Bab 3

Family Series 1822

Aku memang seorang gadis yang cantik dan menawan.Tubuhku yang kurus dan tinggi lampai membuatkan ramai anak gadis di kampung itu iri hati terhadapku.Aku tidak mempunyai ramai teman baik di sekolah mahupun di kampungku sendiri.Ramai yang tidak mahu berkaan denganku dan menuduhku macam - macam hanya kerana aku dilahirkan tanpa seorang bapa.Namun bagi jejaka - jejaka di kampung itu pula,ramai yang menaruh hati kepadaku.Mereka tidak habis - habis berusaha memikatku namun tidak pernah dilayan oleh aku.Ibuku sering mengingatkanku agar pandai menjaga diri.'Orang dah benci kita jadi kita kena jaga perangai kita supaya tidak jadi buah mulut orang'.Itulah pesanan ibuku yang masih diingatiku hingga kini.
_________________________________________________________________
[Arissa]!!Aku terkejut dari lamunanku.Sarah memanggilku dari pangkin."Termenung apa lagi tu?Dah,mari tolong angkat buah kelapa ni.Kejap lagi ibu nak mesinkan."

Aku segera turun ke tanah.Anak - anak kecil masih lagi berkejaran sesama sendiri.Aku segera mengangkat bakul berisi kelapa yang sudah dibelah.

"Banyaknya kelapa,ibu.Nak buat apa banyak - banyak kelapa ni?"tanya aku,hairan.Selalunya hanya empat biji kelapa sahaja yang digunakan.Hariini hingga sepuluh biji kelapa yang digunakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience