BAB 3

Romance Series 5797

Tangan Raisya membelek blouse biru tua di tangannya itu. Date ke 2? Yezza.

Ini calon baru. Ismail namanya. Kes Aiman dulu? Mengenai itu tak perlu dibimbangkan.

Al-kisah si Aiman ni memang dah dijodohkan dengan sepupunya dari kecil. Jadi untuk melelaskan diri daripada Mel a.k.a Bimbo tu dia bersetuju untuk menjadi calon suami Raisya.

Malang baginya pabila Mel dapat mengetahui mengenai rancangannya itu. Itu yang berlaku kejadian yang penuh drama di restoran hari tu.

Tepat pukul 8 malam Raisya sudah terpacak di seoul garden. Tempahan sudah dibuat dari awal lagi jadi tidak akan ada masalah baginya.

Tidak lama menunggu akhirnya Raisya disapa oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ismail.

Boleh tahan rupa. Tinggi orangnya. Badan? Sedang2 saja.

Bagus Ismail ni. Raisya duduk saja. Dia yang kehulur kehilir pilih makanan. Dia yang grillkan daging. Raisya duduk aje tunggu nak makan.

Semua perfect lah Ismail ni. Gentleman gituu.

Tiba saja nak bayar makanan, Raisya perasan muka Ismail mula gelabah.

"Tak apa awak. Kita split bill ok?" kata Raisya. Memanglah. Makan seoul garden kot. Sian Ismail ni kalau nak belanja semua.

"Aa..awak.." suara Ismail tergagap-gagap.

Raisya menjongketkan keningnya sebelah.

"Saya minta maaf sangat. Saya rasa dompet saya tertinggal," kata Ismail dengan resah sambil meraba-raba poket seluarnya.

"Owh. Tak apalah macam tu. Saya bayarkan dulu aje lah," balas Raisya dengan tenang. Dah orang tertinggal dompet, nak buat macam mana? Takkan nak suruh dia patah balik ambil dompet dekat rumah?

"Serius ke wak? Sorry sangat tau. Ala tak gentleman lah macam ni," keluh Ismail.

"Tak apa. It's okay. My treat this time,"

Sangka Raisya hingga ke situ saja. Mereka bersetuju untuk berjumpa kali kedua. Ingat Raisya ini merupakan proses yang baik antara mereka.

Malam itu mereka makan dengan berselera sekali. Kedai seafood kan. Segala macam hidupan lautan ada. Sotong, ikan bakar, ketam. Penuh lah satu meja mereka berdua tu.

Pelbagai kisah juga dikongsi antara mereka. Dari situ juga Ismail memberitahu kepada Raisya bahawa segala perbelanjaannya dikawal oleh ibunya. Almaklumlah. Anak mak katakan.

Raisya mula tak sedap hati. Haih. Kalau dah duit belanja dia hari-hari mak dia bagi. Ni kejap lagi nak bayar lepas ni mak dia bagi ke. Mau dalam dua ratus ni.

Elok saja hidangan Ismail habis dia meminta diri ke tandas. Lama juga Raisya berseorangan di meja makan. Sekembalinya Ismail dari tandas Raisya mengajak mereka untuk membayar duit makanan.

"Aduh awak. Sakit lah perut saya," kata Ismail secara tiba-tiba.

Pelik pula rasa hati Raisya. Bukan tadi elok saja dia melantak ketam hampir seekor tu seorang. Ikan bakar lagi. Kot ye pun keracunan takkan effect dia secepat ni. Julap pun ambil masa kot nak berkesan.

"Sakit?" soal Raisya balik.

"Haah awak. Sakit sangat ni. Saya balik dulu ye," kata Ismail kepada Raisya dan meninggalkannya tercengang-cengang di hadapan budak caisher itu.

"Maaf ye dik. Sketsa sikit tadi. Berapa ye?" kata Raisya sambil mengeluarkan dompetnya.

"Kejap ye kak," balas adik itu serata tangannya laju menekan mesin wang di hadapannya.

Serentak dengan itu Raisya menerima mesej daripada Ismail yang berbunyi..

ISMAIL:Awak sorry sangat. Perut saya sakit sangat tadi. So, minggu depan kita nak jumpa bila ye?

Sorry?Jumpa? Haih. Raisya terys menepuk dengan kuat meja kaunter bayaran itu. Tersentak budak caisher tu. Fuhh akak ni. Nasib baik aku tak ada lemah jantung.

Katanya dalam hati sambil mengurut-urut dadanya.

"Sorry dik. Ter over pulak hehe," kata Raisya sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

"Takpe kak. Kenapa tu?"soal adik itu tadi.

Huish adik. Salah timing dik. Pergi tanya masa volcano dah nak meletus kenapa? Bersedia dik oii. Tadah ajelah telinga kau tu.

"Ni ha dik. Kamu nampak tak lelaki tadi tu. Yang berlakon sakit perut tu?"

"Uish kak. Entah-entah sakit betul tak?" balas adik itu.

"Hah. Tak apalah kalau sakit betul-betul buatnya dia tipu. Akak doakan dia sakit perut seminggu tambah buasir bagi pakej sikit." bebel Raisya.

"Kejam sangat tu kak," kata adik itu lagi.

"Kejam? Kamu kata akak kejam. Dia tu lagi kejam kamu tahu? Dah dua kali kitorang keluar makan dua kali jugak akak yang bayarkan. Kalau gerai tepi jalan nasi goreng lima enam ringgit tak apa jugak. Ni demand. Nak jumpa kat seoul garden..kedai seafood. Alih-alih akak yang kena bayar. Ape cer?" budak itu hanya mengangguk-angguk mendengarkan cerita Raisya.

"Kamu tahu dik? Masa kat seoul garden tu dia bagi alasan ape? Dompet tinggal. Akak terbayang jugaklah sekarang ni. Kalau dompet dia tinggal maksudnya ic dengan lesen jugaklah kan? Tak logik tu. Kamu tahu akak kena bayar berapa kat seoul garden hari tu? RM150 tahu. Ingat ape? Akak ni cop duit? Ni yang ni. Hari ni berape?"

"RM200 kak," ujar adik tu perlahan.

"Hah kamu tengok. 200 kot. Ingat murah ke? Boleh pulak tiba-tiba sakit perut. Padahal tak ada duit. Semua maknya yang pegang. Habis tu kalau dah tak ada duit bawak lah makan kat tempat murah-murah sikit. Gerai tepi jalan pun akak tak kisah lah," meskipun mulut Raisya ligat membebel mengenai Ismail namun tangannya tetap menghulurkan not dua ratus jepada adik caisher itu.

"Kamu ingat dik. Kalau ada gilfriend nanti jangan layan dia macam ni. Bawak pergi kedai murah pun tak apa. Asalkan masa nak bayar tak lari. Hish memang taklah aku nak jumpa si mamat anak mak ni lagi," bebel Raisya sebelum berlalu keluar daripada kedai.

Perghh. Bernanah telinga dengar akak tu membebel. Note kepada diri sendiri. Lepas ni jangan layan perempuan macam tu. Dia punya peluru berpandu tu...fuhh.

Yang abang tu pun satu. Kalau tak ada duit pun. Buatlah split bill ke hape. Ni main lesap macam tu aje. Buat malu kaum adam lah dia ni.

ABBY membuka pintu butik dengan perlahan. Pekerja butik menyapanya semasa dia melangkah ke dalam.

"Raisya mana?" soalnya.

"Cik Rai? Ade dalam ofis tu," balas pekerja itu kembali.

"Raisya?" ujar Abby sambil kepalanya terjengul di sebalik pintu.

"Hmm,"

"Raisya. Aku ada calon baru untuk kau ni," ucap Abby.

"Lagi abby? Aku penat lah. Dah nak dekat 10 date aku pergi. Semua perangai macam haprak. Kalau dah ok semua tu mesti ade aje yang tak kena dengan diorang. Tak cukup dengan tu. Salahkan aku pulak," geram Raisya masih berbaki pada jejaka yang ditemuinya minggu lepas.

"Macam ni ke kawan Adzim? Kata ada butik. Macam sengkek je I tengok," awal-awal pertemuan lagi sudah mampu bikin hati Raisya panas.

Tak cukup dengan itu. Dikejinya Raisya sepanjang pertemuan mereka.

"U ni gaji tetap ke? Sale u tiap-tiap bulan masyuk ke?" soal lelaki itu dengan muka lagak poyonya.

"Well yeah of course bisnes ada pasang surutnya. But at least I ada duit tiap-tiap bulan bukan macam orang tu kerja tak sampai 3 bulan dah berhenti. Berlagak sangat pakai iphone, duit makan hari-hari pun mak ayah bagi," balas Raisya.

Dass. Yeayy gol ke tangkai lubuk hati lelaki itu yang memang membara.

"U ni kenapa nak ungkit pasal hidup I?" jerkah lelaki itu.

Banyak mata yang memandang mereka. Ahh. Apa aku peduli. Raisya turut bangun.

"Owh kau marah aku sentuh soal hidup kau? Aku punya hidup kau sentuh tak apalah? Eh tak payah nak I..U...sangatlah. Lain kali nak cakap guna bahasa melayu full. Bajet sangat. Sijil pun sampai SPM je," balas Raisya dan terus berlalu daripada lelaki itu.

"Ehh. Menyesal lah aku setuju nak keluar dengan perempuan macam kau ni," jerit lelaki itu.

"Eh encik. Kalau kau tu menyesal tahap satu. Aku ni menyesal tahap sepuluh. Kalau kau menyampah sangat nak tengok muka aku, aku seratus kali lagi tak hingin nak tengok muka kau. Muka jamban tak siap. Ada hati nak terhengeh-hengehkan anak dara orang. Duit nak makan sendiri pun tak cukup ada hati nak sara hidup orang lain. Piraahh," Raisya terus keluar daripada restoran itu.

Panas hatinya itu tak dapat desejukkan lagi. Menonong dia jalan ke hadapan sehinggakan tak sedar berlanggar dengan seorang lelaki. Telefon yang berada pada genggaman tangannya itu jatuh mencium lantai.

Raisya hanya berdiri statik sambil melihatkan keadaan telefonnya itu.

"Cik sorry sangat," ujar lelaki itu seraya mengutip kembali telefon Raisya yang berada di atas lantai.

"Cik?" hulur lelaki itu.

"It's okay salah saya. Sorry,"kata Raisya sambil berlalu daripada lelaki itu setelah mendapatkan telefonnya.

RAISYA mengeluh kepada Abby.

"Abby. Si Adzim tu memang tak ada kawan lelaki lain ke yang nak dikenalkan kat aku. Asal semua stok-stok tak boleh pakai. Stress lah macam ni. Tempoh tinggal sebulan lagi tau. Mak aku dah mula warning dah tu. Abang meon tak habis-habis," keluh Raisya.

"Haa ni yang aku nak bagitau kau ni. Kali ni mesti kau suka punya,"kata Abby kepada Raisya.

Dia melangkah ke sofa di hadapan Raisya dan melabuhkan punggungnya.

"Mohd Afiq. Umur? 26 tahun. Tua setahun je dari kita. Status? Of course single mingle," tutur Abby.

"Kerja?" soal Raisya.

"Haa. Kalau kau design baju. Dia design rumah. Bagus lah tu. Lengkap. sorang design tempat tinggal sampai tua sorang lagi design baju untuk pakai sampai tua," seloroh Abby.

Hurmm. Mohd Afiq ye? Interesting.
Desis hati Raisya sambil mengurut-urut dagunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience