BAB 6

Romance Series 5797

Raisya menggulung kembali sample kain yang baru tiba. Setelah semua gulungan kain diperiksa Raisya menyuruh stafnya menyimpan gulungan kain itu di stor simpanan.

"Fasya, tolong tunjukkan diorang kat mana nak letak," arah Raisya.

Dia kemudiannya duduk dan nembelek rekaan-rekaan yang baru disiapkan oleh Abby. Lepas satu..satu dibeleknya. Bagus. Semua menepati piawaiannya.

Loceng butik ditekan bertubi-tubi menyebabkan Raisya menghalakan pandangannya ke pintu. Seorang perempuan berkaca mata hitam berdiri di hadapan pintu butik.

Seorang staf Raisya pergi mendapatkan perempuan itu. Melangkah saja masuk perempuan itu terus meluru ke arah Raisya dan menangis teresak-esak.

Raisya yang nyata terkejut dengan adegan itu memegang bahu perempuan itu dengan perlahan.

"Err..cik? Kenapa ni ye?" soal Raisya. Ini bukan tempat kaunseling kalau ada apa-apa berlaku. Haish. Sudahlah Raisya ni memang tak reti nak pujuk orang yang drama air mata ni.

"You kena tolong I," kata perempuan itu dalam sedu sedannya.

"Tolong?" soal Raisya lagi. Matanya dihalakan kepada Fasya yang baru muncul. Fasya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mengenali perempuan itu.

"Maaf ye cik. Tapi sebenarnya apa yang berlaku ni?"

"You Raisya kan?" soal perempuan itu dan menaggalkan cermin mata hitamnya.

"Yup. Tapi saya rasa kita tak pernah jumpa kan?" soal Raisya balik. Mana pernah dia deal dengan customer ni. Eh kejap. Macam kenal muka ni. Ni...

"I Mel. Tunang Aiman," yezza. Betul. Divas runaway rimba hari tu.

" Haa saya ingat yang buat drama kat restoran hari tu," tepuk tangan Raisya.

"Drama?"

"Yela. Awak kan yang menangis meraung-raung masa saya jumpa Aiman hari tu?" balas Raisya menahan dirinya ketawa. Ya tuhann. Serius kelakar perempuan ni hari tu.

"Huaaaa," makin kuat pula Mel menangis. Ah sudah. Salah ke? Pelik Raisya.

"Tolong saya..Aiman hilang," kata Mel sambil menangis lebih kuat.

Hilang? Raisya menoleh ke arah Fasya sambil mengguman meminta dia untuk membawa air bagi menenagkan Mel. Jangan dia nak mula drama dekat sini pula sudahlah. Melihatkan jam sudahpun menunjukkan waktu kemuncak pelanggan untuk datang Raisya terus menarik Mel masuk ke biliknya.

Raisya menghulurkan beberapa helai tisu kepada Mel sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Mel.

"Aiman hilang?" Mel hanya mengangguk dengan tersedu-sedan.

"Kalau macam tu awak dah lapor polis?" soal Mel lagi.

"Tak payah. Saya tahu dia kat mana," balas Mel. Pulak. Tadi cakap hilang. Ni tahu pula Aiman dekat mana. Mana satu ni?

"Dia cuma menghilangkan diri daripada saya. Saya call tak angkat. Saya mesej tak balas,"

"Kenapa tiba-tiba dia macam tu?" kata Raisya.

"Semua jadi macam ni lepas mummy Mel gesa dia kahwin dengan saya cepat-cepat,"

"Mak dengan ayah dia tak cakap apa-apa ke?"

Mel hanya menggeleng perlahan dan wajahnya berubah mendung.

"Mama dengan papa Aiman dah lama tak ada. Aiman membesar dalam keluarga Mel. Jadi sebab tu Aiman serba salah nak tolak rancangan mummy dengan daddy untuk satukan kitorang," kata Mel dengan perlahan.

Mel kemudiannya mencapai tangan Raisya dan dia genggam erat. "Tapi Mel memang betul-betul cintakan dia. Mel tak nak hilang dia," kata Mel dengan bersungguh-sungguh.

Polos betul hati Mel ni. Desis hati Raisya.

"Mel nak kawin dengan dia?" tutur Raisya dengan lembut.

"Mustahil kalau Mel tolak. Tapi kalau perkahwinan Mel dengan dia atas dasar terpaksa, Mel tak nak. Mel lebih rela tak dapat dia daripada dia terseksa hidup dengan Mel," Mel menundukkan kepalanya.

Wah wah. Pandai pula Mel ni bermadah.

"Tiada siapa pun yang nak orang yang dia cinta tu terseksa kan? Cinta tu. Ada kalanya tak bermaksud kita perlu memiliki," tutur Mel perlahan sambil menyeka air mata yang mengalir di pipinya.

Kasihan pula rasa hati Raisya. Wakah Mel yang suram itu diperhatikannya.

"Boleh. Raisya boleh tolong Mel. Tapi dengan syarat,"

"Syarat?" soal Mel lagi.

"Raisya boleh tolong untuk Aiman balik semula ke rumah Mel. Tapi Raisya tak janji untuk Aiman bersetuju kahwin dengan Mel. Soal hati dengan perasaan ni bukan kita boleh paksa sangat," cakap Raisya dengan penuh hati-hati.

"Mel setuju. Ada lagi satu sebenarnya,"

"Ha? Apa lagi?"

"Ada vacancy tak kat sini?" soal Mel sambil melilau memerhatikan butik Raisya.

"Vacancy? Takkan awak pun lari daripada rumah Mel?" terus Mel menggelengkan kepalanya.

"Mel nak belajar hidup berdikari. Well Mel sebenarnya dah rancang dah untuk pindah ke luar negara. Mel nak mulakan hidup baru kat sana. Mel dah rancang dah. Sebab Mel tahu Aiman mesti tolak punya idea perkahwinan ni," tutur Mel.

"Kalau awak pindah luar negara. Awak nak kerja apa Mel?"soal Raisya.

"Maybe journalist. Mel student mass comm,"

"Ohh. Begitu. Tapi kalau Mel nak kerja sini ada satu lagi syarat kena tambah lah," kata Raisya lagi.

"Apa dia?"

"Kitorang punya pekerja tak pakai pakaian macam ni," ujar Raisya sambil tangannya menunjuk ke arah pakaian Mel. Baju baby-t hijau terang dan skirt oren silau. Menyilaukan mata Raisya. Dia ni memang suka pakai ala-alaa traffic light ek.

"Ok. Tak apa. Mel ubah," jawabnya dengan confident. Mel nak move on. Nak move on perlukan pengorbanan.

Mudah sungguh cinta merubah seseorang. Nak move on tu sebenarnya. Move on tu yang lagi susah daripada mengejar cinta. Mampu ke Mel nanti.

RAISYA mencapai telefonnya di atas meja. Mel baru saja pulang. Dia akan mula bekerja di sini esok. Tadi Raisya sudah menunjukkan sekitar kawasan butik kepada Mel.

Acap kali Raisya mengulang pertanyaannya. Betul ke nak kerja kat sini? Yela. Penat kerja ni. Kena berdiri saja. Lainlah kalau awak bos macam Raisya . Huahahahahu.

Eh. Tapi bos pun penat juga ok. Nak kira untung berapa. Rugi berapa. Gaji-gaji pekerja nak kena bayar on time. Design-design baju yang tak laku. Yang terlebih laku. Haa. Kalau pekerjanya perang fizikal. Dia perang mental. Migrain selalu.

Telefon Raisya berbunyi menandakan mesej masuk.

AFIQ: Raisya. Jadi tak nak jumpa minggu ni?

Raisya tersenyum menerima mesej daripada Afiq. Mana mungkin dia lupa.
Laju Raisya menaip balas mesej Afiq.

RAISYA: Jadi. Kita nak jumpa dekat mana?
AFIQ: Makan kat rumah saya jom?

Berkerut dahi Raisya dibuatnya. Dibuatnya itu rumah bujang. Tak ke naya kalau kena tangkap basah? Biar betul Afiq ni.

RAISYA:Rumah?
AFIQ: Haah rumah. Jangan risau lah rumah family. Ada mak ayah kakak.

Seperti dapat membaca apa yang berada di fikiran Raisya.

RAISYA:Owh. Hahahahaha. Boleh aje. Mak awak kasi ke?
AFIQ:Mak yang ajak.
RAISYA: Bila?Pukul berapa?Location?
AFIQ: Haahhhaha. Sabar. Satu satu. Sabtu ni. Lunch. Location? Nanti balik saya bagi.
RAISYA: Okay.

Jumpa mak ayah? Tak cepat sangat ke?Desis hati Raisya. Baru sekali jumpa kot.

Alaa. Tak apa lah. Makan-makan je pun. Apa salahnya eratkan silaturrahim.

ABBY: Wuitt. Beb. Kau kat ofis ke?

Mesej daripada Abby mengejutkan Raisya daripada lamunannya.

RAISYA: Haah. Kenapa?
ABBY:Tak adalah. Tanya je. Eh beb. Camne Afiq.
RAISYA: Afiq? Weyhh. Dia ajak aku jumpa family dia makan makan.
ABBY: Uishh. Cepatnya. Kau setuju ke beb?
RAISYA: Aku setuju je.
ABBY: Kau suka dia ekk.

Usikan Abby membuatkan Raisya tersenyum. Suka? Baru lagi.

RAISYA: Apa kaitan suka dengan ajak makan ni?
ABBY: Aik kalau calon dulu kau jumpa sekali aje banyak dah kmplen nye. Ni. Siap aku boleh nampak bunga-bunga cinta bertaburan.
RAISYA: Banyak lah kau punya bunga cinta.
ABBY: Alaaa. Megaku ajelah kau suka dia.
RAISYA: Suka. Tapi suka tak bermaksud cinta kan?
ABBY:Yelah. Banyak lah kau punya perumpamaan. Eh. Adzim ajak keluar ni. Chow dulu beb. Nanti esok kita jumpa kat butik ek.
RAISYA:Ye. Bye.

Geleng kepala Raisya bila melihatkan bahasa Abby. Abby...Abbyy. Bila nak ubah gaya bahasa tu entahlah. Agak-agak kan nanti kalau dia ada anak. Anak dia cakap macam tu tak? Hadoyai. Abby kuasa dua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience