Bab 6

Family Series 1822

Aku dan Sarah (ibu) mengangkat tong nasi lemak dan bekas - bekas lain lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta yang terbuka luas itu.

"Aku pergi dulu.Berapa harga nasi lemak kau ni?" tanya Mak Ngah sambil membuka pintu kereta.

"Empat puluh ringgit aje kak." Sarah menjawab.Tidak sabar rasa hatinya hendak menerima bayaran tersebut.

"Kira potong hutang kau sudahlah.Kau ada hutang aku lapan puluh ringgit lagi kan.Potong empat puluh ringgit tu.Yang lagi empat puluh ringgit tu jangan lambat sangat bayar.Cukup bulan ni aku nak,"ujar Mak Ngah membuatkan Sarah terdiam.Tanpa mempelawa Arissa (aku) naik ke keretanya kerana laluan mereka sama,dia terus memecut laju.Aku dan Sarah berpandangan.Ada air mata yang bertakung di kelopak mata Sarah.Sebak rasa hatinya.Sampai hati kakaknya bersikap begitu sedangkan dia tahu kami anak - beranak memang susah dan memang berharap sangat wang tersebut.Sudahlah Arissa pun tidak diajaknya ikut ke sekolah sekali.

"Tak apalah ibu.Nanti ada rezeki lain," pujuk aku."Arissa pergi dulu ya."Aku bersalaman dengan ibuku.Sofea mengangguk lemah tanpa sepatah kata.Aku mengatur langkah lag u ke sekolah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience