BAB 8

Horror & Thriller Completed 8794

Tok tok tok…

Ariana, Bella dan Fiqah berpandangan sebaik saja terdengar bunyi ketukan itu.

Tok tok tok …

“Bunyi apa tu.”

Soal Ariana.

“Aku rasa bunyi tu dari dalam bilik sana.”

Bagitahu Bella pula.

“Kita pergi sana, nak?”

Ajak Fiqah.

“Gila kau, taknaklah aku.”

Balas Bella. Dia paling lemah antara mereka yang lain.

“Ala, jomlah ikut kitaorang. Pergi sekejap je. Lagipun, kitakan bertiga. Kalau ada apa-apa, kita boleh protect sesama sendiri.”

Kata Fiqah lagi. Ariana bersetuju. Nak taknak Bella terpaksa ikut mereka. Dia nak tinggal sendirian kat ruang tamu itu? Memang taklah.

Saat pintu itu terbuka, mereka bertiga mencelikkan mata.

Kimi tersentak apabila terdengar bunyi jeritan itu. Zeff yang sedang ralit berbual dengan Syafiq turut terhenti. Mereka berpandangan sesama mereka sebelum membuat keputusan untuk menjenguk apa yang berlaku.

“Kenapa ni?”

Soal Kimi sebelum matanya memandang Fiqah yang pengsan.

“Fiqah.”

Serunya sambil menampar lembut pipi isterinya.

“Fiqah, bangun qah.”

Panggilnya lagi. Ariana yang sudah pucat mukanya turut menerpa kearah Fiqah.

“Fiqah, bangun. Jangan buat aku takut.”

Seru Ariana.

“Kenapa ni? Kenapa dengan Fiqah?”

Soal Syafiq yang baru tiba bersama Zeff itu.

“Bella.”

Tegur Zeff apabila wajah isterinya yang pucat. Bella terus peluk Zeff. Kemas. Ketakutan menghantui dirinya ketika itu. Ariana menceritakan semuanya kepada mereka. Dia cerita mereka bertiga ternampak kelibat perempuan berambut panjang dan baju yang penuh dengan darah.

Zeff mengusap kepala isterinya. Cuba untuk menenangkan Bella. Manakala Kimi pula memandang isterinya yang masih lagi tidak sedarkan diri.

“Zeff, kita balik.”

Rengek Bella lemah. Zeff menggeleng kepalanya.

“Dah lewat malam, sayang. Kalau nak balik juga, kita tunggu pagi esok.”

Balas Zeff berlembut. Dia tahu emosi isterinya tidak stabil ketika itu.

“Kenapa aku rasa macam kekurangan je kita ni?”

Ujar Syafiq. Mereka yang lain berpandangan sebelum suara Ariana berbunyi.

“Fadli mana?”

Soal Ariana. Mereka yang lain bagaikan baru tersedar Fadli tiada disitu.

“I nak cari Fadli.”

Ujar Ariana.

“Jangan Ariana. Bahaya you pergi sendiri. You tunggu Fiqah kat sini. Biar kitaorang yang pergi.”

Kata Kimi. Mereka yang lain bersetuju. Saat Zeff mahu bangun, Bella memegang tangannya.

“I nak ikut.”

Rengek Bella.

“Tak boleh, you duduk sini dengan Fiqah.”

Tukas Zeff.

Bella pantas menggeleng kepalanya.

“Taknak, I nak ikut you juga.”

Kata Bella tegas.

“Ye, I pun nak ikut. I nak cari suami i.”

Sampuk Fiqah pula.

“Okey, kalau macam tu, biar aku je tunggu kat sini.”

Kata Syafiq. Mereka yang lain mengangguk kepala. Syafiq memandang Fiqah dengan isterinya yang tidur lena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience