BAB 5

Romance Series 5797

Raisya melangkah masuk ke butik dengan penuh perasaan ceria.

"Pagi Cik Rai," sapa salah seorang pekerjanya. Fasya.

"Pagi Fasya," balas Raisya dengan senyuman.

"Nanti saya hantar teh kat bilik Cik Rai ye,"

"Thanks Fasya," ujar Raisya seraya berlalu ke biliknya.

Masuk sahaja ke bilik Raisya merebahkan badannya ke atas kerusi kerjanya.

Apa perasaan ini?
Tenang. Ya. Sungguh dia tenang. Mungkin ini perasaan seseorang apabila sudah melepaskan dendamnya.

Kedengaran bunyi ketukan daripada luar.

"Masuk," arah Raisya.

Abby masuk ke dalam bilik Raisya dan duduk di hadapannya. Dia menilik muka Raisya. Lama.

"Kau ni dah kenapa?"soal Raisya. Kenapa? Aku pakai make up tebal sangat ke? Mana ada. Aku punya foundation skin colour kot.

"Asal aku tengok semenjak dua menjak ni kau nampak bahagia sangat?" ujar Abby.

Bahagia? Telah hati Raisya.

"Mana ada. Kau ni. Aku kuncam salah. Aku happy salah," balas Raisya balik.

"Eh. Aku tak kata kau salah nak happy. Cuma aku pelik lah asal tiba-tiba berubah ni? Fesyen kau tu. Haa. Mana kau campak semua style tomboy kau dulu tu?"

"Eh..eh..lagi mahu tanya. Semua ni sebab kau dengan Adzim lah. Berapa banyak date korang atur? Sampai fesyen macam ni melekat balik dekat aku,"tingkah Raisya.

"Bagus lah tu. Kembali sudah Cik Raisya kita ni. Gadis melayu terakhir kat kampus dulu," tersenyum Raisya mendengar kata-kata Abby. Masa kampus dulu? Memang.

"Eh tapi aku rasa ni bukan penyebabnya lah. Kau muka bahagia ni sebab ada benda yang jadi kan?" terjah Abby lagi.

"Faruq," sepatah kata daripada Raisya membuatkan posisi Abby berubah menjadi menegak dan serius.

"Dia kacau kau?" soalan Abby dibalas dengan gelengan.

"Tak. Aku dah maafkan dia," ujar Raisya perlahan.

Berkerut dahi Abby mendengarnya. "How," ujarnya.

"Macam ni," bermulalah kisah bagaimana Faruq mengejarnya sehingga ke wetland hari tu.

MUKA Abby penuh simpati apabila mendengarkan cerita Raisya.

"Aku memang tak sangka weyh. Dia menyesal sangat sebab dia buat Risya macam tu. Alih-alih dia tangkap isteri dia dengan orang lain," kata Raisya.

"Tula. Katanya talak tiga terus. Hati dia betul-betul kecewa dengan isteri dia. Itu yang dia cari mak dengan ayah aku balik. Nak minta maaf,"

"Yang kawin tu?" celah Abby.

"Ha yang tu. Dia pun terkejut sebenarnya bila ayah aku cakap macam tu. Niat dia datang hari tu memang nak minta maaf je. Tak lebih dari tu," jelas Raisya lagi.

"Tapi serius lah beb kau tampar dia bila kau jumpa di tu?" soal Abby lagi.

"Serius lah. Nak buat macam mana? Dah refleks,"balas Raisya bersahaja.

"Ok..ok. Enough of Faruq topic. So weekend ni kau free tak?" soal Abby.

"Free aje. Kenapa?"

"Kau lupa?" terjongket sebelah kening Raisya.

Lupa?Lupa apa?
Seraya itu dia mengambil plannernya. Kosong. Tak ada note pun.

"Afiq lah," tekan Abby.

"Afiq?"

"Ya ampunn. Kan kau dah setuju nak jumpa dengan Afiq yang architecture tu," kata Abby lagi.

"Oh haah lah. Lupa pulak," Raisya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Lupa. Lupa. Jangan lupa pulak sabtu ni. Dia nak ajak tengok wayang,"

"Wayang? Cerita apa?" ujar Raisya.

"Ikut aje lah," balas Abby dan melangkah keluar daripada bilik Raisya.

SABTU itu i.o.i penuh dengan pengunjung. Maklumlah hari cuti kan.
Raisya menunggu Afiq di tempat wayang. Tak lama kemudian muncul seorang lelaki yang sederhana tinggi. Memakai cermin mata dan berkulit sawo matang.

"Afiq?" tegur Raisya apabila dia melihatkan Afiq melilau-lilau seperti mencari seseorang.

"Ya. Raisya kan?"soalnya kembali.

Raisya hanya menganggukkan kepalanya.

"Erm so nak beli tiket ke ni?" tanya Raisya.

"Tak ape. Saya dah beli dah," kata Afiq sambil menunjukkan tiket di tangannya itu.

"Oo...ok," balas Raisya.

"Wayang lambat lagi ni. Awak nak jalan-jalan dulu ke?"

"Boleh juga," kata Raisya dan mengekor langkah Afiq.

"Awak nak jalan mana?" tanya Afiq.

"Mana-mana pun boleh,"

Raisya ni tak minat sangat window shopping sebenarnya. Penat badan saja. Kalau tak ada apa-apa yang nak dibeli lebih baik dia duduk kat rumah.

"Ermm. Jom kita pergi Sephora,"

Sephora? Tu bukan kedai make up ke? Haih. Lelaki pakai make up ke. Takkan mamat ni mak nyah kot. Aku tengok ok aje.

Pandangan Raisya mula semacam ke arah Afiq.

Afiq menoleh ke Raisya dan mengukirkan senyuman. "Kakak saya kirim foundation tadi. Saya mana kenal barang-barang ni. Awak temankan boleh?"

"Oo...terkejut sekejap. Boleh. Boleh,"

Senang saja sebnarnya nak beli barang tu. Tanya je lah dekat pekerja kedai. Konfem diorang tahu punya. Small matter lah. Faham lah jugak. Takkan si Afiq ni nak redah beli make up sorang-sorang. Kang nanti habis dapat pandangan sinis semua perempuan dalam kedai tu karang.

"Thanks lah awak. Teman saya," kata Afiq kepada Raisya.

"Small matter lah,"

" Ada dalam lagi sejam. Jom minum dulu," ajak Afiq. Dan mereka pun menuju ke salah sebuah kafe.

"Saya tak faham sebenarnya perempuan ni. Kenapa nak kena pakai make up ye?" tanya Afiq setelah minuman yang dipesan oleh mereka sampai.

"Kenapa?Awak tak suka ke perempuan pakai make up?"

"Taklah. Saya rasa muka lebih cantik kalau natural," balas Afiq.

"Kenapa perempuan nak pakai make up semata-mata untuk nampak lebih cantik depan lelaki?" soal Afiq lagi.

Soal ni memang sensetif sikit untuk perempuan. Kalau nak pakai bb cream untuk skin uv protection pun boleh jadi isu. Amende ntah.

"Kenapa? Awak rasa kitorang pakai untuk nampak cantik depan lelaki semata ke?" soal Raisya pula.

"Inilah problemnya. Asal make up sikit nak nampak cantik. Asal lama siap sikit nak nampak cantik. Tak faham lah," kata Raisya sambil menyedut minumannya.

"Maksud awak?"

"Yelah. Kitorang perempuan ni. Pakai make up bukan semata nak nampak cantik depan orang lelaki tau. Kita nak bagi muka kita nampak berseri. Confident kalau nak cakap dengan orang,"

"Kenapa?Awak tak confident dengan muka awak tanpa make up ke?" celah Afiq.

"Ehh. Siapa cakap? Saya confident aje ok. Ala kalau awak nak suruh saya tanggal make up saya sekarang pun boleh lah,"

"Ke awak confident sebab muka awak memang cantik?" celah Afiq lagi.

"Memang tu salah satu faktor dia. Tapi bagi saya ni make up ni bagus untuk orang yang keadaan kulit dia yang tak berapa nak cantik untuk bagi confidence pada diorang. Saya tak dapat nak nafikan yang kulit saya pun akan ada masalah tiap-tiap bulan. Mesti punya. Kadang kulit kering. Tiba-tiba kulit berminyak. Lagi teruk kalau tiba-tiba jerawat muncul. Awak rasa?"

"Hadap je lah. Dah kalau kulit kita macam tu," balas Afiq.

"Awak cakap senang lah. Saya pernah rasa tau macam mana ada kulit bermasalah. Kita akan rasa orang pandang kita lain sedangkan orang pandang kita okay aje. Pendek kata memang akan kurang keyakinan diri sikit lah,"

"Nak buat apa malu dengan kulit sendiri?" ishhh. Geram pula Raisya dengan si Afiq ni. Tak faham-faham. Yela. Macam mana nak faham kalau dah kulit cantik macam tu. Hensem lagi.

"Awak memang tak pernah ada jerawat ek?" soal Raisya.

"Tak pernah. Kenapa?" jawab Afiq.

"Okay. Macam ni lah. Cuba awak bayangkan esok ni awak ada nak jumpa klien penting awak. Buatnya pagi-pagi tu awak bangun muka awak penuh dengan jerawat. Merah-merah. Awak akan rasa apa?"

"Lah pergi jelah jumpa klien tu. Apa masalahnya?"

"Awak yakin? Awak yakin yang awak akan penuh confident nak hadap klien awak tu?"soal Raisya. Matanya memandang tepat ke dalam mata Afiq.

Afiq yang ingin menyedut minuman di hadapannya terbantut niatnya. Klien? Reaksi klien tengok aku macam tu?

"Okay fine. Saya faham," balas Afiq.

"Alah sebenarnya pun akui ajelah suka perempuan pakai make up. Mana ada lelaki yang suka perempuan keluar tak berbedak," seloroh Raisya.

Afiq terangguk-angguk kecil. Betul. Jujur, memang perempuan yang pakai make up ni nampak sikit serinya. Tak payah tebal berinci. Bedak pun cukup dah sebenarnya.

HABIS sahaja wayang mereka pun berpisah di pintu masuk utama ioi.

"So, awak sudi ke nak jumpa saya lagi next week?"tanya Afiq.

"Boleh je," balas Raisya sambil tersenyum. Best juga keluar dengan Afiq ni. Banyak yang mereka bualkan untuk pertemuan kali ini.
Tangan Afiq menghulur kepada Raisya seakan meminta sesuatu.

"Nak apa?" soal Raisya. Aikk. Nak minta duit tiket wayang ke? Halamak tak ada duit kecil ni.

"Phone,"

"Phone?" soal Raisya balik.

"Yela. Cakap nak jumpa next week. Takkan saya nak aturkan waktu dengan tempat melalui Adzim lagi. Ke awak prefer macam tu?" kata Afiq.

"Owh..ye..ye. Kejap," Raisya membuka tas tangannya dan mengambil telefonnya.

"Ni nombor saya..and yes you dah missed call saya," ujar Afiq sambil membelek telefonnya juga.

"Oh ya. Sebelum saya terlupa. Nah," kata Raisya sambil menghulurkan not RM50.

"Apa ni?" soal Afiq balik.

"Erm duit wayang tadi. Sorry lah tak ada duit kecik," ujar Raisya.

"Hey. It's my treat so takpe. Kali ni saya belaja," kata Afiq.

"Betul ni?"

"Ye betul. But next week awak pulak lah yang belanja," usik Afiq.

"Boleh asalkan jangan yang mahal-mahal sudahlah," balas Raisya sambil tersenyum. Yela wayang baru berapa puluh. Kalau dibuatnya si Afiq ni perangai macam si Ismail tu. Kopak aku dibuatnya.

"Just kidding okay?" ketawa Afiq. Raisya tersengih melihatkan Afiq.

"Dah lah awak. Lambat ni. Nanti jammed pulak," kata Raisya.

"Ok bye," balas Afiq dan dibalas dengan senyuman dari Raisya. Raisya berpusing menuju ke tempat keretanya.

"Raisya," laung Afiq sedikit kuat membuatkan Raisya berpusing kembali menghadap Afiq.

"It's fun to get to know you ang spent the time with you today," kata Afiq.

Raisya tersenyum"Yeah me too," laungnya juga. Dia membalas lambaian Afiq dan berpaling menuju ke keretanya.

SAMPAI saja ke rumah Raisya terus menuju ke biliknya. Mak dan ayah katanya hendak singgah bermalam di rumah mak long. Jadi keseoranganlah dia malam ini di rumah.

Badannya dengan perlahan direbahkan ke atas katil. Wayang je pun. Tapi penat juga. Raisya kemudian tersenyum apabila teringatkan perbalahan antara dia dengan Afiq tadi. Make up pun boleh guyss.

Kedengaran bunyi mesej daripada telefonnya.

AFIQ: Assalamualikum Raisya. Afiq ni. Awak dah sampai rumah ke?
RAISYA: Waalaikumussalam. Dah. Awak?
AFIQ:Dah. Baru je.
RAISYA:Owh.
AFIQ:Awak makan apa malam nanti.
RAISYA:Entah. Malas lah nak makan. Mak dengan ayah tak ada. Pergi rumah mak long.
AFIQ:Heyyy. Jangan malas nak makan. Gastrik nanti. Malam ni sorang je ke kat rumah?
RAISYA:Haah.
AFIQ:Jangan lupa kunci pagar pintu semua. Pintu belakang sekali. Sorang-sorang tu.
RAISYA:Orang dah kunci lah tadi.
AFIQ: Bagus. Mak dengan ayah lama ke takda?
RAISYA:Taklah. Malam ni aje.
AFIQ:Ok lah kalau macam tu. Ingat jangan lupa makan. Tahuu!!!
RAISYA:Baik bos!

Tersenyum Raisya apabila membaca leteran Afiq. Makan! Nanti gastrik macam mana? Iyalah pak cik. Ngomel Raisya sebelum dia terlelap di atas katil sambil tangannya menggenagam erat telefonnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience