Bab 4

Family Series 1822

"Mak Ngah kamu pesan suruh ibu masak nasi lemak satu tong besar tu.Dia nak hantar ke sekolah.Kelas Ita(Rosita) buat jamuan perpisahan katanya, "terang Sarah.

Ita,sepupu aku yang tidak pernah hendak bebaik denganku.Aku sendiri tidak tahu mengapa Ita tidak sukakanku.Padahal kami sebaya dan kelas kami juga bersebelahan.Ita tidaklah secantik aku.Kulitnya yang agak gelap dan tubuhnya yang gempal membuatkan dia tidak diminati sesiapa sedangkan aku pula menjadi rebutan di sekolah.Ita cukup baik dengan jiran kami,Uji yang sekelas dengannya.Mengenangkan Ita ialah sepupuku,aku hanya berdiam diri sahaja.

"Oh...majlis perpisahan Cikgu Roslan.Cikgu Roslan nak berpindah sekolah di Melaka.Entah siapalah yang akan ganti tempat Cikgu Roslan nanti, ujar aku."Kalau macam ni banyaklah ibu dapat duit esok.Bolehlah ibu beli basikal yang ibu cakap hari tu.Senang sikit ibu nak hantar nasi lemak kat warung Pak Aji nanti," cadang aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience