tapi you tak jawab lagi pertanyaan i. Dia mengeluh. Apalagi yang perlu I lakukan untuk ambik hati you, Zeff? I taknak you sayangkan I, Zeff. Sebab sayang you Cuma kerana simpati terhadap i. I nak you cintakan I sepertimana you cintakan Ieza dulu. I nak gantikan Ieza dalam hati you.

“Zeff, Bella mana?”

Soal Ariana.

“Bella..dia tak sihat. Demam.”

Bagitahu Zeff ringkas.

“Oh…tak apalah kalau macam tu. Biarkan dia rehat. Eum..Zeff, you tolong bantu Ieza boleh?”

Pinta Fiqah membuatkan Zeff tersentak.

“Bukan apa…barang-barang dapur tak adalah. Kitaorang nak pergi beli bahan untuk masakan. So, you dengan Syafiq tolong Ieza masak boleh?“

Pinta Fiqah.

“Oh, okey.”

Balas Zeff ringkas.

“Honey, you tolong tengokkan ayam ni. I nak pergi tandas kejap.”

Arah Syafiq. Tinggal Zeff dengan Ieza berdua di dapur itu. Bau yang hangit membuatkan Ieza menerpa kearah kuali yang ada ayam itu. Terkejut dia apabila tangan dia bersentuh dengan Zeff yang kebetulan turut mahu membalikkan ayam itu. Bila dia menoleh ke belakang, matanya bersatu dengan Zeff yang turut memandangnya saat itu.

“Bella, apa you buat kat…”

Soal Syafiq sebelum dia terkejut melihat mata Bella yang sudah bergenang itu. Sedikit lagi air yang bergenang itu mahu menitis. Bella terus beredar dari situ tanpa sepatah kata. Kelakuan Bella itu membuatkan dirinya bingung. Lantas dia menoleh ke dapur. Kaku dirinya tatkala melihat Zeff yang bertentang mata dengan isterinya itu.

“You cintakan I, Zeff?”

“I taknak you sayangkan I tapi I nak you cintakan I.”

Kata-kata isterinya masih lagi terngiang-ngiang dalam kepalanya membuatkan dia tersedar. Tangannya dilepaskan.

“Sorry.”

Ucapnya perlahan. Mukanya masa tu merah.

“Oh, tak apa.”

Balas Ieza yang terus mengacau kuali itu. Dia juga jadi tidak keruan. Kenapa perasaan aku macam ni hah? Apa aku masih lagi cintakan dia? Getus Ieza.

Langkah Zeff terus dihalakan pada biliknya. Ya, Allah. Apa yang aku dah buat tadi? Aku hampir saja berlaku curang. Tak, apapun Ieza adalah masa lalu aku dan Bella isteri aku. Masa depan aku. Aku tak boleh menoleh ke belakang. Tapi kenapa aku tak boleh lupakan Ieza ye?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience