BAB 10

Horror & Thriller Completed 8794

Syafiq menekapkan telinganya pada pintu bilik itu.

“Syafiq.”

Seru seseorang membuatkan Syafiq terkejut.

“Apa yang kau buat tu?”

Soal Kimi. Syafiq memandang wajah Ariana yang dibasahi dengan airmatanya. Bella yang sudah merah matanya sambil ditenangkan oleh Zeffry. Muka Syafiq terus berubah.

“Macam mana korang ada kat situ, Bell. Zeff? Bukannya korang ada dalam bilik ni?”

Soal Syafiq sambil diajukan tangannya pada bilik hadapannya itu. Dahi Zeff berkerut.

“Apa kau merepek ni? Dari tadi lagi, Zeff dengan Bella ada dengan kitaorang la.”

Balas Kimi bagi pihak Zeffry. Kalau macam tu, tadi tu suara siapa? Tiba-tiba hatinya berasa tidak sedap. Macam ada something berlaku dalam vila itu. Bukan mereka saja yang duduk dalam vila itu, tapi ada orang lain juga.

“Mana Fadli? Korang jumpa dia tak?”

Soal Syafiq membuatkan mereka semua menunduk.

“Kenapa dengan Fadli?”

Soal Syafiq lagi. Bertambah esak tangisan Ariana. Bella terus peluk kawannya itu. Cuba untuk menenangkan Ariana.

“Kenapa ni?”

Soal Syafiq resah.

“Dia dah tak ada, Fiq.”

Balas Kimi sayu.

“Tak ada? Maksud kau apa?”

Soal Syafiq lagi tidak mengerti.

“Kami berempat temui dia dalam keadaan berdarah tadi. Dia dah mati.”

Bagitahu Zeff mengejutkan Syafiq.

“Tapi macam mana…”

Belum sempat Syafiq menghabiskan ayatnya, mereka dikejutkan dengan Ariana yang jatuh pengsan.

“Ariana.”

Panggil mereka serentak.

“Aku rasa ada sesuatu yang tak kena pasal vila ni.”

Luah Syafiq akhirnya. Kimi mengangguk.

“Mungkin apa yang pakcik tua tu bagitahu selama ni memang betul.”

Kata Kimi.

“Ada something yang duduk kat dalam vila selain kita.”

Sampuk Zeff pula.

“Aku setuju. Tapi semasa aku jaga kat sini, aku terdengar kau dengan Bella gaduh dekat bilik sebelah.”

Bagitahu Syafiq akhirnya.

“Ohh..jadi itu yang buatkan kau terkejut dengan kehadiran aku dengan Bella tadi tu?”

Sahut Zeff. Syafiq mengangguk. Bella pandang suaminya. Zeff mengukir senyuman.

“Tak ada apalah.”

Pujuk Zeff.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience