BAB 9

Romance Series 5797

Raisya tersenyum melihatkan kad undangan perkahwinan yang diterimanya daripada Mel itu.

"Terima kasih sangat Cik Raisya sebab tolong saya," ucap Mel yang entah ke berapa kali dah.

"Ya. Kan dah memang saya nak tolong awak. Lagipun tak payah lah nak bercik cik dah dengan saya. Awak bukannya pekerja saya dah," ujar Raisya pula.

"Baik Cik..Eh Raisya," balas Mel.

Mereka berdua tersenyum antara satu sama lain.

"Kahwin ek.." keluh Raisya.

Wah. Wah Cik Raisya kita berjaya satuka hati orang yang terpisah daripada cintalah!

Tak sedar diri sendiri pun sekarang ni tengah sempit sebab hal cinta dia yang tak pernah berpenghujung ni.

Mengenai hal keluarga Afiq hendak datang merisik bulan lepas memang bikin hidup Raisya kelam kelibut.

"Mak, ayah. Minggu ni ada orang nak datang merisik Raisya," kata Raisya semasa mereka sekeluarga beekumpul di hadapan tv.

Hampir tersembur kopi di dalam mulut Encik Adam bila mendengarkan kata-kata anak perempuannya itu.

Siapa?
Umur?
Kerja?
Kenal kat mana?

Macam hujan soalan yang perlu dijawab oleh Raisya. Akhirnya minggu itu keluarga Afiq pun tiba di rumahnya. Setelah berbual-bual dalam beberapa ketika kata sepakat pun dipersetujui.

"Saya bukan apa Puan Kelsom. Anak kita ni bukannya muda. Apa salahnya kita percepatkan sahaja tarikh pernikahan mereka?" ujar Puan Katrina.

"Betul tu Puan Katrina. Sebelum ni berbuih dah mulut saya suruh dia cari kawan lelaki. Tapi dia buat tak layan aje. Mana tahu pulak. Rupa-rupanya memang ada pilihan hati," seloroh Puan Kelsom pula.

"Tak payah lah berpuan-puan dengan saya. Panggil Ina saja," ujar Puan Katrina.

"Kalau begitu panggil saja saya Som," balas Puan Kelsom sambil ketawa mesra.

Hahahahah. Bahagia sangat. Aku ni ha yang merana. Afiq ni mana? Kenapa dari tadi tak nampak dia?

RAISYA: Awak. Awak kat mana? Tak nampak pun?
AFIQ: Saya kat kereta lah wak. Orang lelakinya mana boleh ada.

Pulak. Ye ke? Desis hati Raisya.

RAISYA: Awak. Kita nak buat apa sebenarnya ni?
AFIQ: Buat apa?
RAISYA: Yelah. Ni haa. Tengah bincang tarikh kawin ni.
AFIQ: My love. Saya ni tak kisah pun nak kahwin dengan awak. Soalnya sekarang awak.
RAISYA: Awak serius cintakan saya?
AFIQ: Yes. Always and forever. Love from the first sight and become deeper everytime I get to know you. Don't you love me too?

Terkaku tangan Raisya di atas papan kekuncinya.

"Begini Ina. Saya dan suami rancangnya nak adakan majlis nikah aje dan kenduri kecil-kecilan. Tak tahu lah pula pihak awak bagaimana rancangnya,"

"Bagus juga tu. Afiq tu sibuk orangnya. Tapi saya nak adakan majlis bersanding juga. Sebulan selepas pernikahan. Setuju?" ujar Puan Katrina pula.

Teragak-agak Puan Kelsom dan Encik Adam hendak menjawab. Iyalah kos kahwin sekarang ini bukannya murah.

"Jangan risau. Kosnya semua daripada pihak lelaki yang tanggung," kata Puan Katrina lagi.

"Eh jangan begitu. Malu kami macam ni," tingkah Encik Adam.

"Apa nak dimalukan? Kami ni nak mengambil anak awak. Sudah besar panjang begini. Takkan tak dibalas apa-apa pula,"

"Baiklah kami setuju. Bagaimana dengan majlis nikahnya? Bila hendak dibuat?" soal Puan Kelsom pula.

"Tiga bulan dari sekarang. Bagaimana?" ujar Puan Katrina.

Raisya rasa seperti hendak pengasan pada saat itu juga. Tiga bulan? Mana ruang nak bernafas untuk dirinya?

Sangka Raisya perbincangan perkahwinan itu hanya gula-gula bualan. Sangakanya mereka akan bertunang dahulu. Paling kurang pun, tujuh ke lapan bulan.

Ini tidak. Tunang ke mana. Tujuh lapan bulan ke mana. Kahwin terus.

Raisya seakan ingin memberitahu kepada maknya yang dia ingin membatalkan rancangan gila ini. Tapi bila melihatkan Puan Kelsom kesayangannya itu sungguh gembira megenai khabar perkahwinannya dia jadi tidak sampai hati.

Sekarang sudah hampir sebulan Afiq tidak menghubunginya. Begitu juga dengan dia. Ha. Bagus sangat lah tu. Dua-dua tak jumpa. Bila lah pula masalah cinta Raisya ni nak habis.

Raisya mencapai telefonnya setelah ia berdering menandakan panggilan masuk.

"Helo?" nombor yang Raisya tak kenali.

"Assalamualaikum Raisya. Akak ni," ujar orang di sebelah sana.

"Akak?" soal Raisya balik. Akak mana pulak ni. Garu kepalanya perlahan.

"Ni kak Emy lah," ujar Emy sambil tersenyum.

"Ooo. Ada apa ni akak telefon saya? Ada apa-apa yang urgent ke?"

"Raisya free tak? Mama suruh pergi cuba baju nikah," Raisya menepuk dahinya perlahan. Lupa pula dia dengan pernikahannya yang hampir lagi dua bulan itu.

Dua bulan? Seram sejuk rasanya.

Cuba baju nikah? Afiq ada ke? Soalan apa ni Raisya. Mesti lah dia ada kan? Hadoii.

Tiba saja di butik pengantin, Emy telahpun tiba terlebih dahulu.

"Kak," sapa Raisya kepada Emy yang sedang asyik bersembang dengan seorang perempuan.

"Ha. Sampai dah. Iva nilah bakal pengatinnya," seloroh Emy.

Raisya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Iva. Iva menyambut huluran tangan Raisya sambil tersenyum.

"Cantik," puji Iva.

Hampir satu jam jugalah Raisya di butik itu. Selepas satu baju. Satu baju dicubanya. Namun kelibat Afiq tidak juga kunjung tiba. Ingin ditanya kepada kak Emy dia malu. Nanti apa pula katanya. Tunang sendiri tak tahu di mana tunangnya.

"Raisya ada telefon Afiq?" soal Emy secara tiba-tiba semasa Raisya sedang mengemas barang.

Terhenti sekejap kerja-kerjanya. Hadoi. Nak jawap apa?

"Raisya ada masalah dengan Afiq?" tanya Emy lagi selepas melihatkan reaksi Raisya sebegitu.

"Kalau ada apa-apa masalah Raisya boleh cuba cerita dengan akak," pujuk Emy.

"Macam ni," kata Raisya dan membuka ceritanya.

Raisya pun berceritalah daripada mengenai apa yang berlaku kepada adiknya hingga dia sukar untuk percaya pada lelaki meskipun masalah dengan Faruq sudahpun selesai.

"Lagipun kak. Raisya rasa tak pasti. Kami kenal pun tak sampai beberapa bulan. Raisya takut kita cuma tergesa-gesa," kata Raisya.

Emy memegang tangan Raisya. "Macam nilah Raisya. Akak rasa ada baiknya Raisya buat solat istikharah. Itu yang terbaik. Soal jodoh ni. Kita minta petunjuk pada yang maha kuasa. Semuanya aturannya. Kalau sudah tertulis jodoh Raisya dengan Afiq. Raisya tolak macam mana pun memang tak boleh lari. Jika memang sudah tertulis antara Raisya dengan dia tidak punya jodoh. Mama dan keluarga Raisya atur macam mana pun memang tak akan berlaku," nasihat Emy lembut.

Raisya mengangguk perlahan atas nasihat kak Emy itu.

EMY mengetuk perlahan pintu bilik kerja adiknya itu.

"Masuk," arah Afiq dari dalam.

"Eh akak," terkejut Afiq yang sedang ralit meneliti failnya apabila Emy muncul di depannya.

"Afiq sibuk?" soal Emy.

"Tak sangat. Kenapa kak," tanya Afiq. Emy mengambil temlat duduknya.

"Akak nak cakap sikit," Afiq meletakkan fail ditangannya apabila merasakan isu yang hendak diperbincangkan itu serius.

"Afiq cinta Raisya?" menegak terus badan Afiq memdengarkan soalan kakaknya itu.

"Soalan ape tu kak?"

"Lah. Dia tanya kita balik. Kita tanya dia. Kamu cinta tak bakal isteri kamu tu?"

"Kalau dah Afiq serius sampai ke tahap setuju nak kawin tu tak cinta ke?" balas Afiq perlahan.

"Afiq pernah cakap Afiq cintakan dia?" soal Emy lagi.

"Pernah," balas Afiq sambil mengeluh.

"Raisya?"

"Tulah masalahnya sekarang ni. Raisya tu macam tak setuju kitorang nak kawin. Tapi yang Afiq peliknya. Kenapa dia tak batalkan?"

"Afiq pernah tanya Raisya kenapa dia macam tu?" soalan Emy disambut dengan gelengan Afiq.

"Soal hati ni Afiq. Ada orang yang banyak simpan. Diorang pendam. Mungkin ada perkara yang terjadi pada masa lampau yang menyebabkan Raisya berat hati nak kawin dengan Afiq,"

"Akak tahu sesuatu?" daripada gaya Emy bercakap Afiq dapat merasakan dia ada mengetahui sesuatu mengenai Raisya.

Emy mengambil bafas sedalam-dalamnya sebelum bercerita kepada Afiq.

"Raisya dulu ada adik kembar. Adik dia pernah bercinta tapi teman lelaki dia curang. Kebetulan Raisya nampak dengan mata dia sendiri dan kebetulan juga adik dia ada kat tempat yang sama. Adik Raisya memang ada masalah lemah jantung and meninggal sebab terlalu terkejut mungkin," terang Emy.

"So akak nak bagitau yang Raisya ingat Afiq akan buat macam tu?" kata Afiq pula.

Perlahan Emy menganggukkan kepalanya.

Afiq terus mengeluh dan melangkah ke biliknya. Tiba saja di bilik jarinya laju mendail nombor Raisya.

"Hello. Raisya? We need to talk,"

TERKULAT - kulat Raisya apabila berhadapan dengan Afiq ketika ini. Serius sahaja wajah Afiq. Air di hadapannya langsung tak disentuh.

"Saya dah dengar tentang kisah adik awak dari kak Emy," ujar Afiq memecahkan kesunyian.

Terkejut Raisya dibuatnya. Niatnya untuk meneguk seteguk dua airnya itu dibatalkan.

"Erm," Raisya tak senang duduk dibuatnya.

"Sorry," ucapnya secara tiba-tiba.

"Kenapa awak minta maaf?" serius sahaja nada dan reaksi Afiq.

"Awak marah?" perlahan kata Raisya sambil memandang tepat ke wajah Afiq.

"Tak," sepatah dijawab Afiq.

"But it seems like you are,"

"Tak marah. Kecewa," Afiq menyilangkan tangannya.

"Awak tak kongsi pun apa-apa dengan saya. Dalam tempoh hampir sebulan selepas keluarga saya datang rumah awak. Ada awak contact saya? Awak tahu tak apa perasaan saya bila awak nampak sangat tak suka dengan perancangan ni? Tapi awak tak tolak. Saya rasa macam saya aje yang terhengeh-hengehkan kat awak," luah Afiq.

"I'm sorry," menunduk Raisya.

"Saya rasa semua cepat sangat. Saya takut keputusan saya salah. Saya.."

"Saya beri awak masa. Untuk awak fikir. Untuk awak bagi keputusan. Tapi!" celah Afiq.

"Awak kena juga bagi saya peluang. Untuk buktikan saya bukan macam lelaki yang pernah hancurkan perasaan cinta awak tu," sambung Afiq lagi.

"Tapi masa tinggal lagi berapa bulan aja," celah Raisya pula.

"Raisya. Awak percaya pada takdir?" soal Afiq.

Perlahan Raisya mengangguk.

"Kalau sudah tertulis antara kita memang tak ada jodoh. Kita percepatkan macam mana pun perkahwinan kita. Tak akan terjadi. Tapi kalau memang dah jodoh kita. Kita lengahkan macam mana pun. Tetap akan berlaku. Takdir tu semua dah tertulis,"

"Believe in yourself and seek for his guide. Insyaallah. He will show you the best," sambung Afiq lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience