BAB 4

Romance Series 5797

Pagi itu Raisya mengambil keputusan untuk tidak ke butik. Berat pula rasa kepalanya hari ini. Sakit mencucuk-cucuk.

Dua biji panadol sudah ditelan. Raisya kira-kira ingin melelapkan mata dalam dua tiga jam.

Lama juga Raisya berlayar ke alam mimpi. Pabila tersedar jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Belum zohor lagi ni.

Raisya pantas bangkit untuk mengambil wudhu bagi menunaikan solat zohor.

Selesai sahaja solat zohor Raisya pergi ke dapur untuk menjamah sedikit makanan. Dari jauh kelihatan maknya sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan masakan.

Ikan tenggiri. Sayur bayam. Ikan bawal.

"Mak nak siapkan masak malam ke? Awalnya. Baru pukul berapa ni,"ujar Raisya sambil tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan.

"Haah.Kena awal sikit. Banyak nak masak malam ni," balas Puan Kelsom. Tangannya sedang ligat mencuci ikan tenggiri di dalam singki.

"Masak banyak-banyak buat apa mak? Nanti tak habis kan membazir."

" Mana boleh. Ada orang nak datang malam ni. Raisya tak ke mana kan malam ni?" soal Puan Kelsom lagi.

"Memang tak ke mana mak malam ni. Tapi siapa pula yang nak datang?" soal Raisya balik.

"Adalah," balas Puan Kelsom. Raisya hanya menjongketkan bahu dan meneruskan suapannya.

Setelah selesai makan Raisya berlalu ke biliknya dan tenggelam dalam kerja yang menimbun yang perlu disiapkan.

Hari sudah mulai senja. Raisya keluar daripada biliknya dan menuju ke dapur.

Waaa. Mewah sungguh makan malam hari ni. Ikan tenggiri masak lemak. Ikan bawal masak sweet sour nama lainnya masam-masam manis. Sayur bayam tumis air. Sambal belacan dan sedikit ulam-ulaman.

"Mak. Siapa yang nak datang sebenarnya ni?" soal Raisya lagi. Siapa yang nak datang? Mak long? Ke Mak uda? Memang mereka selalu datang melawat mak kalau ada masa senggang. Tapi selalunya kalau diorang datang. Petang dah sampai dah. Ni dah lewat.

Tak lama kemudian kedengaran bunyi ketukan pintu rumah. Puan Kelsom memberhentikan kerjanya untuk menyambut gerangan insan yang bakal menjadi tetamu mereka malam ini.

"Tak apa mak. Raisya pergi," belum sempat Puan Kelsom sempat untuk berkata apa-apa Raisya sudah berlalu ke depan.

Sempat dia capai tudung dan menyarungkannya ke kepala sebelum membuka pintu.

"Masukla...," kata Raisya sebelum terhenti apabila menjemput gerangan tetamu itu untuk masuk.

Puan Kelsom terkocoh-kocoh ke hadapan setelah menukar bajunya. Iyalah. Pasti basah-basah dengan air ikan segala.

"Kak Ra..."

Pang!

Belum sempat gerangan si tetamu itu untuk berkata apa-apa. Penampar Raisya sudah hinggap di pipinya.

"Raisyaa!!"ujar Puan Kelsom sambil menjauhkan Raisya daripada si tetamu. Bimbang hatinya kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini.

"Kau buat apa kat sini?" tegang suara Raisya. Mata Faruq dipandangnya dalam-dalam.

Faruq kelihatan serba salah di hadapan Raisya.

"Mak yang jemput dia ke sini," ujar Puan Kelsom sambil memaut bahu anak perempuannya.

"Makk!" garau suara Raisya.

Mak jemput dia? Mak dah lupa ke apa yang dia dah buat dulu?

"Kau ke sini kenapa? Nak bagi siapa sakit jantung pula kali ni," sinis Raisya.

Tertunduk Faruq mendengar kata-kata Raisya itu.

"Apa ni? Masuk!" tegas suara Encik Adam menghentikan suasana tegang di hadapan rumah.

"Ayah!"

"Masuk! Raisya jangan degil. Bagi Faruq tu masuk. Ayah tak pernah ajar anak ayah halau tetamu," tegas suara Encik Adam.

Raisya hanya berlalu ke dalam rumah. Dia terus menuju ke biliknya dan menghempas pintu. Badan dia rebahkan di atas katil.

Berani lelaki tu muncul depan aku lagi? Desis hati Raisya.

Hampir lima minit dia berkurung dalam bilik dengar bunyi ketuka daripada luar.

"Nak apa?" kata Raisya dengan malas.

"Raisya. Keluar nak. Kita bincang," suara Encik Adam kedengaran daripada luar.

Hish. Raisya menuju ke pintu dan membukanya dengan kasar.

"Tak nak lah ayah,"

"Mari. Kita bincang," kata Encik Adam tanpa nada memaksudkan dia benar-benar mahu Raisya pergi ke ruang tamu.

"Nak bincang apa?" kata Raisya seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Kelsom. Matanya menjeling Faruq yang hanya tertunduk sedari tadi. Mata Raisya tertancap pada pipi Faruq yang sedikit kemerah-merahan. Bahana penamparnya tadi gamaknya.

"Mak dengan ayah jemput dia ke sini berhajat sebenarnya," tutur Encik Adam dengan lembut.

"Mak dan ayah nak satukan Raisya dengan Faruq," bulat terus mata Raisya.

Apa?

"Ayah. This is not funny okay?" balas Raisya.

"Ayah dengan mak tak main-main,"

"Ayah nak...Raisya kawin dengan pembunuh ni?"

"Astaghfirullahalazimm. Raisya!" tengking Encik Adam.

"Ayah lupa ke? Dia ni yang penyebab adik Raisya mati!" jerit Raisya.

"Raisya. Adik pergi tu atas ketentuan qada' dan qadar Allah nak. Bukan sebab Faruq. Kita tak boleh nak salahkan dia," jelas Puan Kelsom. Tangannya perlahan mengusap belakang anak perempuannya.

"Raisya tak kira. Apa pun yang terjadi Raisya takkan kawin dengan dia," kata Raisya sambil meluru keluar daripada rumah.

Enjin kereta dihidupkan dan laju keretanya meluncur keluar daripada perkarangan rumahnya.

"Raisya!" jerit Puan Kelsom.

"Macam mana ni bang? Anak kita?" kata Puan Kelsom sambil meraih tangan Encik Adam.

"Tak apa mak cik. Saya ikut dia," kata Faruq dan terus bergegas keluar ke keretanya.

RAISYA berdiri memeluk badan sambil memerhatikan pemandangan Wetland. Dari atas bangunan ini dia dapat tengok seluruh kawasan wetland.

Dia perlukan masa untuk bertenang. Masalah demi masalah menimpanya ketika ini. Butik yang makin sibuk saban hari disebabkan cawangan yang bakal dibuka di Shah Alam nanti. Calon-calon suami daripada Adzim dan Abby yang merepek-repek. Ni sekarang? Faruq pula? Dia perlukan ruang untuk bernafas.

"Raisya," perlahan suara Faruq daripada belakang namun Raisya tidak mengendahkannya.

"Boleh kan saya panggil Raisya? Kita bukan beza umur pun sebenarnya," kata Faruq seraya tergelak kecil.

Suasana sepi antara mereka.

Faruq diam dan matanya menekur ke lantai papan itu.

"Sorry," kata Faruq perlahan.

"Sorry? Awak kata sorry?" balas Raisya sambil memusing menghadap Faruq.

"Awak tahu tak apa yang kitorang alami selama ni? Awak ingat. Kehilangan Risya tu tak membawa apa-apa makna kat kitorang ke? Awak rasa berapa lama butik mak tu terbengkalai macam tu saja? Apa awak ingat hati kitorang ni batu tak ada perasaan. Lepas apa semua janji yang awak taburkan. Lepas apa semua yang awak dah buat," Raisya mengambil nafas dan melangkah lagi dekat kepada Faruq.

"Awak cakap sorry? Awak ingat dengan sorry awak tu mampu padam segala memori dalam ingatan kitorang. Awak ingat dengan sorry awak tu. Awak mampu nak rawat luka hati kitorang? Awak ingat..." Raisya berhenti berkata sambil menyeka air mata yang mengalir di pipinya.

"Awak ingat dengan sorry awak tu. Adik saya akan datang balik ke?" kata Raisya dan air matanya semakin laju mengalir di pipinya.

"I'm so sorry. Seriously, deeply sorry. Saya menyesal sangat dengan apa yang berlaku. Saya tak berniat pun untuk jadikan ia teruk sampai begini sekali,"kata Faruq sambil cuba untuk memandang wajah Raisya. Namun Raisya hanya memalingkan wajahnya ke arah lain.

Faruq mengambil keputusan untuk berlutut di hadapan Raisya.

"Raisya. Kalau perlu untuk saya berlutut pada awak saya akan berlutut. Kalau perlu saya terjun dari bangunan ni saya akan terjun. Saya akan buat semua selagi awak tak maafkan saya," rayu Faruq.

"Terjunlah,"

"Huh?"

"Kata kalau awak nak saya maafkan awak kena terjun. Terjunlah. Saya nak tengok," kata Raisya.

Faruq terus berdiri dan berjalan menuju ke palang kayu. Dia pegang dan melihat ke bawah. Uish. Ni kalau terjun ni mau pecah kepala. Paling kurang koma tak sedar diri dah. Teragak-agak Faruq ingin memanjat palang kayu itu.

"Kot iya pun nak minta maaf. Takkan sampai tak sayang diri sendiri," jerit Raisya.

"Sini," kata raisya lagi.

Faruq terus berjalan ke arah Raisya.

"Awak maafkan saya?" ujarnya dengan teruja.

"Tak," pendek balas Raisya. Terus keruh kembali muka Faruq.

"Saya tak maafkan awak. Tapi tak bermaksud saya takkan maafkan awak," tutur Raisya lagi.

"Maksud awak?" soal Faruq.

" Depends. Kalau saya rasa saya nak maafkan awak nanti saya maafkanlah,"

"Awak tak benci saya?" tanya Faruq lagi.

"Ada betulnya cakap ayah. Adik pergi sebab sudah masanya. Saya tak boleh nak benci sesiapa. Sebab kalau saya benci bermaksud saya benci dengan aturan si dia," kata Raisya lagi.

"Cuma saya tak boleh nak maafkan apa yang awak dah buat kat adik saya,"sambung Raisya.

Faruq terus menundukkan kepalanya. Menyesal di hatinya tiada siapa yang tahu.

"Erm. So. Dah kawin kan?" soal Raisya kepada Faruq.

Soalan Raisya itu hanya disambut dengan gelengan daripada Faruq. Berkerut habis dahi Raisya. Aikk. Hari tu kata dah nak kahwin. Ape cer.

"Saya dah cerai,"

"Sorry I didn't mean to,"

"It's okay. Mungkin ni balasan saya. Mainkan hati perempuan dulu. Sekali hati saya dimainkan pula oleh perempuan lain,"

Raisya hanya mampu bersimpati atas apa yang berlaku kepada Faruq.

" So saya dengar awak dah ambil alih butik mak cik kan?"

"Haah. Tak payah nak mak cik sangat lah. Bukan tak biasa nak panggil mak. Nanti selalu selalulah datang lawat mak. Mak rindu tau dengan awak. Yela kesayangan kan dulu," kata Raisya.

"Datang rumah? Awak tak marah ke?"

"Buat apa nak marah?" Raisya pandang menghadap Faruq.

"Yela mana tau kot-kot dapat hadiah penampar lagi,"usik Faruq.

"Sorry lah. Sakit ke?"

"Gila tak? Dah macam nak tampar bola aje gayanya,"

"Hehe. Sorry," balas Raisya. Memang sungguh tak sengaja tadi. Tindakan refleks. Dah geram sangat kan.

"Serius lah ni tak kisah nak datang rumah?"

"Yela. Alaa. Kawan sekali sekala nak datang makan-makan apa salahnya," kata Raisya.

"Kawan?" soal Faruq sambil keningnya dijongketkan sebelah.

"Kawan," balas Raisya sambil tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience