BAB 2

Romance Series 5797

"Serius lah weyh?" lantang suara Abby kedengaran dalam butik.

"Yela. Aku serius ni," balas Raisya perlahan. Tangan dan matanya masih fokus terhadap lakaran baju yang baru siap semalam.

Sebagai seorang student fashion designer, dia bercita-cita untuk label jenamanya itu dikenali bukan sahaja di Malaysia namun berhasrat untuk melebarkan sayapnya ke rantau asia tenggara. Bukan masalah baginya untuk menubuhkan jenamanya sendiri memandangkan dia mengambil alih bisnes butik ibunya.

Abby yang melihatkan gelagat Raisya yang endah tidak endah dengan isu terbaharu itu mulai geram. Dia menarik fail yang berada di tangan Raisya.

"Beb. Isu besar ni. Mak kau suruh kau kawin. Kau boleh lagi relaks?" bising Abby.

"Habis tu kau nak aku buat ape?" keluh Raisya sambil duduk di kerusinya.

Bukan tak fikir. Dah habis fikir dah. Dia belek dah semua kawan-kawan lelaki yang gilakan dia masa di universiti dulu. Semua dah berpunya. Boleh je move on aku tengok. Kalau dulu masa cinta ditolak semua janji manis lah keluar. I tak boleh hidup tanpa u. Hanya U yang mampu memberi nyawa bahagia kepada I. Piiiraahh.

Eh. Bebel panjang nampak? Tak fikir keadaan kau sekarang ni. Fesyen apa yang dibawa pun dia tak tahu. Jean dan t shirt. Tak pun t shirt jean. Itu ajelah yang kau heret ke sana sini Raisya oiii. Kasut? Zaman sandal feminin dah berlalu. Yang tersarung di kakinya kini hanya kasut sukan yang tak berapa nak rupa kasut. Kalau kawan lelaki yang separuh nyawa minat dengan dia dulu tengok dia sekarang ni.

Konfem. Konfem punya. Semua lari. Tak ada toleh-toleh atau insiden rayu dah.

"Macam ni lah. Aku boleh tolong kau." ujar Abby.

"Kau nak tolong aku macam mana?"

"Adzim ada ramai kawan lelaki kan? Nanti aku suruh lah laki aku tu kenalkan dekat kau,"

"Hish nak ke dia?" soal Raisya balik.

ADZIM memandang dengan serius wajah dua perempuan di hadapannya ini. Wajah isteri tersayang dan wajah kawan baiknya. Mereka bertiga memang sudah rapat dari zaman universiti lagi. Dia memang tak setuju dengan perubahan Raisya ketika ini dan dia berharap Raisya dapat berubah menjadi Raisya yang dulu. Iyalah. Sampai bila kita nak hidup dalam kenangan.

"Aku setuju," jawapan Adzim membawa senyuman ke bibir Raisya dan Abby.

"Tapi dengan satu syarat," berkerut dahi Raisya. Apa main syarat-syarat ni.

"Aku tak nak kau jumpa kawan-kawan aku dengan pakaian macam ni,"

Terus berdiri Raisya apabila mendengarkan permintaan Adzim.

"Apa? Buruk sangat ke aku sekarang ni? Malu ke kau nak kenalkan aku dengan kawan-kawan kau?" lenting Raisya. Panas hatinya ketika ini. Bukan Adzim tak tahu. Bahkan dia antara orang yang faham akan apa yang dilaluinya.

Lengan Raisya terus dipaut oleh Abby. Abby risau kalau rakannya itu terasa hati. Geram pula dia dengan permintaan suaminya itu. Dia menjeling Adzim dengan harapan Adzim lakukan sesuatu. Namun makin panas hatinya pabila Adzim hanya mengangkat bahu dan membelek majalah di tangannya.

"Ermm. Macam ni lah Raisya. Aku rasa ada betulnya cakap Adzim tu. Kau kan owner butik. Takkan lah kau nak pakai baju cokia cokia je pergi jumpa lelaki. Dibuatnya lelaki yang kau jumpa tu bakal klien kita. Haaaa. Mana tau. Dari situ first impresssion itu penting," jelas Abby. Haaa. Begitulah caranya nak menegur Raisya. Budak ni kena tegur secara halus. Straight to the point ni dia tak berapa nak faham sangat.

"Yela.Aku setuju," balas Raisya dengan lemah.

Nice. Senyum Abby dan Adzim.

DATE 1
Baju kurung kapas di badannya itu diperkemaskan sebelum masuk ke restoran itu. Rasa janggal pula apabila sudah lama tak memakai pakaian yang begini.

Dari jauh kelihatan seorang jejaka yang menurut gambar yang diberi Adzim.

"Hai. Aiman kan?" soal Raisya sambil tersenyum manis.

"Haah. Raisya right?" Aiman bangun dan menunduk sedikit badannya.

Raisya mengambil tempatnya di depan Aiman. Suasana sepi seketika.

"Ermm. So, Raisya," ujar Aiman.

"Awak ade butik sendiri kan?"

"Haah. Sebenarnya bukan saya punya sendiri pun. Butik tu mak saya yang punya. Saya cuma ambil alih je," balas Raisya.

"Owh bagus lah kalau macam tu. Mesti mudah sikit awak nak luaskan sayap perniagaan awak kan?"

"Boleh juga lah. Mak dah ramai kenalan kan. Jadi mudah lah sikit,"

Tidak lama kemudian pelayan pun datang untuk mengambil pesanan kami. Aku hanya memesan yang ringkas-ringkas saja. Nasi goreng kampung dan fresh orange. Aiman juga memesan makanan yang sama sepertiku namun berbeza minuman.

"Ermm. Aiman?" ujar Raisya dengan perlahan.

"Yes?" Aiman mengangkat kepalanya yang sedang menunduk memerhatikan telefon.

"Apa definisi cinta bagi awak?" soal Raisya. Fuhhh. Soalan berat ni. Jawab Aiman jangan tak jawab.

"Cinta itu bagi saya sperti kita berkongsi satu nafas,"

"Satu nafas?" tanya Raisya lagi.

"Ya. Satu nafas. Sesak dada saya untuk hidup tanpa awak dan pasti begitu juga bagi awak," kata Aiman sambil matanya menusuk dalam ke mataku.

Uishh. Ayat. Macam spesies crocodile land aje ni.

Serentak itu makanan yang dipesan oleh kami pun tiba. Raisya hanya menyedut air yang dipesannya. Raisya sedar mata Aiman masih tertancap padanya.

Raisya memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Aiman.

"Makanlah. Tengok saya bukan kenyang pon," tutur Raisya.

"Kalau tengok awak, tak payah makan berhari-hari pun dah boleh kenyang," balas Aiman sambil tersenyum manis.

Buweekk. Raisya rasa nak muntah hijau pada saat itu juga. Dia mengambil keputusan untuk menjamah makanan di depan mata daripada melayan mamat crocodile land yang spesies tembaga tu.

"AIMANNN," mahu bergegar satu restoran dek suara seorang wanita.

Raisya terus menoleh ke arah wanita tersebut. Mai aihhh. Ni pertunjukan fesyen ke apa?

Dress merah ketat paras peha jelas menunjukkan bentuk badan si pemakai. Tahu lah body hot gitu. Cermin mata hitam juga menjadi pelengkap gayanya. Divass sangat uoolss.

Tak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan scarf bulu harimau bintang yang lebat. Ala yang macam diva-diva dalam cerita luar negara selalu pakai tu. Acah sejuk aje Malaysia ni.

Mata Raisya melorot pula je kaki si tuan pemakai. Hampir tersembur air yang baru disedutnya itu.

What? Biar betul minah ni. Seteruk-teruk aku punya fesyen tak adalah sampai pakai kasut stiletto hijau terang tu dengan baju merah gini. Dah macam traffic light dah aku tengok. Merah, hijau ade dah. Oren? Alaa...bulu harimau bintang tu boleh lahh.

Wanita tu berjalan pantas ke arah meja Raisya dan Amir.

"Siapa dia?," jerkah wanita itu. Macam halilintar dah. Terenjut badan Raisya.

"Dia...diaaa," tergagap-gagap Aiman ingin menjawab. Matanya seakan meminta pertolongan daripada Raisya. Namun malangnya Raisya hanya mengangkat bahu melihatkan situasi begitu. Apa kaitan dengan aku? Sendiri cari pasal sendiri jawab laaa.

"U..u cakap u sayang I kan?" rengek Mel.

"Masa bila pula I cakap I sayang u?"

Terus terbeliak mata Mel. Dia paut bahu Aiman dan terus duduk di pehanya.

"U jangan macam-macam. Ni kasut ni. I pakai sebab u cakap kasut hijau terang ni cantikk sangat dengan I. Yang ni...baju merah ni...u yang cakap baju ni cantik,"

"Yes memang I cakap baju dengan kasut ni cantik but I tak cakap u kena pakai ni dua-dua serentak," balas Aiman tegas. Rimas dia.

"Dah macam sarkas," sambungnya lagi.

Mel yang mendengarkan kata-kata Aiman itu apa lagi? Terus menangis meraung-raung.

Nak dijadikan lagi drama, dia siap duduk atas lantai menangis-nangis macam budak tak dapat mainan.

Raisya yang melihatkan keadaan itu terus meminta diri daripada Aiman.

"Eh takkan nak pergi dah Raisya?"

"Tak apalah. Saya tak selesa lah Aiman," ujar Raisya.

"I'm sorry okay? I tak tau yang dia akan muncul macam ni," balas Aiman.

"Ermm tak apalah. Saya balik dulu,"

"Ermm. Raisya? How about our next meeting?"

"Saya tak rasa saya boleh jumpa awak lagi,"

"What? Why?"

"Sebab nafas yang awak berkongsi sekarang ni milik orang lain," kata Raisya merujuk kepada Mel yang sudah berhenti menangis setelah ditenangkan oleh pekerja restoran.

"Not that bimbo! Dia tu sebenarnya..." kata-kata Aiman terpotong apabila Raisya mengangkat tangannya.

Raisya hanya mengukirkan senyuman dan berlalu pergi.

Aduhh Adzim.

Apa ni? Baru satu date.
Pening kepala Raisya dengan hanya memikirkan soal calon suaminya.

Mak lah ni. Aduhhh. Kusut aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience