BAB 11

Horror & Thriller Completed 8794

Tepat jam 1 pagi, Zeff dan Bella beredar ke bilik mereka. Selepas membasuh muka, Bella terus merebahkan badannya atas katil. Aduhh..letihnya. Dah la sehari suntuk mereka penuh dengan masalah. Letih rasanya. Mata pun dah mengantuk. Sekejap saja, dia sudah terlena atas katil itu. Zeff yang melihat isterinya lena dibuai mimpi terus mencapai tuala lalu menuju ke bilik air.

15 minit kemudian, Bella terjaga dari tidurnya. Dia terasa suhu ketika itu sungguh panas. Pandangannya dihalakan pada seluruh bilik itu. Mencari kelibat suaminya.

“Zeff.”

Seru Bella apabila melihat suaminya yang berada di birai katil.

“You tak tidur lagi ke?”

Soalnya lagi tapi tidak mendapat balasan dari suaminya itu.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi esakan dari suaminya yang duduk membelakangi dirinya. Dahi Bella berkerut. Apa yang tak kena dengan suaminya itu?

“Zeff, you kenapa? You sakit ke?”

Soal Bella lagi sambil mendekati suaminya. Tengkuknya tiba-tiba seriau. Macam ada sesuatu yang tak kena. Fikirannya mulai berfikir yang bukan-bukan tapi akalnya menidakkannya. Tak, Bell…kau jangan nak fikir yang bukan-bukan.

“Zeff.”

Seru Bella seraya menyentuh bahu Zeff. Zeff memusingkan badannya menghala kearah Bella sekaligus membuatkan tangan Bella terlepas. Matanya terkejut melihat wajah Zeff yang penuh berdarah dan muka yang menakutkan itu. Badannya terbelakang akibat terkejut. Mukanya pucat. Dia mulai panik.

“Tidak!!!”

Serentak itu, pintu bilik air terbuka. Zeff melihat isterinya yang menjerit sambil menutup kedua belah telinga.

“Ya, Allah. Sayang!!”

Kata Zeff terkejut. Segera mendapatkan isterinya.

“Kenapa ni?”

Soal Zeff sambil cuba memegang kedua belah tangan isterinya.

“Jangan..pergi!!! Jangan kacau aku!!”

Jerkah Bella yang menutup matanya. Cuba melawan lelaki itu.

“Sayang…I ni.”

Ujar Zeff namun Bella terus menolaknya.

“Pergi!! Jangan kacau aku!!”

Marah Bella. Zeff terus tarik Bella dalam pelukannya.

“Bell, ni I, Zeff. Suami you.”

Bagitahu Zeff tenang sambil memegang kedua tangan Bella dari menutup telinganya. Bella membuka matanya. Terkebil-kebil dia memandang Zeff yang turut memandangnya.

“You betul-betul Zeff?”

Soal Bella agak ketakutan. Zeff mengangguk kepalanya. Bella mengintai sekeliling. Takut kalau-kalau makhluk halus turut berada disitu.

Zeff mengerutkan dahinya melihat kelakuan isterinya itu.

“Kenapa? You tengok apa?”

Soal Zeffry hairan. Turut menoleh.

“Zeff, tadi i…”

Kata Bella terhenti sebaik saja Zeffry yang menarik dia dalam pelukannya.

“Shhh…I ada kat sini.”

Ujar Zeff.

Bunyi barang bertaburan mengejutkan mereka berdua. Kemudian, mereka terdengar bunyi orang menjerit. Zeff terus menoleh ke belakang. Matanya memandang pintu yang ditutup rapat. Rasanya bunyi itu dari luar bilik mereka.

“Zeff.”

Seru Bella sambil memegang lengan Zeffry. Zeff menoleh kearahnya. Tangannya menepuk perlahan tangan Bella yang memegang lengannya.

“Jom.”

Ajak Zeff. Langkah mereka dituju pada bilik dimana Fiqah dan yang lain duduk.

“Ya, Allah!!…Syafiq.”

Zeff terus menerpa kearah Syafiq yang terbaring atas lantai dengan pisau di perutnya itu.

“Zeff.”

Syafiq cuba untuk bersuara.

“Apa dah jadi ni? Mana mereka yang lain?”

Soal Zeff. Bella memegang tangan Zeff. Ketakutannya menguasai diri.

“Ieza, Zeff.”

Sebut Syafiq sebelum matanya terpejam.

“Ieza? Jangan risau, aku akan selamatkan Ieza.”

Ujar Zeff tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Zeff, apa yang dah berlaku pada Syafiq? Siapa yang bunuh dia?”

Soal Bella. Zeff memejamkan matanya. Sukar untuk dia terima dua sahabat baiknya sudah pergi meninggalkan dia dalam masa yang singkat. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Atau ada something yang tak kena kat sini?

“I tak tahu, Bell. Tapi yang penting sekarang ni, kita kena cari mereka yang lain. Kita kena cari Ieza. Lepas tu, kita tinggalkan tempat ni malam ni juga.”

Kata Zeff. Yaa..sepatutnya dia dengar cakap isterinya dari dulu lagi. Kalau dia tak berkeras untuk tinggal kat situ, semua ni pasti takkan berlaku. Fadli dan Syafiq pasti hidup.

Bergegas mereka keluar dari situ.

“Ariana!!”

Jerit Zeff.

“Fiqah!!”

Jerit Bella pula.

“Kimi, korang kat mana?”

“Ieza!!”

Mereka ingin memasuki hutan itu untuk mencari mereka yang lain tapi…

“Sayang, you duduk kat sini sekejap ye. I nak masuk dalam. Nak cari lampu suluh.”

Arah Zeff. Bella terus pegang kemas tangan Zeff.

“Taknak, I taknak tinggal seorang diri.”

Tukas Bella.

“Sekejap je I masuk. Kalau ada apa-apa, you terus je jerit. Nanti I datang.”

Pujuk Zeff.

“Jangan lama sangat!!”

Ujar Bella.

“Ye, I tak lama. Percayalah.”

Balas Zeff sambil mencium dahi Bella. Lama. “I love you“ucapnya sebelum masuk ke dalam rumah.

Sedang ralit mencari lampu suluh, Zeff dikejutkan dengan tangan seseorang yang memegang bahunya.

“Opocot.”

Latahnya sambil menoleh.

“Ieza, you buat apa kat sini?”

Soal Zeff sebelum dia dikejutkan dengan pelukan oleh Ieza.

“Zeff, you kena tolong i. Syafiq…dia…dia dah tak ada.”

Kata Ieza sambil menangis. Zeff kaku. Dia sama sekali tak menyangka yang Ieza akan memeluknya. Allah!! Apa yang patut aku buat sekarang ni?

“Zeff, tadaa… Cuba you tengok baju yang I dah siapkan untuk you ni. Cantik tak?”

Soal Bella. Mata Zeff terkaku.

“Baju? You jahit baju ni untuk i?”

Soal Zeff dengan wajah yang tidak percaya.

“Ye, sayang. I nak you pakai baju ni nanti. I nak jahit special punya untuk you.”

Balas Bella beserta mata yang bersinar.

“Zeff, I takut.”

Ujar Ieza. Zeff mendiamkan dirinya. Kenangan bersama isterinya menerjah ke dalam fikirannya.

“Bella…Bell.”

Seru Zeff apabila melihat isterinya yang tidur di atas sofa.

“Hmm…you dah pulang?”

Soal Bella dalam keadaan yang mamai.

“Ye, kenapa tidur kat sini? Tak tidur dalam bilik?”

Soal Zeff hairan. Bella tersenyum.

“I tunggu you pulang.”

Balas Bella sambil memandang jam di dinding. Tepat jam 12 malam.

“You dah makan? Kalau belum, I siapkan makanan untuk you.”

Kata Bella bergegas bangun. Zeff terus tarik tangan Bella.

“Dah, tak payah buat semua tu. Biar I yang buat sendiri.”

Balas Zeff.

“Tak apa, dah tugas I sebagai isteri you. Sekejap je I panaskan lauk tu. You tentu letihkan? So, you rehat dulu. Nanti I kejutkan.”

Balas Bella.

“Zeff.”

Seru Bella. Tapi Zeff sudah lena ketiduran di sofa itu. Bella tersenyum. Penat sangat nampaknya. Getus dia sambil membetulkan kedudukan Zeff.

“Zeff, I tahu you cuba yang terbaik untuk I walaupun dalam hati you masih ada perempuan lain. Tapi I janji I akan sedaya upaya I untuk mendapat tempat dalam hati you. I akan pastikan hati you hanya untuk i.”

Omel Bella sendirian sambil menyentuh pipi suaminya itu. Mata Zeff terbuka sebelah setelah Bella menuju ke dapur.

“I juga tahu you dah berusaha keras untuk lakukan yang terbaik untuk i. Walaupun I masih tak boleh lupakan arwah tunang I, tapi I janji I akan buat you bahagia sepanjang perkahwinan kita.”

Ujar Zeff perlahan.

Zeff terus meleraikan pelukan Ieza itu.

“Sorry, Za.”

Ucapnya. Ieza tersentak.

“Zeff.”

Serunya. Zeff mendiamkan dirinya.

“Kenapa? You dah tak cintakan i?”

Soal Ieza mengejutkan Zeff.

“Apa you cakap ni?”

Soal Zeff tegas.

“Zeff, I cintakan you. I tak pernah lupakan saat-saat kita bersama dulu.”

Ujar Ieza.

“You sedar tak apa yang you cakapkan ni? You tu isteri orang.”

Marah Zeff.

“Tapi Syafiq dah tak ada.”

Tukas Ieza.

“Tapi I masih ada isteri i.”

Balas Zeff kembali.

“Tapi you tak cintakan isteri youkan? Selama ni, you hanya cintakan i. Dah la, Zeff. Akui saja yang you masih cintakan i. Kalau betul you tak cintakan I, you takkan ambik berat terhadap I selama ni.”

Kata Ieza lagi.

“Ye, memang. Memang I cintakan you tapi itu dulu. Sekarang I dah sedar. I cume cintakan isteri I sekarang. Dan…isteri I cume satu, iaitu Bella. I ambik berat terhadap you selama ni pun atas dasar kemanusiaan..atas dasar persahabatan. Tak lebih dari itu.”

Balas Zeff membuatkan Ieza terdiam. Dia terjelepok atas lantai.

“Betul you dah tak cintakan i?”

Soal Ieza lagi inginkan kepastian. Zeff berkalih memandang Ieza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience