BAB 4

Horror & Thriller Completed 8794

“Bella.”

Seru Zeff sebaik saja masuk ke dalam biliknya. Dia terkejut melihat wajah Bella yang dibasahi oleh airmata.

“Kenapa ni, sayang? You menangis?”

Soal Zeff lembut. Sayu hatinya melihat keadaan Bella seperti itu. Zeff mahu memeluk Bella tapi Bella mengendur ke belakang.

“Bella.”

Tegur Zeff.

“You cintakan Ieza?”

Soal Bella membuatkan Zeff tersentak. Kenapa tiba-tiba boleh masuk part Ieza pula ni?

“Ieza itu bekas tunang you kan?”

Tebak Bella mengejutkan Zeff.

“Mana you tahu semua ni?”

Soal Zeff yang jelas terkejut.

“Foto ni…ni gambar korang berdua kan?”

Kata Bella menunjukkan foto yang berada di tangannya. Muka Zeff merah apabila melihat foto itu. Matanya mencerlung tajam.

“Mana you dapat gambar tu?”

Soal Zeff tegas. Bella diam.

“You ceroboh barang I?”

Tuduh Zeff. Bella menggeleng kepalanya.

“Tak, I tak ceroboh barang you. I jumpa gambar ni masa I terlanggar fail kerja you.”

Bagitahu Bella. Zeff terus rampas kasar foto itu.

“I tak suka you masuk campur dalam urusan i.”

Kata Zeff memberikan amaran sebelum keluar dari bilik itu.

“Zeff.”

Terkejut Ieza apabila bertembung dengan lelaki itu. Zeff diam. Wajahnya nampak tegang.

“Bella kenapa? Dia menangis ke?”

Soal Ieza tapi tidak dibalas oleh Zeff. Zeff terus menonong dari situ.

Bella meraup mukanya. Zeff tak pernah berkasar dengannya sampai macam tu sekali. Walaupun selama ni Zeff layan dia dengan baik tapi Zeff tak pernah sentuh dia. Memang mereka tidur satu katil tapi tak pernah mereka lakukan lebih dari itu. Sekadar peluk je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience